Buka pintu guna kunci, bukan guna emosi.Lumrah seorang wanita, tatkala keletihan menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak, disamping berfikir pelbagai perkara yang perlu diselesaikan, membuatkan emosi sering memuncak dan tidak dapat dikawal. Tindakan seringkali tidak selaras dengan dengan apa yang difikirkan.
Perkara yang selalunya mudah dibuat seperti buka pintu rumah menggunakan kunci, pun boleh jadi benda paling sukar jika dibuat berlandaskan emosi. Perkara-perkara kecil beginilah sebenarnya para suami kena mainkan peranan dan ambil perhatian lebih terhadap isteri.
Perkongsian pengalaman dan catatan oleh Puan Izzah Rosli boleh dijadikan panduan buat para suami isteri agar lebih memahami diantara satu sama lain.
Perempuan dan Emosi
Dah dua tiga kali cuba buka pintu rumah dengan kunci yang sama tapi masih tak boleh bukak.. mula la nak bebai hentak-hentak pemegang pintu tu. Dalam hati dok beletiaq, dah la tengah dukung anak, satgi masuk rumah nak angkat barang, nak bagi Fahem tidoq, nak iron baju Fateh sekolah, pintu pun time-time nih la susah nak bukak.
Tetiba suami turun. Dengan tenang cakap “mai sini kunci tu,biaq abang bukak” sekali cuba terus terbuka..Ajaib betul. Lepas tu abang pesan,”Orang bukak pintu guna kunci, bukan guna emosi.” Dah-dah pi masuk rumah satgi abang setel barang-barang. Terus stabil emosi-emosi yang berkecamok tadi.
Ads
Nampak macam perkara kecik, tapi memang terkesan kalau untuk makhluk yang bernama perempuan. Jadi time-time nih la tugas lelaki nak tunjuk cool dan tenangkan keadaan.
Bila isteri lambat terkial-kial nak bersiap untuk keluar, jangan marah tapi cuba offer sesuatu yang dapat cepatkan kerja-kerja dia. Contohnya “Ok sayang, kita nak pi kenduri satgi.. sayang siapkan pakaian, abang siapkan anak-anak”
Ads
Bila bagitau isteri esok kita nak balik kampung, jangan terkejut dan marah-marah bila dia siap-siapkan beg macam nak pindah rumah. Tapi kena buat-buat cool tanya dekat isteri “ada apa-apa lagi tak yang abang nak kena angkat masuk kereta sayang?”
Lagi satu, bila isteri tengah belek tudung berjam-jam depan cermin sebab tudung tak jadi, jangan dok tunggu depan muka dia lepas tu ulang-ulang dok tanya lambat lagi ka.. konpem lagi la tak jadi tudung tu.. cuba tukaq cakap macam nih plak. “Takpa la yank oii, kalau tudung tu tak jadi-jadi esok abang beli tudung baru ja taw” wohaaa mesti isteri ceria seceria mentari pagi walaupun tudung dia heqot2 tadi..
Ads
*pintu hati sayang pun abang boleh bukak, apatah lagi pintu rumah..
Soal Nafkah, Ibu Tunggal Jangan Sedih Bekas Pasangan Tidak Jalankan Tanggungjawab
Menerusi perkongsian ibu tunggal yang cukup tabah dan berjaya Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi akaun Facebooknya cukup memberi manfaat buat golongan wanita di luar sana yang bergelar ibu tunggal.
Pengalaman yang dilalui selepas berpisah dengan suami cukup memberi pengajaran. Malah Puan Dzuriasikim juga memberikan inspirasi buat wanita yang senasib dengannya.
SOAL NAFKAH
Soal nafkah ini telah membuatkan ramai wanita yang terpaksa berpisah dengan pasangan mereka turun naik mahkamah. Berhempas pulas, “struggle” untuk mengurus waktu (banyak waktu terbuang), tenaga, airmata, maruah, tekanan emosi dan entah apa lagi.
Berasa sedih apabila bekas pasangan tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Membuatkan banyak ibu tunggal meletakkan harapan kepada manusia dan seolah rezeki tersekat untuk banyak perkara.
Sebetulnya begini….
Bertenanglah…
Kerana Allah memberikan tanggungjawab kepada kita.
Dan ujian kepada kita mengikut kekuatan kita sendiri.
Berhentilah untuk berharap kepada manusia.
Saya tidak pernah berharap kepada bekas pasangan untuk menyara anak-anak saya.
Saya juga tidak menghabiskan waktu untuk bergaduh di mahkamah demi menuntut hak. Sebaliknya saya selalu yakin dan percaya bahawa rezeki dari Allah itu Maha luas dan tidak akan pernah habis.
Ketika Hakim berkata kepada bekas pasangan saya…
“Kamu telah bernikah selama 20 tahun dan dia telah melahirkan 5 orang anak buat mu. Tidakkah kamu ingin memberikan sedikit saguhati kepadanya?”….
“Tidak….” Jawab bekas suami saya.
Dan Tuan Hakim bertanya kepada saya jika ada apa-apa yang saya ingin tuntut….
Saya menjawab….
“Saya yakin dengan rezeki Allah…. Tak apalah Yang Arif jika saya tak dapat apa-apa pun….”.
Rasa hiba. Bukan kerana tidak mendapat apa-apa. Tetapi kerana penantian yang begitu lama akhirnya berakhir. Nilai detik itu jauh lebih berharga buat saya dari sebarang bentuk harta. Saat ini hanya boleh difahami oleh mereka yang sudah lama bertarung kerana perlu keluar dari sebuah ikatan perkahwinan.
Begitu sahaja.
Saya baru bekerja pada waktu itu.
Saya juga tidak punya harta.
Saya tidak punya simpanan melainkan hanya ada sedikit barang kemas dan wang yang tidak sampai seribu ringgit untuk bayar sewa rumah dan makan minum kami 6 beranak. Juga saya tidak tahu bilakah akan ada wang lagi kerana orang berniaga ini pendapatannya tidak menentu.
Saya benar-benar dalam keadaan terhimpit dan susah pada waktu itu.
Datang ke mahkamah pun dengan menaiki teksi sahaja. Sepanjang perbicaraan yang sering ditangguhkan kerana bekas pasangan sering tidak hadir, saya terpaksa ambil cuti. Kemudian cuti separuh hari. Dan cuti lagi. Dan lagi.
Ada kalanya ya saya datang awal pagi untuk perbicaraan seisi pagi. Tetapi hampa. Bila bekas pasangan tidak hadir, ianya kadang dianjak ke seisi petang pula. Dan saya terpaksa menjelaskan kepada pejabat tentang ini. Anda tahu, saya juga perlu menguruskan perihal persekolahan anak-anak yang masih kecil waktu itu. Ada kalanya memerlukan kita hadir di sekolah. Jadi, perlu ambil cuti juga lagi.
Tidak semua orang akan faham tentang kepayahan seorang ibu yang perlu berjuang ketika ini. Di pejabat, ada yang menyindir bertanyakan mengapa kes saya menjadi sangat sulit. Kata seseorang kepada saya, kakaknya sendiri juga pernah bercerai. Tetapi dia tidak perlu hadir di mahkamah. Semuanya diserahkan kepada peguam sahaja. Tahu-tahu dapat sijil cerai. Saya hanya mampu mengangguk-angguk kan kepada. Saya tidak punya wang yang banyak. Untuk membukan fail sahaja perlukan sekurang-kurangnya 5K. Wanita perlu tabah untuk banyak perkara.
Saya tidak ada pergantungan kepada manusia melainkan Tuhan. Dan dengan keyakinan yang mutlak sewaktu saya melafazkan kata-kata sewaktu perbicaraan (bahawa saya yakin rezeki itu datang dari Allah). Yakin 300%! Muktamad dalam hati dan jiwa saya. Segala kepayahan yang saya lalui membuatkan saya lebih banyak berdoa untuk memberikan yang lebih baik dan baik lagi buat anak-anak. Saya lihat mata mereka. Itulah kekuatan saya.
Wanita,
Berhenti berharap kepada manusia.
Kerana tidak ada satupun yang sukar bagi Tuhan jika Dia mahu memberi.
Jangan sesekali salahkan bekas pasangan jika dia tidak mampu atau tidak mahu memikul tanggungjawabnya. Jangan burukkan bekas pasangan kepada anak-anak dan keluarga. Jangan menghukum. Jangan doakan yang tidak baik. Jangan buat kerja Tuhan.
Saya sentiasa memaafkan semua orang. Tidak ada sebarang perasaan dendam dalam jiwa saya. Zero dendam. Kosong.
Yang ada hanya kesyukuran.
Saya selalu menangis kerana sangat bahagia dengan ketentuan yang Allah berikan. Syukur.
Jadilah wanita yang kuat dan cekal.
Tuhan lebih tahu apa kemampuan mu…
Walaupun kita mungkin selalu berfikir bahawa kita tidak akan mampu untuk terus melangkah.
Yakin bahawa rezeki itu dari Allah dan manusia hanyalah perantara. Berusahalah untuk mencari rezeki. Berusaha untuk perbaiki diri. Berusaha menjadi diri kita yang lebih baik setiap hari. Jika rezeki kita tersekat itu bukanlah salah bekas pasangan, sebaliknya semak diri kita dan usaha lagi. Jika rezeki itu benar adalah hak mu, maka ia akan datang juga nanti. Allah akan ganti. Dengan cara yang tidak pernah kamu jangka nanti.
InsyaAllah, segalanya akan baik-baik sahaja.
Trust Allah.
Trust Allah will never put us in the situation that we can’t handle.
Urus emosi mu dengan matang dan tenang agar setiap tutur kata yang keluar dari bibir mu tetap baik biarpun dalam keadaan yang tidak baik.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bella dedah Aliff curang 11 kali. Allahu seksanya hati seorang wanita apabila suami yang disayangi mencurangi diri. Bukan sekali dua tetapi sebanyak 11 kali apatah lagi dengan adik kandung si isteri sendiri.
Itulah luahan perasaan daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tentang perangai suaminya, Aliff Aziz. Malah Bella bukan sekadar bercakap kosong semua yang diperkatakan punya bukti.
Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali
Seksanya hati wanita yang bergelar ibu tu suaminya sudah 11 kali curang sepanjang perkahwinan mereka. Paling terluka dan perit untuk diterima apabila Aliff turut mencuranginya dengan adik kandungnya sendiri.
“Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali. Terus-terang, buat pertama kali saya keluarkan pasal ini, Aliff sudah curang 11 kali. Berserta bukti, Aliff pun tahu.
“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya.
“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
“Sakit Dada Nak Cerita”
Benarlah wanita ini bukan sekadar terus hidup dengan pelbagai kisah kecurangan dari suami. Malah sewaktu mengerjakan umrah, Aliff ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.
“Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka.
“Allah, saya sakit dada nak cerita.
“Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung,” sambung Bella.
Sesal Putuskan Hubungan & Buang Adik Dari Keluarga
Ibu kepada dua anak ini juga menceritakan dirinya terlalu berat berkongsi mengenainya dan menyesal terpaksa memutuskan untuk adiknya dibuang keluarga.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak kalau tak buat mak marah atau bebel memang tak sah. Ada saja yang menaikkan darah mak. Mak garang, jerit takutnya pada waktu itu saja. Lepas tu, mulalah datang menepel, nak minta susu la, nak makan dan sebagainya.
Itulah kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sanggup bergadai nyawa. Kalau sudah bergelar mak ayah, anak tak dengar dan mula buat perangai, marah kita hanya sekejap saja. Demi untuk kebaikan dan elak ulang perkara yang boleh membuatkan mak marah.
Tanyalah rata-rata mak di luar sana. Bila mak garang, bebel mahupun jerit pada anak, kasihnya tetap utuh dan apa pun anak tetap cari maknya.
Tapi, kalau dengan ayahnya, sebut nama ayah pun diorang dah mula rasa takut. Dari nak buat nakal terus tak jadi. Pelik juga.
Walaupun peranan mak ayah ini berbeza tapi matlamatnya tetap sama, mahukan mereka menjadi anak yan cemerlang, berjaya dunia dan akhirat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.