Selepas lebih lapan tahun berlakon, kakak kepada Aprena Manrose iaitu Oktovia Manrose membuktikan baru-baru ini dia juga boleh menyanyi.
Ibu tunggal anak satu yang juga pemilik nama penuh Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman ini menyatakan, salah seorang anggota Bima Sakti dipanggil Jim membuka peluang berkenaan untuk dia menjayakan projek lagu Biar Aku Simpan bersama kumpulan Bimasakti yang diterbitkan Life Records.
Oktovia Manrose Minat Menyanyi Sekian Lama
Bagaimanapun kakak kepada Aprena Manrose ini juga pernah beberapa kali merakamkan lagu ‘filler’ untuk drama membabitkan produksi yang dikenalinya.
“Ikutkan menyanyi memang minat saya sejak sekian lama. Saya sedar ada bakat ke arah itu, cuma perlu diasah. Dulu pun sebenarnya ada peluang menyanyi, cuma saya tak nak terburu buru.
Ads
“Saya sendiri rasa belum cukup bersedia. Saya tak mahu menyanyi macam melepaskan batuk di tangga. Biarlah ada ilmu atau serap pengalaman orang lain, baru saya berani keluar dari zon selesa.
“Menerusi projek kolaborasi dengan kumpulan ini pun saya banyak timba pengalaman dan belajar teknik tertentu fasal muzik,” katanya.
Sambut Lamaran Dengan Optimis
“Mulanya tak sangka dia tawarkan peluang ini. Jim sendiri bukan asing kerana sudah menerbitkan lagu untuk ramai artis seperti Khai Bahar, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham.
“Saya sendiri pun selalu merakamkan lagu demo untuknya. Cuma lamaran untuk membuat penampilan lagu itu, saya sahut dengan optimis. Saya sendiri menyukai bahagian korus lagu itu yang sangat melankolik,” katanya.
Tidak sekadar membuat penampilan khas untuk lagu berkenaan, ibu kepada Muhammad Rayyan Zafariel ini turut menjadi model video muzik karya sama.
“Kerana kebetulan saya sendiri sudah faham keseluruhan isi cerita lagu. Jadi saat ditawarkan untuk jadi model video muzik… saya cakap kenapa tidak,” katanya yang tidak pernah memasuki mana mana pertandingan nyanyian.
Artis di bawah pengurusan Absolut Talent & Management itu juga tidak menolak andai ada rezeki menyanyi solo selepas ini dan terbuka mencabar kemampuan vokalnya.
“Saya anggap kolaborasi dengan kumpulan itu sebagai pemanas enjin. Selepas ini baru yakin sedikit nak menyanyi solo.
“Saya secara peribadi suka genre lagu hip hop, R&B, pop balada. Saya paling minat Ariana Grande, selain Sarah Raisuddin, Jaclyn Victor, Melly Goeslow, Kris Dayanti dan terbaru Sarah Suhairi dan Aina Abdul,” katanya.
Hancur hati seorang isteri, suami tergamak noda anak OKU hingga lahirkan bayi perempuan. Betapa kecewanya seorang isteri bila mana anak perempuannya menjadi mangsa nafsu serakah suaminya sendiri.
Hancur Hati Seorang Isteri, Suami Tergamak Noda Anak OKU Hingga Lahirkan Bayi Perempuan
Anak perempuannya itu yang berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi dipercayai hasil perbuatan terkutuk suaminya dalam kejadian di Dungun, Terengganu.
Perbuatan terkutuk suspek berusia 45 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) mengadu sakit pada bahagian perut sebelum dibawa ibunya ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati anaknya hamil sebelum remaja itu melahirkan seorang bayi perempuan di klinik itu kira-kira 7 malam hari sama.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, mangsa dan bayi perempuannya itu kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
“Polis yang menerima laporan kemudiannya menjalankan siasatan dan mendapati pelajar terbabit masih belum berumah tangga.
“Hasil siasatan, kita menahan seorang lelaki yang juga bapa mangsa pagi hari ini,” katanya.
Maizura berkata, siasatan awal polis percaya mangsa diperlakukan sedemikian oleh suspek sejak mangsa berusia 12 tahun.
Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Siasatan polis turut mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya.
Mingguan Wanita: Mengapa seorang bapa sanggup memusnahkan masa depan anak gadisnya sendiri sedangkan sepatutnya dia yang menjadi pelindung.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Setiap bait kalam suci yang diturunkan mempunyai keajaiban tersendiri yang mampu melembutkan hati untuk berubah ke arah lebih baik.
Ternyata dengan izin Allah, Surah Ar-Rahman membantu pemilik nama sebenar Norsha Rahmad Ali atau lebih dikenali dengan Betty Rahmad, 42 untuk berhijrah ke arah lebih baik.
Baru-baru ini adik kepada aktres terkenal Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini telah menganjurkan majlis ilmu di rumahnya dan turut menjemput rakan-rakan terdekat.
Menariknya Betty ada sebab tersendiri memilih untuk mendalami dan memahami maksud Surah Ar Rahman ini yang juga merupakan surah kegemarannya pada majlis ilmu tersebut.
Surah ini mempunyai tempat istimewa di hati ibu kepada Ardy Wira, 4 ini kerana menurutnya ia membantu dirinya membuka hati untuk berhijrah sekaligus menutup aurat serta menjadi muslimah yang lebih baik. Malah baginya Surah Ar Rahman ini sangat ‘menakjubkan’ dan tak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Bayt Ar Rahman (Rumah dipenuhi Kasih Sayang)
MashaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Segala puji bagi Allah swt yang mengizinkan kami semua berkumpul & belajar dalam majlis ilmu ini.
Saya pilih tadabbur my fav surah Ar-Rahman sebab surah ni yang bantu dan buka hati I untuk berhijrah. Dengan izin Allah dari baca merangkak-rangkak, I belajar balik from Iqra. And today im so happy dapat tadabbur dan belajar dengan kawan kawan maksud surah ni. Belajar dan rasa kasih sayang Allah swt.
This surah is really powerful.I can’t put this feelings into words. Subhanallah.
Faham Tujuan Kehidupan
Bila belajar taddabur baru faham the purpose of this life. Baru faham kenapa kita tak boleh tinggal Al-Quran walau sehari. Kenapa kena buat itu , kenapa ini. Semua ada dalam Al-Quran. Baru faham & rasa kasih sayang dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW. Betapa jahilnya saya.
Belajar Jadi Lebih Baik
This posting bukan nak tunjuk saya baik. Saya cuba belajar nak jadi better version of myself sementara Allah tutup aib saya. Ive been sharing so many useless contents all this while. Semoga sharing ni memberi manfaat dan boleh jadi bekalan saya di akhirat
Doakan saya istiqomah & menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain. InshaAllah Thank you suamiku, anakku, Kakak, Bibik for the loves & support.
Jazakillah khair my beloved Ustazah Najiha & beautiful sisters 🤍 Sayang semua dunia akhirat!
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك
“Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu”
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, Tahniah Betty atas penghijrahan ini. Ternyata hidayah itu milik Allah, magisnya kalam suci yang diturunkan mampu melembutkan hati untuk berubah ke arah lebih baik. Semoga kekal istiq0mah dalam mencari redha Allah!
Siapa kata barangan Malaysia tak ada ‘kelas’. Malah ada yang memandang rendah pada kualiti barangan tempatan sehingga sanggup mengagungkan barangan import.
Jangan pandang sebelah mata dengan barangan Malaysia kerana ia begitu mendapat sambutan yang cukup luar biasa di kalangan rakyat tempatan.
Semua ini terbukti melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah pun mencapai kejayaan luar biasa di karnival dan ekspo sebelum ini.
Kempen Beli Barangan Malaysia Yakinkan Pengguna
Apa yang perlu kita tahu, Kempen Beli Barangan Malaysia adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli barangan buatan Malaysia. Secara tak langsung, kita turut menyokong dan membantu pengusaha tempatan serta memberi kesedaran tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan ini setaraf dengan piawaian antarabangsa.
Jadi, tidak hairanlah dalam memeriahkan kempen beli barangan tempatan ini terdapat ekspo dan karnival yang dapat membuka mata masyarakat tentang kehebatan produk tempatan.
Jom Ke Karnival Jualan Di Dataran Cenang
Sehubungan itu, salah satu program terdekat yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah karnival jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBMM).
Karnival jualan ini berlangsung di Dataran Cenang, Pulau Langkawi yang bermula pada 11 hingga 14 November ini.
Sudah pastinya perlbagai program yang menarik menanti pengunjung di sana dan pastinya, YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan merasmikan majlis pelancaran itu nanti.
Apa yang menarik lagi sepanjang 4 hari itu, pelbagai produk dan jenama Malaysia ditawarkan pada harga berpatutan. Selain itu, pengunjung jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran dan demontrasi penghasilan produk tempatan sepanjang berlangsungnya karnival itu.
Tidak ketinggalan, setiap pengunjung yang datang pada karnival ini akan berpeluang untuk menyertai peraduan istimewa yang akan disediakan dan pelbagai aktiviti yang menarik lain.
Inilah masanya untuk anda, rakyat Malaysia terokai produk tempatan dan pastinya anda terus ‘jatuh cinta’ dengan keunikan produk Malaysia.
Jumpa di sana!!!
#barang baik, barang kita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...