Oktovia Berhijab Berkat Doa Iwan “Asbab Usaha Niat Ikhlas Doa Seorang Bapa Soleh”.  Pelakon cantik yang sudah setahun berhijab berterima kasih atas usaha berterusan bapanya yang ingin melihat dia berubah menjadi lebih baik.

Oktovia Manrose mendedahkan penghijrahannya adalah berkat doa dan istiqamah bapanya yang juga penyanyi dangdut era 1990-an, Iwan Syahman.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Oktovia Berhijab Berkat Doa Iwan

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, pemilik nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, meluahkan rasa syukur.

“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.

Ads

“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa.

“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.

“Dunia adalah ujian semata-mata untuk kita mengumpulkan saham di akhirat. Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dasyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya, nauzubillahminzalik.

Dunia ni bukan kehidupan abadi

“Tersangatlah rugi kalau mensia-sia diri dengan kemungkaran. Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat yang sebenarnya.

“Sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dan percaya bahawa Dia akan terima setiap doa umat-Nya yang benar-benar ikhlas. Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda ALLAH.

Ads

“Bukan saja daripada banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi daripada istiqamah dalam melakukan kewajipan pada ALLAH SWT. Alhamdulillah ALLAH dengan sifat Ar- Rahman Ar- Rahim dan Al- ghofur, bagi peluang.

”Satu persatu perubahan dalam diri. Masya-ALLAH saya bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai ayahanda Iwan Syahman,” katanya wanita berusia 31 tahun itu lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

Ads

Mingguan Wanita :  Alhamdulillah berkat doa bapa.

Sumber Foto   : Instagram Oktovia

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI