Sebelumnya Siti Sarah Raisuddin, isteri pelawak terkenal Shuib Sepahtu dikejarkan ke hospital kerana tahap oksigen yang semakin menurun. Khabar terbaru dari suaminya memaklumkan keadaan isterinya, oksigen masih belum stabil.
Walaupun demikian, Shuib sentiasa memberi kata semangat pada isteri agar terus kuat. “Alhamdulillah.. semoga ibu makin sihat. Walaupun, kadang-kadang oksigen masih belum stabil.
Tapi ibu kena kuat semangat ok. Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji Allah sayang.” Kongsi Shuib yang turut memuat naik sekeping gambar isterinya yang masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Ads
Siti Sarah Rindukan Anak-anak
Berada di hospital jauh dari tiga orang anaknya membuatkan ibu ini berasa rindu. Siti Sarah kongsikan kerinduannya di instastorynya.
“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah lindungilah suamiku, anak-anakku, keluargaku.”
Ads
Pda 25 Julai lalu, Siti Sarah, Shuib dan anak-anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 menjalani ujian sarangan Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti virus Covid-19. Hasil daripada ujian saringan itu, mereka sekeluarga disahkan positif.
Temasuklah Siti Sarah yang sedang hamil tujuh bulan ketika ini.
Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin semalam. Bagaimana pun, dia mengalami batuk dan sesak nafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans petang semalam.
Ads
Mingguan Wanita : Mendoakan semoga oksigen Siti Sarah kembali stabil dan ibu ini terus kuat serta segera dijauhkan daripada virus Covid-19 ini.
Wanita diceraikan suami selepas lahirkan anak berkulit gelap. Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur ‘caesarean’ bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.
Wanita Diceraikan Suami Selepas Lahirkan Anak Berkulit Gelap
Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.
Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.
Foto: Agensi
“Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan,” kongsinya.
Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.
“Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam,” tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.
Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
“Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bertuah dan rezeki sungguh apabila dapat hadiah perkahwinan mewah berupa gelang,cincin dan rantai emas daripada setiap tetamu yang hadir!
Sepasang pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.
Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.
Dapat Beratus Gelang & Rantai Emas
Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak.
Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe.
“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.
Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit.
“Saya menyanyi lagu-lagu rock jiwang sambil masak di dapur setiap pagi” itulah luahan dari usahawan dan penaja Konsert Rock Legend Berzaman, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli.
Kak KM akui dirinya juga merupakan peminat tegar lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’.
“Saya Menyanyi Lagu-Lagu Rock Jiwang Sambil Masak”
“Saya memang peminat tegar lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’. Saya akan menyanyikan lagu-lagu itu sambil masak di dapur pada setiap pagi.
“Lagipun, saya memang membesar dengan lagu-lagu rock kapak sebab itu saya sangat teruja bila berpeluang untuk menganjurkan konsert ini.
“Saya harap peminat yang hadir akan terhibur dengan sembilan penyanyi ini. Kita’sing-along’ sama-sama nanti,” ungkap Kak KM ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Cara Mencari Rezeki
Ditebak mengenai tarikh konsert pada 3 Mac yang tidak jauh dari tarikh permulaan Ramadan, Kak KM menerangkan konsert yang diadakan sebelum Ramadan.
“Kita bukan buat konsert pada bulan Ramadan. Konsert ini kita adakan sebelum Ramadan.
“Kita punya kehidupan dan cara mencari rezeki adalah melalui kerja-kerja ini. Bagi saya, tak ada masalah sebab ini bidang kita dan cara kita mencari rezeki,” jelasnya lagi.
Konsert Rock Legenda bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac nanti bermula 8 malam, sembilan legenda rock tanahair bakal bergabung dan menghiburkan penonton dengan 32 lagu akan dipersembahkan. Kesemua sembilan legenda rock tempatan tersebut ialah Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ameng Spring, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.
Selaku penganjur, RAR SKY Entertainment cukup teruja dengan penganjuran konsert ini yang pasti sangat-sangat dinanti-nantikan oleh peminat genre rock tempatan untuk menyaksikan idola mereka membuat persembahan secara langsung.
“Kami cukup teruja malah diharapkan konsert ini bakal mengubat kerinduansemua peminat muzik rock tanahair. Walaupun menghimpunkan sembilan legenda di atas satu pentas dilihat sesuatu yang sukar, dan kami berharap konsert kami nanti akan berjalan lancar,” jelas Rose Azlin Rosli, Ketua Pegawai Operasi RAR Sky Entertainment.
Menariknya, konsert ini juga turut mendapat tajaan sepenuhnya oleh Kopi KM, produk kopi kesihatan yang diasaskan oleh usahawan popular yang cukup dikenali ramai, Kak KM malah mengakui sudah membelanjakan hampir RM1 juta untuk penganjuran konsert mega ini.
“Saya selaku peminat tegar lagu-lagu jiwang dan leleh, serta membesar dengan rock kapak, memang sangat teruja dengan penganjuran konsert ini, dan diharapkan semua yang hadir akan terhibur dengan himpunan para selebriti yang membuat persembahan. Kita ‘sing-along’ sama-sama dan kasi gegar Mega Star Arena nanti!” jelas Kak KM.
Bagi peminat muzik rock tanahair yang ingin mendapatkan tiket, jangan lepaskan peluang ini! Sila hubungi dan whatsapp +60133377040 dan layari www.ticket2u.com.my/event/34405 di mana tiket akan dijual bermula dari harga RM198 sehingga RM358. Jumpa kalian semua di Konsert Rock Lagend Berzaman 3 Mac 2024 nanti! PENTAS YANG SAMA.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...