Sejak kebelakangan ini, isu kesihatan mental semakin menjadi topik perbincangan hangat di kalangan masyarakat apatah lagi apabila media menyajikan pelbagai kisah yang merentap norma kemanusiaan sejagat.
Bertitik tolak dari permasalahan tersebut, pementasan teater Di Sebalik Topeng, sebuah karya seni yang bakal mengangkat tema kesihatan mental dan penebusan diri bakal dipentaskan tidak lama lagi.
Kesedaran buat masyarakat
Teater terbitan syarikat milik Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dikenali sebagai Ogy, seorang ikon seni tanah air yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Menurut Ogy, teater ini merupakan satu refleksi tentang cabaran kehidupan yang sering dihadapi oleh ramai individu dalam masyarakat hari ini.
Diarahkan oleh pengarah berbakat Zainorhisyam Samudin, teater ini menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan untuk menyingkap kisah setiap watak yang penuh dengan rahsia.
Topeng Individu Mula Tertanggal
Dalam terapi tersebut, topeng-topeng yang dipakai oleh setiap individu mulai tertanggal, mendedahkan perasaan dan pengalaman yang telah lama terpendam.
Ads
“Teater ini bukan sekadar hiburan, ia adalah satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
Setiap watak yang dipersembahkan dalam Di Sebalik Topeng melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami.
Teater ini bakal membawa penonton menyelami kisah seorang wanita yang bergelut dengan masalah kesihatan mental yang mendapati dirinya terperangkap dalam konflik emosi yang mendalam,”Fauziah Ahmad Daud.
Ads
Tema kesihatan mental diangkat dalam teater ini kerana sering dianggap tabu, tetapi melalui Di Sebalik Topeng penonton akan diingatkan kesakitan emosi adalah sebahagian daripada kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.
Sementara itu, Zainorhisyam Samudin berkata, dia berasa teruja untuk mengarahkan projek ini kerana menawarkan dimensi baharu dalam penceritaan teater tempatan.
Ads
Pementasan teater ini juga menampilkan lakonan Ogy serta bantuan beberapa pelakon lain seperti Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.
Tidak hanya memberikan persembahan mantap, malah gabungan elemen-elemen dramatik, konflik emosi, serta penyampaian lakonan yang penuh perasaan menjanjikan pengalaman teater yang tidak mudah dilupakan.
Penonton akan dibawa masuk ke dalam dunia watak-watak yang terjebak dalam masa lalu, cuba melepaskan diri dari belenggu yang menyakitkan dan mencari jalan menuju penebusan.
Pementasan teater ini akan diadakan pada 19 dan 20 Oktober ini, jam 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP.
Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com.
“Dengan izin Allah, semoga hubungan kami diberkati & kekal hingga ke syurga 🤍
“Robbanaa hablanaa min azwaajinaa wa zurriyaatinaa qurrota’ayuniw waj’alna lil-muttaqiina imama”
“Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kongsi Gayakan Busana Bertemakan Jawa Di Majlis Berinai
Sebelum ini juga Sweet telah berkongsi gambar bersama tunangnya, Adam Lee di laman Instagram yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Sweet dan pasangan dilihat megenakan busana bertemakan Jawa sebagai pilihan di majlis berinai.
Dalam masa sama, Sweet juga menyertakan kapsyen ringkas beserta tanda pagar #TerciptaALSQ.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Menerusi ruangan koman pengikut kedua-dua pelakon ini mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke jannah.
Hari ini, Ahad menerusi insta story ibu pengacara terkenal Neelofa, Nor Kartini Noor Mohammed memberi bayangan. Seakan anak ketiganya sudah pun dirisik guru, pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz.
Dikatakan, keluarga selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menerima kunjungan PU Riz. Dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti itu. Bagi menyempunakan acara merisik.
Majlis yang berlangsung sederhana itu dihadiri jumlah tetamu dari kalangan keluarga terdekat, yang terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kira-kira 20 orang tetamu yang hadir.
Sementara di insta story ibu Neelofa berkongsi berita gembira mengenai anaknya,
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayangan ku..
Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya. Yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..
Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menkadi tetamu istimewamu di syurga mu nanti. Intan permatuku, setiap detik dan setiap saat mama love you very much.”
Neelofa juga memberi gambaran, memohon doa agar dipermudahkan urusan pada hari ini,
Bakal Disatukan Penghujung Mac 2021
Sumber keluarga memaklumkan, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.
Keduanya difahamkan akan disatukan sebagai suami isteri penghujung Mac 2021 nanti. Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.
Hubungan kedua pasangan selebriti ini mula hangat diperkatakan apabila kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon dalam majlis perkahwinan adik Neelofa baru-baru ini.
Terjatuh bilik air. Dikejarkan ke Hospital Melaka Enot patah kaki kanan & tempurung lutut retak. Semoga pelakon enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 44, diberikan kesembuhan.
Terbaru pelakon itu telah dikejarkan ke Hospital Melaka akibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya.
Kejadian berlaku pada petang Isnin dan sahabatnya iaitu Shiera juga turut memohon doa orang ramai agar cepat sembuh.
Terjatuh Bilik Air
Seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, enot menerangkan kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak. Pemeriksaan doktor juga turut mendapati tulang belakangnya turut mempunyai masalah.
Pada awalnya Enot merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang.
Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.
“Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah,” sambungnya.
Jatuh Bilik Air Perkara Biasa
Enot yang kini menetap di Melaka turut memberitahu jatuh bilik air adalah perkara biasa bagi dirinya.
“Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut.
“Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans,” sambung Enot.
Menerusi Instagram Stories juga Enot turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Selepas dirawat saya sendiri minta untuk balik rumah lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan,” katanya.
Tanda Pengenalan Tempat Baru
“Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best.
“Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon. Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur bukan jatuh sangat.
“Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru,” katanya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...