Tidak kira wanita atau lelaki, bila sudah terlalu obses dengan jenama, dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Kalau tidak dapat sesuatu yang diinginkan, ia boleh menghantui sehingga mengganggu fikiran dan lebih teruk lagi boleh menyusahkan diri sendiri.
Apa tidaknya, terlalu obses dengan jenama itu dan bila tidak dapat menunaikan kehendak itu, ia boleh membuatkan seseorang rasa sedih, cemas dan takut hingga fikiran terganggu, seterusnya boleh membuatkan seseorang itu menjadi murung.
Mingguan Wanita Talkshow hari ini telah mengenengahkan topik ‘Obsesi Jenama’ dengan beberapa tetamu jemputan termasuklah Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Datin Amyera dan Wan Faizah Wan Ahmad.
Antara kupasan yang dikatakan oleh Dr Shazli Ezzat Ghazali adalah:
Ciri-ciri mereka yang obses jenama adalah:
Katanya, tidak salah berkongsi gambar di media sosial dengan barangan jenama yang dimilikinya kerana ia meningkatkan keupayaan diri dengan apa yang diperolehi dan secara tidak langsung dapat menggalakkan orang lain untuk berusaha sama mendapatnya.
* Kebanyakan barang jenama yang dimilikinya adalah ‘reward’ unuk dirinya sendiri dan memberi inspirasi buatnya supaya lebih berusaha untuk mendapatnya. Bila sudah dapat, kita akan rasa seronok dan puas.
* Lagi satu, kalau kita inginkan barangan itu, kita perlu ada duit dan duit itu adalah daripada kerja keras kita selama ini.
* Kena ingat, kita perlu sedar diri bahawa barangan jenama ini bukan keperluan tapi kehendak.
* Sebolehnya, dahulukan yang lebih penting.
Bagi mengetahui lebih mendalam tentang topik ini, jangan lupa saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 5 petang bersama hos Siti Elizad dan Sherry Al Hadad.
#mingguanWanitaTV
#mingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121