‘Obses Pakai Diaper Walau Dah Dewasa’ Minat Pelik Akhirnya Menyusahkan Isteri

Share

Pelik-pelik minat manusia ini kan. Kalau orang perempuan suka kumpul emas itu tak adalah nampak peliknya. Tapi bila suami ada minat pelik pakai diaper, dah boleh pula bergelar bapa.. memang sesuatu di situ.

Namun, jangan tak tahu minat semacam ini sememangnya wujud. Malah mereka di gelar Adul Baby/Diaper Lover atau ABDL.

Dan tentunya minat pelik ini kesudahannya memberi tekanan kepada isteri yang tidur sekatil dengannya. Hadamkan perkongsian Syahirah Omar untuk mendapatkan gambarannya.

Obses Pakai Diaper Walau Dah Dewasa, Minat Pelik Ini Sememangnya Wujud

Beberapa hari lepas saya terbaca satu kisah pelik. Mengucap panjang saya lepas baca sebab saya sendiri tak pernah tahu kewujudan mereka yang obses memakai diaper walaupun sudah dewasa.

Mereka ni dikenali sebagai ABDL (Adult Baby/Diaper Lover).

Menurut Dr. Dennis Sugrue, Sindrom Bayi Dewasa merupakan perilaku seks luar biasa yang melibatkan seseorang lelaki atau perempuan bertindak atau melakukan role-playing sebagai bayi. Ada yang nak dilayan sebagai bayi,nak dimanja-manja didodoi dan disusukan ( AB) dan ada juga yang ( DL ) jenis keinginan nafsu meningkat bila pakai diaper.

Atau kedua-duanya sekali.

Entah kenapa saya merasakan mereka perlu dirujuk ke bahagian psychiatrist.Tapi menurut Pakar Sakit Tuan terkenal di Malaysia, Dr. Ismail Tambi, beliau berpendapat, mereka yang AB/DL ni tak gila pun, cuma nak menikmati keseronokan yang luar biasa.

Mereka normal, cuma ada keinginan pelik nak pakai diaper. Siap ada komuniti di Malaysia ni lagi. Mereka share design terbaru, yang mana selesa mana tidak.

Pelik Ramai Orang Muda Beli Diaper, Siap Pilih Corak

Saya ada terbaca komen seorang penjual diapers. Katanya dulu dia pelik juga kenapa ramai orang muda beli diaper. Kebanyakkan size M, kemudian asyik tanya ada tak corak sekian-sekian.

Dan banyak lagi soalan pelik lain. Siap mereka pesan untuk masukkan dalam kotak, dan jangan tulis item tu adalah diapers. Kalau beli untuk pesakit OKU terlantar, masih kisah ke nak corak itu ini?

Ada yang berpendapat ABDL ni tidak menggangu kehidupan mereka dan bila berkahwin pun ok saja asalkan pasangan memahami.Tetapi dalam kes saya baca ni, sangat menggangu hubungan mereka suami isteri seawal sebulan usia perkahwinan. Suami dah mula asyik nak pakai diaper atau curi-curi pakai diaper waktu tidur.

Pernah sampai terbocor habis terkena baju isteri. Yelah air kencing orang dewasa mesti lebih banyak dari bayi. Ada juga waktu bila subuh air kencing yang terkena baju isteri dah kering, sampai tak sedar dah dibawa pakai semasa solat.

Sebenarnya bila kencing dalam diaper, adalah satu kepuasan bagi mereka yang ABDL ni. Seronok nak rasa diaper kembung dan basah.

Cari diaper ANAK di sini : https://invol.co/cla0w1p

Empat Tahun Isteri Bertahan Dengan Minat Pelik Suami

Dan bila si isteri cuba bantu suami supaya tidak bergantung dengan diaper, memang tak berjaya. 4 tahun lamanya beliau bersabar tapi akhirnya bercerai juga. Sebab memang suami dia bukan saja tak minat untuk melakukan hubungan intim, tetapi memang lansung tak beri nafkah sebab asyik berhabis beli diaper. Sekeping dah 10-20 ringgit tau. Suami pun tak bekerja sebab mak ayah tanggung semuanya.

Kenapa dia kahwin juga dengan lelaki ada minat pelik ni?

Sebenarnya perkahwinan mereka diatur oleh family, dan tak sangka sungguh lelaki tu ada masalah begitu. Lelaki tu datang dari keluarga yang baik, berpelajaran tinggi dan ayah lelaki tu Doktor pakar tak silap saya. Mak ayah lelaki tu pun tahu yang anak mereka memang mempunyai minat yang pelik.

Entah kenapa saya rasa mereka selfish betul sebab mereka kahwinkan juga anak mereka tanpa maklumkan perkara sebenar.Cara mak ayah lelaki tu bukan saja merosakkan anak mereka sejak azali tetapi juga sudah menghancurkan hidup perempuan lain.

Zalim sungguh rasanya bila melepaskan beban mereka pada menantu. Sedangkan mereka tahu kegagalan mereka mendidik dan membantu anak mereka sejak kecil lagi.

Baca : Menghukum dengan kekerasan, malukan anak kencing malam boleh buat mereka bertambah stress

Rawatlah Jika Anak Ada Masalah Kencing Malam

Serius mak ayah,
Kalau ada anak yang mempunyai masalah kencing malam, masalah tak dapat kawal kencing walau sudah berusaha macam-macam, tolonglah bawa anak berjumpa dengan pakar urologi. (6 tahun keatas).

Sebab kesian bila mereka makin dewasa, terpaksa bergantung dengan diaper sehingga timbul minat pelik begini. Bayangkanlah lelaki muka macho sekali pakai diaper sebab nak sangat nampak comel.

Dan saya sangat bersetuju,

Dalam hidup ni kita perlu berhati-hati memilih pasangan. Jangan terburu-buru untuk berkahwin, sebaiknya kenali dan selidik terlebih dahulu latar belakang pasangan. Walaupun tak mengenali 100% tetapi sekurang-kurangan berbincang dan mempunyai persefahaman tentang isu tempat tinggal, nafkah dan perbelanjaan.

Makin hari makin menakutkan bila tahu banyak lagi sebenarnya benda pelik-pelik disekeliling kita. Bagi mereka itu hanyalah minat mereka, sama jelah seperti orang perempuan suka pakai kasut tumit tinggi, handbag. Mereka ni minat koleksi diapers.

Takkanlah esok ni saya nak tanya bakal menantu saya,
Makcik nak tanya ni, awak minat pakai diapers tak?”

Serius, tak boleh terima sungguh minat jenis begini.

Semoga Allah jauhkan zuriat keturunan kita dari kepelikkan begini.

Mingguan Wanita : Memang lain macam sungguh minat pakai diaper walau dah dewasa ini. Sungguhlah kasihan pada isteri yang terpaksa hadam minat pelik suami bertahun-tahun. Semoga kita dijauhkan dari berjumpa pasangan sebegini. Jika ditakdirkan bertemu, bantulah dan rawatlah pasangan anda.

Sumber/Foto : Syahirah Omar

Published by
Netty Ah Hiyer