Biasa, kalau mereka yang nak diet, oat memang jadi pilihan sebagai laternatif untuk kurus. Begitu juga buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang dikatakan boleh membantu menjaga kesihatan terutamanya yang mengalami masalah sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

Oat mempunyai khasiat tersendiri iaitu serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Sebab itulah, ia menjadi salah satu bijiran terbaik untuk kesihatan.

Walaupun oat berkhasiat tetapi kita perlui waspada dan hati-hati. Daripada ingin kurus atau berdiet, ia boleh mempengaruhi indek glisemik bila diambil tanpa tahu khasiatnya.

Nurul Faizah Ahmad turut berkongsi beberapa jenis oat yang perlu kita tahu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jamu Kunyit Guna Tiga Bahan Untuk Awet Muda Dan Kesihatan Dalaman

Guna Yogurt Sebagai Bahan Utama, Rahsia Miliki Rambut Cantik Sihat Berkilat

Info Lebih Menarik DI SINI

5 Jenis Oat

GROAT OATS
Ini ialah jenis oat yang betul-betul asli. Tidak dipotong, diproses atau dilenyekkan. Jenis oat ini ialah jenis paling terbaik kerana mengandungi pelbagai khasiat kerana tidak diproses.

IKLAN

Oat groat ialah jenis oat yang kurang diserap menjadi gula dalam darah kerana kandungan seratnya yang tinggi.

Oat Memang Baik Untuk Kesihatan Tapi Hati-Hati Buat Penghidap Kencing Manis
STEEL CUT OATS
Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis “steel cut”. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang asal “Oat Groat”. Bila dikunyah rasanya kenyal dan rasanya sedikit seperti kekacang.
Steel cuts juga ialah jenis oat yang kurang diserap menjadi gula dalam darah.

Oat Memang Baik Untuk Kesihatan Tapi Hati-Hati Buat Penghidap Kencing Manis

ROLLED OATS
Rolled oats merupakan oat yang sudah dilenyek tapi belum dimasak.Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Jadinya ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit. Kadar penyerapan gula untuk Rolled Oat lebih lambat berbanding “quick” dan “instant” oat

Oat Memang Baik Untuk Kesihatan Tapi Hati-Hati Buat Penghidap Kencing Manis
QUICK OATS
Ia adalah oat yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Jadi, ia perlu dimasak seminit dua.

IKLAN

Oat Memang Baik Untuk Kesihatan Tapi Hati-Hati Buat Penghidap Kencing Manis
INSTANT OATS
Oat ini adalah yang paling BANYAK DIPROSES iaitu sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Jadi teksturnya sangat halus dan berkrim bila bercampur dengan air panas. Oat jenis ini boleh terus dimakan begitu saja.

Oat Memang Baik Untuk Kesihatan Tapi Hati-Hati Buat Penghidap Kencing Manis
Hati-Hati Buat Pesakit Kencing Manis

TAPI..Tahukah Anda??

Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapan gula ke dalam badan.

Oat yang telah banyak diproses seperti instant dan quick oat mempunyai tinggi Indeks glisemik.

IKLAN

Ini kerana semasa diproses kandungan serat dan nutrien dalam bijirin oat akan terbuang sekali dan menyebabkan indeks glisemik antara oat-oat ini berubah.

“Habis tuu tak boleh la ni nak makan oat?”

Jangan pulak cakap saya tak bagi makan oat langsung. Boleh makan oat tiada masalah. Saya tahu ramai orang suka sangat oats ini.

Untuk Pesakit kencing manis pilih oat yang rendah Indeks Glisemik. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts, ATAU boleh juga makan oat groat. Itu adalah pilihan lebih baik.Elakkan membeli oat 3 in 1 kerana terdapat gula tambahan di dalamnya.

Bagi yang tiada masalah kesihatan nak ambil instant & quick oat boleh, rolled, steel cut, groat oat pun boleh. No problem.

MW: Oat memang bagus untuk kesihatan, tapi bagi yang ada masalah kesihatan kenalah tengok jenis oat mana yang sesuai ye!

Sumber: Nurul Faizah Ahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI