Bila bawa anak-anak mandi laut, boleh jadi lepas mandi laut rambut anak pun jadi keras kejung. Kalau tak jumpa cara melembutkan rambut anak, jalan terakhir potong pendek sajalah kan.
Tak perlu gunting pendek pun jika rambut anak keras sampai susah nak sikat tu.
Sebagaimana yang ibu ini, Nur Hafizah Hanafi kongsikan. Beliau ada cara macamana nak lembutkan kembali rambut anak yang keras selepas kena air laut yang masin tu.
“Balik dari Pulau Perhentian ritu, keras kejung rambut Aisyah ni. Non stop mandi air laut. Nak sikat pun tak boleh. Pakai perapi pun tak jalan.
Pastu tanya kawan-kawan efbi. Dorang ajar buat hair oiling.
Tq Najah n Iz.. nyaris nyaris mama nak gunting pendek rambut budak ni.”
Menjaga rambut anak perempuan ini memerlukan ketelitian ibu dan ayah. Lagi-lagi jika anak perempuan berambut panjang.
Kalau tak dijaga betul, bimbang alami rambut kusut dan sebagainya. MW kongsikan tip cara menjaga rambut anak perempuan dengan betul.
Baca sini : Dari Muda Cik Oya Jaga Rambut Dan Belum Pernah Sampai Bercabang
Semasa mandi, ajarkan anak bersyampu guna syampu khas tak pedihkan mata. Bimbang anak menggosok mata ketika rambut masih bersyampur.
Dalam masa saya, syampu sebegini bersifat lembut dan tak melukakan kulit kepala.
Mak ayah ajarlah juga anak-anak cara bersyampu dengan betul dan membilasnya sehingga bersih. Bimbang sisa syampu masih melekat dan akan menyebabkan rambut berkelemumur.
Hal yang satu ini pun agak sukar nak latih anak sebenarnya. Ada anak-anak selepas mandi tak hirau pun rambut sudah kering atau belum, sudah bersikat atau belum.
Jadi, ajarlah mereka cara bersikat. Bagi mengelakkan anak rasa sakit, peganglah rambut anak ada akarnya, dan perlahan-lahan sikat ke bawah.
Lama-kelamaan, anak akan faham nanti.
Sumber/Foto : Nur Hafizah Hanafi