Nyamannya dapat membasahkan tekak di saat cuaca panas membahang sekarang ni. Tak perlu ke kafe untuk menikmati minuman yang sedap dan nyaman ini.
Kali ini dikongsikan tiga jenis minuman iaitu Jus Limau Asam Boi, Peppermint Lemonade dan Soda Serai Bermadu. Ia bukan saja sedap, bahkan berkhasiat. Rasa masam manisnya boleh melegakan rasa muak menikmati hidangan berlemak dan bersantan.
Ha..sekarang anda boleh buat sendiri saja di rumah minuman bak di kafe ini. Yang penting, bahannya ringkas saja! Cuba tau!
2 sudu besar gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
1.Masak air dan gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula tadi dan biji asam boi. Jangan masukkan air rebusan asam boi, ditakuti terlalu masam.
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 tangkai daun pudina
500 ml air
2 biji lemon – perah jus dan tapis
Ais secukupnya
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai – diketuk
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Kredit: Majalah RASA.