beras parboiled

Jika selama ini,mak-mak beli beras putih ataupun beras perang untuk hidangan keluarga, selepas ini bertukarlah kepada beras rebus atau lebih dikenali sebagai beras parboiled.Ia ternyata lebih bagus sebab khasiatnya lebih dan glisemik indeks rendah berbanding jenis beras-beras yang lain.

Beras Parboiled

Beras parboil adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap!

Jemput baca perkongsian ilmu oleh Nizam Herbalist berkaitan khasiat Beras Rebus atau Parboiled ini. Beliau merupakan seorang Nutritionist yang mempelajari Sains Pemakanan & Nutrisi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khasiat Beras Rebus atau Parboiled

Beras parboiled memang sangat berkhasiat berbanding beras putih biasa.Malah dengan beras perang pun beras parboiled lebih baik dari segi penyerapan mineral sepertt kalsium,iron dan sebagainya. Harga tak berapa mahal i.e sekarang dalam RM3.00 lebih je.

Rasanye yang lebih lemak, rich taste,lembut,gebu dan tak lembik disebabkan complete nutrients dan pyhtonutrient serta serat jika kadar air yang tepat digunakan, contohnya 1 : 1.5 – 2.0 (beras parboiled : air)

Boleh pilih parboiled basmathi, parboil organik atau parboil biasa yang jauh lebih murah.

Nutritionist Ini Jelaskan Kenapa Beras Parboiled Lebih Bagus & Berkhasiat Berbanding Beras Putih Biasa

Kenapa pilih beras parboiled?

Sebenarnya beras parboiled lebih baik kasiat daripada beras perang sebab nutriennye lebih tingi dan lebih mudah diserap dari segi penyerapan kandungan zat besi dan mineral. Yakni 11x ganda daripada beras perang dari segi penyerapan mineral yang 90% lebih tinggi. Kalau bandingkan dengan beras putih sangat jauh bezanya.

Ads

Sama macam Bulgur wheat i.e parboiled wheat grains. 55x ganda kasiat daripada biji gandum asli yang perang tu.

Parboiled rice, tinggi kandungan protein, B komplex, mineral, iron, calcium, fiber, index glycemix yang lebih rendah tapi kadar penyerapan mineral dan vitamin 90% lebih tinggi, antioksidan.

Lembut, gebu dan mengenyangkan, jadi kita terelak daripada food cravings.Perut pun rase kenyang lama.Perut tak meragam.Elok untuk sembelit.Natural detox, membina sel darah, merawat anemia, menguatkan tulang dan organ tubuh. Awet muda, kulit sentiasa lembab dan cantik.Elak diabetes, darah tinggi, kolestrol,sakit lutut dan sendi.

Elak penyakit angin dalam usus.Elak dan boleh rawat penyakit beri-beri yang kurang vitamin B1, B2, folate, B6 dan B12.. malah elok untuk bayi dalam kandungan bagi pertumbuhan saraf yang normal.

Vitamin B kompleks asli yang terdapat dalam bijirin beras parboiled ni sangat penting untuk ekspresi gen yang normal dan seimbang yakni terkawal untuk:

Ads

1. Pembaharuan sel yang normal dalam tisu kulit yang sihat dan cantik.
2. Pembentukan pelbagai molekul protein, enzim untuk molekul pembawa peneutralan/detoksifikasi bahan toksik dalam sel dan macam-macam dalam sel dan organ.
3. Kekuatan otot, organ, jantung dan peparu.
4. Tisu saraf dan otak.
5. Fungsi penghadaman dan kawasan pembuangan.Elak kembung dan makanan kurang hadam.
6. Elak badan daripada dimasuki angin terutama buat wanita bersalin
7. Elak badan sembab angin atau air.
8. Untuk hemoglobin dan sintesis sel darah merah.
9. Pembentukan janin, saraf dan otak nya yang normal.
10. Keutuhan DNA n gen n tlibat dlm gene expression yg normal..
11. Sangat bagus sebagai makanan semi solid pertama diperkenal untuk baby 4 bulan keatas sebagai bubur nasi.
12. Jika dimakan bersama diet seimbang makanan alami wholefoods yang lain dan soluble fiber seperti selasih, chiaseed, arabic gum maka dapat mengelak dan merawat sembelit kronik.
13. Tubuh lebih robust dan tak sensitif.
14. Tubuh lebih tahan sejuk atau panas.

Nutritionist Ini Jelaskan Kenapa Beras Parboiled Lebih Bagus & Berkhasiat Berbanding Beras Putih Biasa

Banyak lagi khasiat vit B kompleks asli.Walaupun diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sebagai co-factor, ia sangat penting dalam memelihara fisiologi dan kesihatan tubuh.

Beras parboiled kaya bahan antioksidan yang hanya ada dalam beras asli yang tak polish macam parboiled ni i.e ‘oryzanol’

Kandungan karbohidrat dalam beras parboiled dan beras putih atau beras perang hampir same je.Perbezaan tak signifikan. Tapi berbeza bila kita start kunyah dan masuk perut serta darah.

Ads

Metabolisma nye berbeza skit, Sebab kandungan nutriennya diserap dengan pilihan yakni time released.

Nilai GI yang lebih rendah kerana penyerapan secara berperingkat. Bukan penyerapan secara drastik macam beras putih. Ini dapat kawal rembesan insulin dalam darah.

Lagi ada complete nutrients untuk metabolisma karbo yang efektif.
Sebab tu ia boloh kawal gula dalam darah juga bagi pesakit diabetes sangat bagus.

Makan beras putih boleh sebabkan;

1. Insulin overshoot partially.Kalau lama boleh jadi gemuk dan pelbagai penyakit darah tinggi dan obesiti.
2. Insulin resistant, jadi diabetes type 2.
3. Rasa mengantuk, berat badan dan mata lepas makan.
4. Kurang cergas.

Makan beras parboiled, badan jadi cergas, cerdas, ringan, kulit cantik dan lembap. Awet muda, badan kuat, tenaga pun tahan lama. Rasa kenyang lama sebab sel kenyang dengan nutrien.

Semoga bermanfaat! Jadi buat mak-mak bertukarlah kepada beras rebus atau parboiled ini agar mendapat segala khasiat tersebut buat keluarga.

Sumber: Nizam Herbalist

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI