Nurul Wahab Rayu Bantuan

Share

Penyanyi Nurul Wahab (Nourul Depp) atau nama sebenarnya Noorulhuda binti Abdul Wahab merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin agar sama-sama membantu Pertubuhan Kebajikan Nur Hati untuk membaik pulih penempatan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Kata Nurul lagi ketika ini pertubuhan kebajikan ini terpaksa menghentikan sementara projek membaik pulih rumah berkenaan memandangkan mereka kekurangan kewangan untuk meneruskan kerja-kerja tersebut.

Kami memohon sumbangan ikhlas. Pertubuhan Kebajikan Nur Hati ini adalah sebuah rumah yang terletak di Ampang. Yang menempatkan anak-anak yatim, anak-anak tak sah taraf dan juga ibu tunggal.”

Anda yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke :

MAYBANK NURHATI SERVICES 562674227790

Atau hubungi talian : 01132313138 en zaid @ 01132540540 pn natasha

Ibu Anak 3 Ini Makin Cantik Di Usia 40-an

Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian dan saya mohon sharekan post ini

.” tutur Nurul dalam instagram miliknya.

Akui Nurul lagi rumah kebajikan ini merupakan rumah kebajikan nombor 1 yang dia sukan bantu. Sekitar Disember tahun lalu, Nurul turut menjayakan malam amal ‘Glitter & Masquerade Cahrity Party bersama Dee (Jangan Ketawa) bagi membantu dana rumah kebajikan ini.

Nurul yang ketika ini bersama Herballife Malaysia sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti menyihatkan tubuhnya. Dia tak lupa untuk membuat rutin senaman, malah aktif berzumba. Tak hairanlah dalam usia 40-an ini, Nurul tetap kelihatan cantik jelita. Malah tubuhnya makin langsing dan menawan.

Siapa kata, wanita 40-an tak boleh cantik. Nurul telah buktikan yang gaya hidup sihat inilah yang menjadikan minda seseorang lebih positif dan cergas sepanjang masa.

Sumber/Foto : Instagram Nourul Depp

Published by
Netty Ah Hiyer