Nurul Izzah coret perjuangan bapa, pernah terseret ke penjara dan menunggu sejak 1998 sebelum dilantik Perdana Menteri. Teka teki siapa Perdana Menteri ke-10 Malaysia akhirnya terjawab apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebentar tadi.
Dalam pada itu, selepas perlantikan Perdana Menteri diumumkan, anak suungnya, Nurul Izzah mencoretkan sesuatu mengenai kisah perjuangan bapa itu sejak 1998 lagi iaitu ketika pemecatan sebgaai Timbalan Perdana Menteri.
Tulis Nurul Izzah di fbnya, dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga,
Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
I love you, Papa
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Jadikan masa depan, masa kita bersama.
Khayr, InshaaAllah.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.