Nurul Izzah beri semangat buat Aisyah Hijanah, moga terus kuat. Anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar berkongsi momen pertemuan dengan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah yang diuji dengan kemelut rumahtangganya baru-baru ini.
Dimadukan saat mengandung 5 bulan, didakwa dicederakan serta lain-lain pembongkaran membuatkan ramai yang memandang serong kepada perbuatan suaminya, Alif Teega dan memberi sokongan buatnya.
Nurul Izzah Beri Semangat Buat Aisyah Hijanah
Terkini, anak sulung PMX, Nurul Izzah yang menghadiri Selangor Internasional Book Fair berkesempatan bertemu influencer tersebut yang turut sama menjual buku-bukunya.
Kongsi Nurul Izzah di Tik Toknya, “menghadiri Selangor International Book Fair untuk memberi sokongan kepada semua pencinta & penulis buku serta penulis dari negara seberang Asma Nadia.
“Moga Terus Kuat…”
Sempat jua bertemu empat mata dengan saudari @aisyahhijanah. Terus kuat, katanya yang memberikan emoji love di akhir penulisannya.
Ads
Dalam pertemuan antara keduanya itu, dapat dilihat bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memeluk erat Aisyah sebelum memberikan sedikit kata-kata semangat buat pempengaruh tersebut.
@n_izzah_anwar Menghadiri Selangor International Book Fair untuk memberi sokongan kepada semua pencinta & penulis buku, serta penulis dari negara seberang Asma Nadia. Sempat jua bertemu empat mata dengan saudari @aisyahhijanah ♬ original sound – n_izzah
Hantaran tersebut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan Nurul Izzah. Mereka juga menitipkan ucapan terima kasih kepada ahli politik kerana mewakili warganet memberikan sokongan buat Aisyah.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Muhammad Jefri bin Abdullah, 43, seorang yang sempurna sifatnya. Dia boleh memilih sesiapa sahaja menjadi suri hidupnya. Namun sebaik bertemu dengan Roszanika binti Abdul Karim, jiwanya terusik. Tiga bulan selepas itu dia mengambil keputusan untuk meminang gadis itu.
Roszanika, 39, cacat tidak seperti suaminya yang normal. Namun kecacatan yang dimiliki Roszanika tidak pernah menghalang Muhammad Jefri untuk mengahwininya. Kini perkahwinan mereka telah berusia 10 tahun.
Masuk Meminang Selepas Kenal Tiga Bulan
Roszanika tidak pernah menyangka ada lelaki yang terpikat sekali gus sudi mengahwininya dalam keadaan dirinya yang serba kekurangan itu. Betullah orang kata, jodoh itu Allah yang aturkan. Mengimbas semula pertemuan dia dan suaminya, segala-galanya berlaku tanpa dirancang.
“ Saya ikut kawan pergi berjalan ke Kuala Lumpur. Masa itu saya berumur 25 tahun. Saya kenal dengan suami yang merupakan kawan kepada kawan saya. Selepas saya balik semula ke kampung, dia datang ke rumah saya. Dia kata dia suka pada saya dan mahu berkahwin dengan saya. Kami hanya berkenalan selama tiga bulan sahaja sebelum dia ambil keputusan datang meminang.
“ Saya terkejut dengan pengakuannya itu. Saya tanya dia, betulkah dia mahu berkahwin dengan orang cacat seperti saya. Dia kata, buat apa nak pandang cacat. Yang penting hati. Alhamdulillah, sekarang ini sudah 10 tahun kami berkahwin,” ujar Roszanika.
Berdua sahaja hidup di dalam sebuah bilik di ibukota yang penuh cabaran.
Muhammad Jefri yang juga seorang mualaf mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Roszanika kerana kasihan dengan wanita tersebut.
“ Dia pernah beritahu saya bahawa adik-beradiknya tidak mahu menjaganya jika ibu bapa mereka meninggal dunia. Sebab itu saya kasihan padanya,” akui lelaki yang telah memeluk Islam sebelum mendirikan rumah tangga dengan wanita yang berasal dari Pahang dan dibesarkan di Negeri Sembilan ini. Malah, perkahwinan ini juga telah menyelamatkan Roszanika daripada dihantar oleh adik-beradiknya ke rumah kebajikan.
Kata-kata Muhammad Jefri ini diakui oleh Roszanika. Kelihatan air mata mula menitik apabila bercerita mengenai keluarganya itu.
“ Saya anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Mereka beritahu mereka tidak mahu menjaga saya jika emak dan ayah telah tiada. Sedih saya dengan pengakuan mereka itu. Oleh itu apabila ada lelaki yang mengajak saya berkahwin, saya bersyukur dengan ketentuan Allah itu,” tambah Roszanika.
Sh: Suami Bersihkan Lampin Pakai Buang
Ketika ditemui, pasangan ini menyewa di sebuah bilik sempit yang terletak di tingkat dua rumah kedai di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Hanya Muhammad Jefri sahaja yang bekerja di sebuah kedai menjual barangan serba guna dan perkakasan rumah. Gaji yang diterima tidak seberapa.
Dengan gaji tersebut Muhammad Jefri perlu membayar sewa bilik. Habis separuh gaji bulanan lelaki itu bagi membayar sewa bilik. Selebihnya duit gaji itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang Roszanika, makanan, ubat dan sebagainya untuk menampung kehidupan mereka berdua.
“ Kalau saya tinggal seorang diri di bilik susah saya hendak bergerak. Sebab itu suami belikan lampin pakai buang agar saya mudah untuk buang air besar atau air kecil. Apabila dia balik daripada bekerja, dia akan bersihkan saya. Begitu juga ketika saya uzur, dia yang bersihkan darah saya. Sedih saya memikirkannya tetapi saya tidak boleh buat sendiri sebab itu saya mengharapkan bantuannya,” tambah Roszanika lagi.
Roszanika hanya mampu mengengsot.
Daripada cerita Roszanika lagi, keadaan dirinya tidak sama seperti ketika dilahirkan.
“ Saya dilahirkan normal dan cukup sifat. Namun begitu perkembangan saya tidak seperti bayi lain. Saya tidak mampu merangkak. Puas emak mengajar saya merangkak tetapi saya tak boleh. Saya juga tidak mampu bangun dan berdiri. Apabila saya semakin membesar, tangan saya semakin membengkok. Akhirnya tulang belakang saya pun semakin senget.
“ Saya hairan juga kenapa jadi begini. Saya tanya pada emak. Dia kata mungkin saya ini terkenan sesuatu. Sebabnya semasa emak mengandungkan saya, ada sekali itu ayah saya hendak baling ibu anjing tetapi terkena anak anjing. Mungkin saya terkenan binatang itu,” ujarnya.
Kehidupannya semasa kecil juga agak mencabar. Semasa kecil sehinggalah dewasa, emak dan ayah banyak membantunya.
“ Saya hanya mampu mengengsot untuk bergerak. Emak dan ayah yang mengangkat saya jika saya mahu pergi ke mana-mana. Hendak mandi pun mereka yang tolong angkatkan. Disebabkan kecacatan saya ini jugalah saya tidak pernah bersekolah. Saya boleh membaca dan menulis ini pun sebab saya belajar sendiri.”
Kini, setelah berkahwin Roszanika banyak bergantung pada suaminya. Tugas mengangkat dan menguruskan Roszanika kini atas bahu suaminya. Nasib baik ada kerusi roda. Bolehlah Muhammad Jefri menolak kerusi roda itu setiap kali mereka keluar dari rumah.
Sh: Bantulah mereka
Jika ada yang hendak memberi bantuan bolehlah menyalurkannya ke dalam akaun CIMB 7624689924 Roszanika binti Abdul Karim. Atau anda boleh menghantar sumbangan ke alamat No 47B, Tingkat 2, Jalan Indah 1/23, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pendamik Covid-19 memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan seharian kita. Kesannya bukan sekadar cara hidup malah ekonomi juga turut terjejas.
Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shah Indrawan Ismail, 36 atau Tomok. Baru-baru ini menerusi @tomokofficial bapa kepada tiga orang anak itu telah mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya Arriandra.
Keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.
Bertahan Lima Tahun
Seperti mana yang ditulis:
“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.
“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
“Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.
“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.
Cuba Survive, Tapi Bisnes Ada Naik Turun
Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.
“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.
“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.
“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.
Doa Dari Peminat
Berita sedih itu turut mendapat perhatian warganet. Malah ada peminat Tomok yang mendoakan agar penyanyi ini terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
“Semoga abg tomok Sekeluarga rezeki semakin bertambah dalam bentuk apa saja rezeki yg ada. Dan semoga dipermudahkan segala urusan semua. Support!’ aieyra.
“Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezki yg lebih bnyk lagi buat tomok n family aamiin” syaliza_along.
Terdapat pelbagai klinik estetik dan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan kaedah kecantikan yang tersendiri. Mungkin bagi sesetengah wanita yang taksub nak cantik sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat ini. Termasuklah dengan mencuba kaedah rawatan yang dianggap pelik.
Berikut antara 6 Kaedah Rawatan Kecantikan Wajah Tersebut:
1. Rawatan Vampire Facelift
Untuk tampak lebih muda, Vampire Facelift menjadi rawatan kegemaran ramai wanita di Hollywood. Walaupun harga satu sesi rawatan mencecah $1,500 (RM6,221), ia masih menjadi pilihan selebriti terkemuka seperti Kim Kardashian dan supermodel Bar Refaeli.
Rawatan yang diilhamkan oleh Dr. Charles Runels itu akan mengambil darah dari lengan sendiri, memisahkan platlet menggunakan pengempar untuk mendapatkan plasma yang kaya dengan platlet. Plasma ini kemudian digabungkan dengan bahan seperti Restalyne atau Juvederm sebelum disuntik ke dalam kulit wajah.
Rawatan ini dikatakan dapat merangsang pertumbuhan kolagen dan membina sel kulit baru untuk menghapuskan kedutan dan pelbagai masalah kulit.
2. Suntikan Krim Darah Manusia
Lagi satu rawatan kecantikan yang menggunakan darah manusia ialah krim wajah MC1 oleh Dr. Barbara Sturm. Krim bernilai $1,400 (RM5,806) ini diformulasikan dengan protein anti radang yang diambil daripada darah pesakit sendiri. Protein ini menghasilkan krim yang dapat menyembuhkan kulit, menghilangkan kedutan halus dan tanda-tanda penuaan yang lain.
3. Rawatan Kecantikan Tahi Burung
Rawatan muka dengan tahi burung bulbul Jepun (Japanese nightingale) dikhabarkan mampu mencerahkan kulit dan menghindari jerawat. Rawatan 100% semula jadi ini telah mula digunakan sejak kurun ke-17 lagi oleh geisha di mana tahi burung yang kering dijadikan ejen pengelupasan untuk menanggalkan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit tampak lebih segar dan sihat.
4. Rawatan Uri Kambing Biri-Biri
Selebriti terkenal Victoria Beckham amat menggemari rawatan ini yang menggunakan uri/plasenta kambing biri-biri. Sel stem daripada uri kambing biri-biri dikatakan mempunyai bilangan sel yang lebih kurang sama dengan seorang manusia dan mampu memperbaiki kulit wajah dari dalam. Hasil rawatan ini akan menyihatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
5. Rawatan Kecantikan Siput Babi
Jika geli melihat pergerakan siput,mungkin meremang dan menjerit kegelian jika perlu menjalani rawatan wajah menggunakan siput ini. Rawatan menggunakan siput ini menghasilkan banyak protein iaitu asid hialuronik dan bahan antioksida yang terkandung dalam lendir siput. Ia mampu mengembalikan kesegaran kulit dan menjadikan wajah bagai 10 tahun lebih muda.
6. Rawatan Kecantikan Menggunakan Lintah
Demi Moore antara selebriti Hollywood yang pernah mencuba kaedah rawatan lintah ini untuk kekal awet muda.Terapi yang popular di Eropah ini menggunakan lintah untuk menyedut darah dari kulit seseorang. Selain itu, lintah yang dipasang ke wajah itu juga akan mengeluarkan sejenis enzim untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah.
Kesimpulannya, tiada jalan mudah untuk kelihatan cantik. Tapi adakah sanggupkah jalani mana-mana rawatan di atas dan berbaloikah berkorban sebegini semata-mata nak cantik di dunia? Tanya lah diri sendiri.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...