Fiziwoo meraikan 10 tahun perjalanan fesyennya dengan koleksi “Journey”, bukan sahaja mengimbau cabaran dan kejayaan tetapi juga menghargai individu penting yang telah menyumbang kepada jenama ini. Setiap reka bentuk dinamakan sempena tokoh berpengaruh seperti Marion, Neelofa, Zaihani, dan Minluna, mencerminkan evolusi seni dan spiritualiti perekanya.
Tema koleksi ini diinspirasikan oleh souq Arab lama, dengan reka bentuk tipografi kaligrafi Arab, set penggambaran berkonsep souq klasik, serta palet warna keemasan dan padang pasir yang memukau. Koleksi ini menghidupkan kembali rekaan ikonik Fiziwoo dalam sedekad terakhir dengan sentuhan
Journey Scarves 25, hasil kolaborasi dengan YB Nurul Izzah Anwar, menyumbangkan 10% hasil jualan kepada badan amal ibu tunggal. Kerjasama lain termasuk Guardian Malaysia, yang menawarkan hadiah eksklusif Fiziwoo dengan pembelian melebihi RM150, serta Make Over, dengan produk solekan bernilai RM150,000 untuk pelanggan terpilih.
Koleksi Fiziwoo Raya Scarf ‘25 melengkapkan tema “Journey” dengan sentuhan nostalgia, mengabadikan kenangan pulang ke kampung halaman—bunga di laman nenek, pelita malam Raya, dan persiapan meriah bersama keluarga. Setiap motif mempunyai makna tersendiri: corak bunga mewakili keindahan halaman nenek, motif pelita buluh menghidupkan tradisi lama, manakala corak geometri Rumah Melaka menggabungkan elemen warisan dan moden.
Tambahan eksklusif ialah, muse YB Nurul Izzah Anwar seorang wanita yang penuh keanggunan, intelek, dan keteguhan semangat, beliau melambangkan kekuatan serta keindahan dalam ketegasan. Malah telah mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang tokoh politik, aktivis, dan ibu yang berdedikasi, menginspirasi ramai dengan komitmennya terhadap keadilan serta perjuangan sosial.
Dalam kolaborasi pertamanya bersama jenama fesyen, beliau amat selari dengan falsafah reka bentuk Fiziwoo, membuktikan penghargaan terhadap bakat tempatan dan estetika yang halus. Seperti koleksi ini, beliau adalah gabungan sempurna antara tradisi dan kemodenan, mengekalkan keanggunan sambil memperjuangkan perubahan. Menerusi koleksi ini, Fiziwoo meraikan perjalanan luar biasa beliau, memberi penghormatan kepada ketabahan, nilai, dan integritinya—suatu penghargaan bermakna kepada wanita yang berjiwa kuat dan berprinsip.
Dihasilkan dalam dua reka bentuk dan lima pilihan warna, scarf ini diperbuat daripada Cotton Voile, fabrik pilihan YB Nurul Izzah, dengan dimensi 45 inci untuk keselesaan dan kepelbagaian gaya. Setiap helai dijual pada harga mampu milik termasuk pin monogram Fiziwoo dan beg habuk eksklusif.
Dengan koleksi terbesar setakat ini, Fiziwoo Raya ’25 bukan sekadar koleksi fesyen—ianya adalah penghormatan kepada perjalanan kehidupan, transformasi, dan kenangan yang abadi.