Nurfarahimi luah teringin naik helikopter sebelum pencen, bakal tamatkan perkhidmatan beberapa bulan lagi. Menurut ibu saudara Allahyarhamah Nurfarahimi, Laila Fairus Ismail, 58, arwah beri tahu sebelum pencen, dia teringin nak naik helikopter.
Nurfarahimi Luah Teringin Naik Helikopter Sebelum Pencen
Memetik laporan Buletin TV3, difahamkan Allahyarhamah Noorfarahimi Mohd Saedy,41, yang merupakan Pegawai Waran II TNL sudah lama menyimpan impian untuk menaiki helikopter sebelum menamatkan perkhidmatan yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi.
Sepanjang kerjaya, ini kali ketiga Nurfarahimi, 41, menaiki helikopter. Itu pun selama tiga hari disebabkan terbabit dalam latihan raptai, jelas Laila lagi.
Menurut Laila pada hari raya Aidilfitri yang lalu arwah antara orang yang paling ceria dan memaklumkan kepada saudara mara yang dia akan pencen tidak lama lagi dan akan menetap dengan suaminya di Kuantan dan tidak akan tinggal lagi di Lumut.
Bakal Tamatkan Perkhidmatan Beberapa Bulan Lagi
”Arwah seorang yang mudah ‘happy’ dan pada hari raya dia memaklumkan akan berpencen kalau tak salah pada Jun ini.
”Dia juga ada memaklumkan sebelum ini yang dia tak pernah naik helikopter dan teringin nak merasainya sebelum berpencen nanti.
”Namun tak disangka kejadian seumpama itu berlaku,” katanya ditemui media di Banggol Jas, Sungai Bayor, Selama.
Ads
Menurutnya arwah sudah bersuami dan juga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang serta mempunyai tiga orang anak berusia 16,12 dan lapan tahun.
Tambahnya, dia dimaklumkan ahli keluarga arwah, jenazahnya dalam keadaan sempurna dan hanya terdapat kecederaan pada bahagian kepala sahaja.
Sementara itu kakak sulung mangsa, Nurlaida Mohd Saedy,55, berkata arwah adiknya juga sempat membuat rakaman video permandangan dari atas helikopter ketika berlepas dan menghantarnya ke applikasi whatapps keluarga.
Tangkap layar WhatsApp anak saudara Noorfahimi, Fatin Atiqah Rosli.
”Dia anak keempat dari lima beradik. Sepanjang kariernya, arwah sering menghantar gambar dan video-videonya terus kepada saya dan jarang berahsia.
Ads
”Malah pagi hari kejadian, dia sempat menghantar permandangan dari udara sebelum tragedi itu berlaku,” katanya.
Tambahnya, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Damak, Sungai Bayor selepas selesai urusan bedah siasat, esok atas permintaan suaminya.
Dalam pada itu dua anak mangsa Nur Alwani Fatihah Muhd Faizul,12 dan abangnya Muhd Alif Farhan, sememangnya bercita-cita mahu menjadi seperti ibu dan ayah mereka.
Malah kejadian yang mengorbankan ibu mereka bersama sembilan lagi anggota TLDM, tidak mematahkan semangat mereka malah akan menjadi motivasi untuk mereka mengejar impian.
Terdahulu media melaporkan dua buah helikopter milik TLDM bertembung diudara ketika menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Wanita Kelantan beli barang kemas pakai duit syiling. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Wanita Kelantan Beli Barang Kemas Pakai Duit Syiling
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Seorang peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar di Kuala Berang berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu awal pagi tadi.
Mayat mangsa berusia 65 tahun itu ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada jam 4.35 pagi.
Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar suspek wanita yang juga rakan kongsinya berusia 35 tahun.
Beliau berkata, mangsa dan suspek sebelum itu menaiki kenderaan jenis Honda Jazz dan berlaku pertengkaran antara mereka. Katanya, mangsa dikatakan turun daripada kereta itu sebelum dilanggar oleh suspek dan tercampak ke dalam longkang.
Wanita di langgar rakan kongsi perniagaan
“Suspek kemudian keluar dari kenderaan berkenaan dan bertindak menikam mangsa sebelum meninggalkan lokasi dengan menumpang sebuah van.
“Suspek berjaya ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 11 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.
Mazli berkata, berdasarkan siasatan awal polis percaya kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung agihan keuntungan perniagaan pakaian dan tudung yang diusahakan mereka sejak lima tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian dan Berita Harian, polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging yang dibuang suspek berhampiran rumahnya.
“Kereta Honda Jazz yang ditinggalkan di lokasi kejadian merupakan milik suami suspek dan selepas kejadian itu, suspek dikatakan menahan kenderaan yang melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumahnya.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
“Suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, mayat wanita berusia lingkungan 50 hingga 60-an ditemukan di dalam longkang dipercayai dibunuh berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, Kuala Berang.
Mangsa dipercayai warga tempatan ditemukan tertiarap oleh orang awam kira-kira jam 3 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa dilanggar oleh seorang suspek di lokasi kejadian yang kemudiannya bertindak melarikan diri. Tinjauan di tempat kejadian mendapati sebuah Honda Jazz yang mempunyai kesan kemalangan turut berada berhampiran lokasi penemuan mayat.
Hebat Guru Besar SK Pekan Nanas bernama Firdauz Abdullah ini. Dia membenarkan gurunya membawa anak yang ketiadaan pengasuh ke sekolah, untuk sama-sama di’tengok-tengokkan; olehnya dan guru-guru yang lain.
Guru-guru sekolah lain yang membaca kisah tular guru besar ini sama terkesan dengan kebaikan yang diberikan. Rupanya ada cerita di sebalik, rasa prihatinnya sebagai seorang guru besar pada guru-guru wanita terutamanya yang berdepan masalah ketiadaan pengasuh ini.
Matiin, membesar di SK Sungai Danga.. kawan-kawan dan pentadbir sangatlah membantu kami ketika ini. Matiin ketika itu dalam prolonged jaundice, eczema dan urine infection.
Ada Sebab Kenapa Guru Besar Benarkan Cikgu Bawa Anak Ke Sekolah
Menjadi tular pula status aku berkenaan bawa anak ke sekolah tu.
Terus terang aku katakan, ia adalah hasil didikan semua Guru Besar aku sebelum ini, dari mula aku bertugas di SK Nong Chik di bawah kepimpinan Datin Hjh Azizah, Datin Hjh Hapipah dan Pn Norayu Jayus, dan seterusnya di SK Sungai Danga dibawah kepimpinan Hj Noh Sahan dan Ustaz Zamri.
Kesemua mereka mempunyai impati yang tinggi, memang tahap mak-mak dan bapak-bapak kita. Kita sampai jadi segan dengan toleransi mereka, dan tak gamak nak selesaikan sebarang tugasan sambil lewa.
Di SK Nong Chik dulu, Datin Hjh Azizah banyak menjaga kebajikan aku yang hidup merantau di tempat orang, segala perkara beliau ambil tahu.. Memang aku ni dilayan macam anak sendiri.
Datin Hapipah pula, memang dah macam mak sendiri… Kau bayangkanlah.. Aku nak pergi merisik dan bertunang, dialah ketua rombongannya! Sebab itu juga aku bernikah dan melangsungkan majlis pun di SK Nong Chik.. Hehehe
Pn. Noorayu Jayus pun sama, kak long kami. Bila isteri aku dah sarat mengandungkan Matiin dulu, diberinya izin kepada aku untuk menghantar isteri ke tempat kerja yang mana ketika itu, tempat parking isteri amatlah jauh.
Amna pun sama, membesar di SK Jaya Mulia, waktu ini kami kena berulang alik ke hospital sebab tali pusat Amna yang tak tanggal walaupun dah 85 hari.
Ketua Ini Memimpin Dari Hati
Dua bulan jugalah aku berulang alik menghantar isteri, kelas aku masuk tanpa gagal (aku mengajar Tahun 6 ketika tu). Apabila kelongaran dah diberi ketika itu, kita pun jadi semangat bekerja. Lapang fikiran nak melakukan apa jua program di sekolah, siap aku stay back sampai malam (sebab nak ambil isteri balik kerja pula) sepanjang tempoh itu. Dan anak-anak murid aku juga yang beroleh manfaat. Semua dapat gunakan makmal komputer sementara menanti ibu dan ayah mereka ambil. Keselamatan terjamin.
Di SK Sungai Danga apatah lagi, keluarga kecil yang sentiasa menjaga antara satu sama lain. Memang ketika itu, berulang kali aku ke hospital kerana keadaan kesihatan Matiin yang kurang mengizinkan. Tetapi rakan-rakan pentadbir semuanya memahami kekangan tersebut, sama-sama mereka mudahkan urusan.
Kelas aku dianjak selepas jam 10.00 pagi dan sempatlah aku mengajar seperti biasa. Sekali lagi apabila urusan keluarga di permudahkan, urusan sekolah menjadi tip top! Tanyalah rakan-rakan di sana, Unit Kokurikulum, Sukan dan Permainan memang menjadi. Terima kasih kepada Cikgu Noh Sahan dan Ustaz Zamri yang sentiasa cakna akan kebajikan anak buah mereka.
Pada aku, mereka semua memimpin dari hati.. Ya, kita sebagai ketua memang perlu ‘play by the rules’ dan itulah panduan kita, tetapi janganlah kita lupa terma ‘budi bicara ketua jabatan’, dan selagi ia tidak menyalahi etika kemanusiaan, permudahkanlah urusan kita sesama insan.
“Apabila kau permudahkan urusan orang lain, pasti Tuhan akan permudahkan urusan kau sekeluarga“, itu pula pesan ibu dan ayah aku.
MW : Terkesan sungguh dengan kisah guru besar ini, semoga semakin ramai yang mencontohi kepimpinan dari hati yang dikongsikan Guru Besar SK Pekan Nanas ini. Dalam keadaan ekonomi menekan ini, ramai yang kadang dah tak guna logik akal.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...