Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia 73 tahun itu kini hanya mampu terbaring dan duduk sejak patah tulang pada bahagian leher serta bahu akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya, beberapa bulan lalu.

Menerusi ‘Kongsi Kasih’ musim keempat episod kedua, Nur Afiqah sempat meluangkan masa turun padang ke rumah Mak Engku. Bersama pengacara hebat, Haze Huzir rancangan ‘Kongsi Kasih’ menambat jiwa yang menonton. Mana tidaknya wajah Mak Engku yang selalu menghiasi kaca TV melakonkan pelbagai watak kini kurang sihat dan pergerakannya juga terbatas.

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati

Malah Mak Engku juga memerlukan bantuan anak-anak untuk mengurus diri, namun dari segi pertuturan masih baik.

Sewaktu ditemubual Mak Engku berasa sangat bertuah kerana dikunjungi team ‘Kongsi Kasih’ dan Perfume Paradise.

“Saya dah tiga kali jatuh. Masa balik umrah saya jatuh bilik air sebab tergelincir. 14 hari dapat rawatan di hospital. Baru-baru ini pula saya jatuh di bilik bawah, masa itu saya tengah duduk kat tilam dan kemudian terjatuh,” terang Mak Engku dengan nada sedih.

Pada masa yang sama, Nur Afiqah berasa sangat tersentuh hati melihat keadaan Mak Engku yang tidak mampu menguruskan diri.

“Saya suka tengok lakonan Mak Engku. Saya gembira dapat melawat pelakon hebat ini. Kami dari Perfume Paradise berbesar hati dapat hadir ke rumah Mak Engku. Semangat pelakon veteran ini sangat kuat walau sudah uzur namun dirinya tak nak susahkan anak-anak,” terang Nur Afiqah yang sempat menghulurkan sumbangan dari Perfume Paradise dan berharap Mak Engku tabah dalam mengharungi kehidupan.

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

Ads

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

 

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

Suami Meninggal Tiba-Tiba Jadi Ibu Tunggal Sekelip Mata, Nor Hidayah Perlu Bangkit Demi Anak!

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

Baru sahaja kehilangan suami beberapa bulan yang lalu, Nor Hidayah, 37 tahun akui bukan mudah untuk bangkit meneruskan kehidupan dan membesarkan anak selepas kehilangan suami.

Ads

Pada episod kedua Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise  turut  menyantuni ibu tunggal bersama tiga orang anaknya yang masih kecil.

Menurut Nor Hidayah berdepan kehilangan suami akibat kegagalan jantung setelah menunggu terlalu lama untuk pembedahan bypass bukan satu perkara yang mudah.

“Awah suami saya, sakit mengejut. Selepas mengadu sakit kami ke Hospital Kajang namun tak dapat kesan penyakit arwah ketika itu. Kemudian kami terus ke Hospital Serdang.

“Saya yakin 100 peratus arwah akan sihat dan tak sangka dia akan tinggalkan saya. Hari terakhir saya tinggal kan dia di hospital dia masih sihat, kemudian pada jam 2 pagi doktor hubungi dan beritahu jantung suami saya terhenti.  Ketika itu hanya Allah saja yang tahu perasaan saya.

“Saya jatuh beberapa kali sementara mahu memberitahu berita tersebut pada ahli keluarga. Sampai hospital doktor cuba selamatkan suami namun dapat selamatkan. Saya reda dengan pemergian arwah namun dek kerana sepanjang hidup bersama arwah sangat manjakan saya dan anak-anak jadi pemergian arwah sangat meninggalkan kesan pada kami sekeluarga.

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

Ads

“Bayangkan selama 13 tahun kahwin saya tak pernah basuh, jemur dan lipat baju. Tak pernah memandu. Saya sangat bergantung hidup dengan dia. Anak-anak masih menangis sampai hari ini bila terkenangkan arwah apatah lagi apabila melihat satu video yang dirakam arwah dan arwah suami cakap satu hari nanti abah akan balik.

“Sebagai seorang ibu, saya rasa sedih. Saya sekarang pulang ke kampung di Kedah ini kerana saya tak dapat nak teruskan perniagaan catering kerana saya tak mampu berdikari. Sekarang ni saya perlu mulakan hidup dari bawah dan saya percaya ujian yang Allah berikan ini ada hikmahnya. Saya perlu kuat untuk anak-anak,” luah Nor Hidayah dalam nada sebak.

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise Kisah dua wanita ini cukup meruntun jiwa dan kehadiran ‘Kongsi Kasih’ bersama Perfume Paradise tepat pada masanya. Malah Perfume Paradise juga mendoakan agar kedua wanita ini teruskan bersemangat dalam meneruskan perjuangan hidup.

Saksikan Kongsi Kasih musim keempat, setiap Jumaat, jam 7 malam di Astro Prima.

#kongsikasih #perfumeparadise

Nur Afiqah Amran Tersentuh Hati Lihat Semangat Mak Engku, Santuni Ibu Tunggal 3 Anak Menerusi ‘Kongsi Kasih’ Perfume Paradise

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI