Diuji sakit bukanlah satu yang judah bagi seorang ibu. Lebih-lebih lagi melihat anak-anak yang membesar dan ada yang masih kecil memerlukan perhatian sepenuhnya daripada seorang mak. Tentu luluh hatinya seorang mak apabila dia jatuh sakit dan tak mampu menguruskan rumah tangga seperti dahulu.
Sebelum matanya bertambah serius, mak ini sempat menulis beberapa pesanan buat anak-anaknya yang meruntun hati. Jelas anaknya yang berkongsi posting ini, ini adalah nukilan terakhir sebelum mata maknya bengkak dan tertutup sepenuhnya.
Ikuti perkongsian, Nurul Shafina
4 March 2020 (Rabu)
Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata. Sudah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak sudah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis.
Kata-kata nasihat dari mak, Piena akan ingat sampai bila-bila. Kami adik-beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik-beradik sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.
Mak cepat sihat ya. Piena rindu mak yang dulu. Pina , adik-adik dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanyaaa buat kami.
LOVE YOU MAK ! ❤
Syurgaku 💛
Walaupun keadaan kesihatan makin teruk, seorang mak tetap memikirkan tentang anak-anaknya.
Mak ini bimbang tidak mampu menjaga anaknya yang masih kecil, jadi diminta anak-anaknya yang lain membantu.
Dirinya telah memaafkan segala kesilapan anak-anaknya.
Paling sedih, apabila seorang ibu menghalalkans egala air susunya selama ini.
Sumber: Nurul Shafina
MW: Besarnya ujian buat ibu dan juga setiap ahli keluarga ini. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan pada mak ini dan dapat menjaga anak-anaknya seperti sediakala. Walaupun sedang sakit, seorang mak tetap memikirkan tentang anak-anak. Pesanannya cukup meruntun hati, semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian.