Kebelakangan ini, diet berasaskan tumbuhan semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Ianya menjadi gaya hidup yang menyihatkan. Malah, kajian sains turut menyokong kebaikan diet sebegini.
Mencari makanan untuk melengkapi diet berasaskan tumbuhan ini sebenarnya tidaklah susah. Lagi-lagi bila mana, anda mahu menikmati sajian snek yang memenuhi keperluan diet anda itu.
Sebenarnya boleh saja menikmati sajian makanan sejuk beku yang sihat dan bebas daripada protien haiwan. Jadi, tidaklah terganggu diet yang sedang anda amalkan.
Ini Nugget Berasaskan Tumbuhan Yang Sedap
Jenama First Pride Green Series iaitu snek nugget berasaskan tumbuhan ini sangat mudah untuk disediakan malah diakui sedap oleh pengguna.
Bak kata influencer Instagram, Arianna Kitchen yang menikmati Spicy Nuggets First Pride, “rasa nugget dia sedap sangat! Just buka, letak je dalam air fryer dan tunggu a few minutes. Bukan rasa je sedap tapi sihat sebab takde pakai minyak langsung.”
Untuk makluman, nugget First Pride keluaran perusahaan makanan sejuk beku, Tyson Foods Malaysia ini berasaskan tumbuhan seperti protien soya dan gandum.
Nah! jelaskan tiada penggunaan protien haiwan dalam pembikinannya. Malah, kaya dengan protein tumbuhan yang baik untuk kesihatan tubuh. Menariknya, nugget berasaskan tumbuhan ini tetap mempunyai rasa dan tekstur bagaikan daging sebenar.
Ads
Ini yang influencer Iman Abdul Rahim kongsikan di instagramnya, “Finally got my hands on to try @FirstPrideMY Green Series Strips. Takde daging tau, tapi sedapppp!! Boleh jadi sumber fiber dan a healthier choice untuk a quick bite.”
Perlu difahami, diet berasaskan tumbuhan ini tinggi dengan serat, vitamin dan mineral serta kurang lemak tepu. Seterusnya mengurangkan risiko penyakit berbahaya.
Jadi, nikmati snek rendah kalori ini tanpa rasa bersalah.
First Pride Green Series Bercitarasa Malaysia
Terbaru, jenama First Pride Green Series memperkenalkan tiga produk baru dengan citarasa Malaysia. Nugget pilihan rakyat Malaysia ini telah pun dirasmikan pelancarannya pada Januari 2022.
Ads
Tiga perasa nugget bercitarasa Malaysia terbaru ini adalah :
First Pride Hainanese Cutlets, First Pride Satay Strips dan First Pride Masala Bites.
Malah, di bawah jenama First Pride Green ini juga pengguna boleh menikmati produk sedia ada di pasaran dan terbukti digemari ramai. Iaitu First Pride Bites, First Pride Spicy Nuggets dan First Pride Strips.
Menikmati Nugget First Pride Dengan Sos Pencicah
Sebenarnya nugget jenama First Pride ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana saja. Anda boleh makan sajian sihat rendah kalori ini begitu saja. Boleh juga gunakan sos masam manis untuk menambah keenakannya.
Ads
Baik ketika anda mahu bersarapan pagi ataupun jadikan sebagai hidangan minum petang yang menyihatkan.
Di mana mahu mendapatkan nugget First Pride Green Series ini? Anda boleh membuat belian nugget jenama First Pride secara dalam talian di :
Kuih Bengkang Ubi banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian daripada golongan mak-mak.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 4 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Bengkang Ubi.Mak-mak boleh cuba perkongsian resipi daripada Zurinanuar Ina ini. Menurut beliau,kali pertama membuat kuih bengkang ubi ni, terus menjadi dan sedap rasanya.
“Sumpah sedap sangat bengkang ubi kayu nie baru siap makan panas-panas.Pertama kali sis buat nie menjadi seronoknya.Selalu suka makan ja.”
Resepi yang sangat mudah.
Bahan-Bahan:
4 cawan ubi yang telah diparut dan diperah airnya (simpan sagunya untuk dicampur dengan ubi)
2 1/2 cawan pati santan
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas digaul, rasa sehingga gula larut ye.
2.Kemudian loyang disapu marjerin sekelilingnya, tuang adunan kedalam loyang bakar suhu 200c selama satu jam setengah suhu atas bawah ok.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ternyata bukan mudah buat seorang suami untuk menjalani hari-hari mendatang apabila isteri yang dikasihi terlantar sakit selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Secara Tiba-Tiba
Baru sahaja mengecap kebahagiaan saat dikurniakan anak kembar lelaki setelah empat tahun menunggu zuriat hasil perkongsian hidup bersama, Mohd Nizam Zolkefli, 34, sekali lagi diuji apabila isteri tersayang Nor Hafizah Yulisailani, 34, disahkan mengalami saraf otak tidak berfungsi (mati otak) sejak hampir dua tahun lalu.
“Saya masih ingat hari pertama Nor Hafizah diserang penyakit ini iaitu selepas tiga bulan melahirkan anak kembar kami yang kini berusia dua tahun. Pada malam kejadian, isteri minta saya untuk menjaga anak-anak kerana dia mahu tidur sebentar. Ketika itu dia masih sihat seperti biasa,” ujarnya menceritakan perihal isterinya yang tiba-tiba diserang sakit.
Tambahnya lagi, lebih kurang jam 2.30 pagi, ketika mahu mengejutkan isterinya untuk menyusukan anak mereka, tiba-tiba isterinya mengalami kekejangan otot dan kemudian terus terdiam.
“Pada ketika itu saya hanya mampu memikirkan untuk membawa isteri ke hospital dan apabila tiba di Hospital Batu Gajah, doktor memberitahu denyutan nadi isteri saya sudah terhenti dalam tempoh 45 minit dan kemudian kembali berdenyut namun agak perlahan. Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selama tiga minggu sebelum dipindahkan ke wad biasa selama tiga bulan,” katanya.
Keadaan Tak Berubah
Selepas beberapa kali berpindah hospital dan wad, keadaan isteri Mohd Nizam tidak banyak berubah. Justeru anak-anak mereka yang masih kecil terpaksa dihantar kepada ahli keluarga yang lain untuk dijaga sementara Mohd Nizam menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri tercinta.
“Sebelum ini kami tinggal di Batu Gajah kerana isteri bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ipoh namun selepas jatuh sakit, kami berpindah ke rumah mak saya di Kampung Changkat Banjar ini. Alhamdulillah, ahli keluarga termasuklah mak ayah saya dan mak ayah mentua serta adik-beradik banyak membantu saya menjaga anak-anak serta menguruskan isteri.
“Ketika mula-mula isteri jatuh sakit saya langsung tidak boleh bekerja kerana memberi sepenuh perhatian kepada isteri dan ketika ini ahli keluarga begitu banyak membantu termasuk dari segi kewangan,” ujarnya.
Sehingga kini, mereka sekeluarga masih belum mengetahui punca sebenar penyakit yang menimpa isteri Mohd Nizam. Apa yang boleh dikatakan Nor Hafizah kini lumpuh sepenuhnya dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri.
Empat tahun menunggu zuriat
Setelah empat tahun berkahwin, barulah pasangan ini dikurniakan rezeki yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kegembiraan berganda apabila anak yang dikandung disahkan kembar. Penantian selama ini berbaloi dengan rezeki kurniaan Ilahi.
“Sebenarnya kami menunggu selama lebih kurang empat tahun untuk mendapat zuriat dan apabila isteri saya disahkan hamil anak kembar memang kami sangat teruja. Ketika itu dia dalam keadaan sihat dan tidak ada sebarang masalah namun ketika hamil dia mengalami tekanan darah tinggi hingga memaksanya untuk bersalin awal melalui pembedahan ketika usia kehamilan lebih kurang tujuh bulan lebih.
“Namun selepas itu keadaannya kembali normal dan sihat seperti biasa termasuklah ketika dalam pantang dan selepas habis pantang. Ketika mula-mula diserang penyakit itu, Nor Hafizah masih lagi dalam tempoh bercuti kerana dia mahu melanjutkan cutinya bagi menjaga anak-anak kami yang masih bayi,” katanya.
Siapa yang tidak terkejut dengan keadaan yang sebegitu. Isteri yang sihat tanpa sebarang penyakit, kini terlantar tidak lagi seperti dahulu. Hati lebih sayu apabila melihat anak-anak yang masih kecil, belum pun sempat dimanjakan oleh ibu mereka yang mengandung dan melahirkan mereka. Namun sedar itu semua ujian dari Allah, Mohd Nizam menerima segala ketentuan ini dengan penuh reda.
Amar dan Aiman yang kini berusia 2 tahun
“Mula-mula kami begitu gembira kerana mendapat cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini namun sudah takdir isteri hanya mampu mengecap rasa bahagia itu sekejap sahaja. Sekarang anak-anak kami makin besar dan mereka boleh menyebut ibu walaupun dalam keadaan pelat. Saya dapat melihat Nor Hafizah seolah-olah seperti memberi respons dengan membuat bunyi tertentu apabila anak-anak memanggilnya ibu,” katanya penuh sayu.
Perbelanjaan perubatan isteri dan anak
Nor Hafizah kini perlu bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga memandangkan keadaan dirinya yang kini terlantar sahaja.
“Awal-awal dulu dia sering kejang atau sawan dan matanya juga tertutup namun kini matanya sudah boleh dibuka. Makan juga melalui tiub khas yang ditebuk di perut manakala lehernya ditebuk untuk membuang kahak,” cerita Mohd Nizam tentang keadaan isterinya kini.
Jelasnya lagi, sehingga kini isterinya perlu diberi susu khas dan mereka amat bertuah apabila mendapat bantuan susu itu daripada jabatan kerajaan tempat isterinya bekerja dahulu.
“Selain itu isteri ada mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan dan duit ini boleh juga menampung pembelian lampin pakai buang isteri yang bernilai lebih kurang RM160 sebulan.
“Namun begitu, perbelanjaan kami makin lama makin tinggi memandangkan anak-anak juga semakin membesar. Saya amat berharap agar dapat menyelesaikan masalah tuntutan gaji isteri yang sehingga kini tidak dapat diambil disebabkan masalah tertentu dengan pihak bank. Jika duit ini dapat diambil sekurang-kurangnya dapat membantu kami sedikit sebanyak kerana pada masa ini saya kadang-kala terpaksa bergantung kepada ahli keluarga,” katanya yang hanya bekerja kampung.
Walaupun sudah dua tahun Nor Hafizah terlantar sakit, kasih dan cinta Mohd Nizam terhadap isteri tersayang tidak pernah pudar. Selagi hayat dikandung badan, Mohd Nizam akan cuba menjaga isterinya itu sebaik mungkin.
“Saya sedih namun saya perlu terima hakikat ini dan akan terus menjaga isteri sebaik mungkin kerana ini adalah amanah untuk saya. Kini anak-anak (Muhmmad Amar Aqif dan Muhammad Aiman Aqif) menjadi kekuatan saya untuk menempuh kehidupan mendatang,” tambahnya.
Nizam hadapi semua dengan redha
Syawal yang mendatang bagaikan kurang serinya apabila isteri terlantar sakit dan tidak dapat bergerak. Bagi Mohd Nizam, sambutan yang dibuat hanya biasa sahaja. Kadang terbit rasa sedih apabila melihat rakan-rakan yang lain menyambut bersama isteri dan anak-anak.
“Dalam tempoh dua tahun ni bila tiba raya saya sambut macam biasa sahaja. Tapi tipulah kalau saya kata tak sedih bila lihat kawan-kawan lain yang meriah menyambutnya bersama keluarga tersayang. Saya masih belum berpeluang merasa keadaan itu. Saya teringin sangat nak keadaan kembali seperti dulu, tapi apakan daya ini takdir kami, Insya-Allah saya akan jalankan amanah ini dengan seikhlas dan setabah mungkin,”akhirinya dengan redha.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga ini, anda boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank Mohd Nizam Zolkefli 158118263466
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru selesai haji & niat keluar dakwah 40 hari sebelum meninggal, jemaah kongsi sisi berbeza Datuk Pahamin Rajab. Pemergian bekas ahli korporat Datuk Pahamin Rajab yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke United Kingdom baru ini.
Namun tidak ramai mengenai sisi berbezanya namun ia dikongsikan oleh Maulana Helmi di facebooknya mengenai sisi lain bekas ahli koporat ini.
Baru Selesai Haji & Niat Keluar Dakwah 40 Hari Sebelum Meninggal
Takziah buat ahli keluarga Ayahnda Datuk Pahamin Rajab atas pemergian Almarhum sebentar tadi.
Insan yang mempunyai nama besar dalam dunia korperat telah dipilih oleh Allah swt berkecimpung dalam dunia dakwah hingga dapat keluar 4 bulan IPB dan negara jauh.
Istiqamah dengan nisab 3 hari setiap bulan bersama Dato Dr Hasan Ali dan Dato Selamat.
Pernah keluar 40 hari di perkampungan komunis Malaya di Selatan Thai bersama sahabat yang lain. Dengan kami pernah keluar Rehlah di Masjid Bukit Malut Langkawi.
Detik awal ketika almarhum mula-mula ikut keluar dakwah anak-anak almarhum risau bagaimana almarhum boleh iktikaf tidur kat Masjid. Namun almarhum tetap ingin terus keluar jemaah walaupun kadangkala prasarana masjid dan surau kurang selesa. Bahkan saya pernah lihat almarhum iktikaf di koridor masjid.
Bila kami tanya pada Almarhum, Dato ok ke mujahadah macam nie? Almarhum jawab: Sebagai ahli koperat kami dah biasa menerima treatment ala VVIP, red carpet dan sebagainya. Namun di usia senja ini saya nak cari jiwa kehambaan semula sebelum saya berjumpa dengan Pencipta.
Kali terakhir saya keluar dakwah bersama Almarhum adalah dalam program 3 hari anjuran Ayahnda Dato Dr Hasan Ali di Sijangkang.
Terbaru saya lihat gambar Almarhum di FB mengkhabarkan yang Almarhum ada di tanah suci sedang menunaikan haji. Agak terkilan juga kerana tak sempat bertemu dengan Almarhum buat kali terakhir.
Balik Haji Almarhum terbang ke UK, meninggal dunia dalam pesawat akibat serangan jantung. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun.
Paling mengkagumkan bila Al faqeer lihat dalam grup whatsapp yang nama Almarhum ada dalam senarai jemaah yang bakal keluar 40 hari bulan Julai ini.
Masyallah Almarhum meninggalkan dunia selepas selesai Haji dan masih dalam azam dan niat untuk keluar berdakwah.
Mudahan Almarhum dikurniakan Allah dengan Husnul Khotimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin di Illiyyin sana.
Amin..!!!
*Kredit kepada uncle saya Dato Ahmad Saruji Aziz atas perkongsian gambar di atas. Kenangan bersama almarhum di Ijtimak Tonggi beberapa tahun yang lalu.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...