Nuget adalah kegemaran anak-anak (mak ayah pun suka kan?) membuatkan mak ayah akan membeli dan menyimpan stok itu di rumah. Tak kira nuget biasa atau nuget tempura. Dua-dua sedap kan?
Nuget Buatan Sendiri Lebih Enak
Nurul Ain Syed Mohd https://www.facebook.com/ainsyeh berkongsi cara membuat sendiri nuget ala tempura di rumah. Bila buat sendiri, rasa puas hati kerana kita tahu setiap ramuan yang kita masukkan di dalamnya.
Tahu Semua Isi Kandungannya
Kata orang, versi lebih sihat lah kan? Cara nak membuatnya pun mudah je. Bahan pun tak banyak.
Hujung minggu ni bolehlah buat nuget ala tempura ni dan simpan untuk stok anak-anak. Tak perlu lagi beli yang frozen di luar. Rasanya gerenti lebih sedap sebab kita buat fresh, terus goreng.
Jom tinjau Resipi Nuget Homemade Ala Tempura ini. Selamat mencuba!
Resipi Nuget Tempura Homemade
Bahan bahan:
3 keping isi ayam bahagian dada
2 biji telur
1/2 labu bawang merah besar (bawang kecil pun boleh)
3-4 ulas bawang putih
5 sudu kecil tepung ubi
Sedikit tepung serba guna (saya guna tepung bestari)
Sedikit mentega
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng
* Untuk baby tak perlu letak garam dan lada hitam, boleh tambah sayur seperti lobak merah, brokoli dan lain lain. Tambah nasi pun boleh.
Cara memasak:
Potong semua bahan,satukan di dalam blender dan kisar hancur. Kecuali tepung serba guna dan mentega.
Masukkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang disapu mentega untuk mengelakkan ia lekat. Kukus selama 30 minit atau tunggu sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dan tunggu sejuk sebelum dipotong mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan.
Bancuh tepung serba guna dengan sedikit air masak. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair. Celup nuget ke dalam bancuhan tepung tadi. Kemudian goreng atau grill sehingga warna kekuningan.
Ada dua cara sebenarnya. Boleh juga golek dalam serbuk roti sebelum goreng. Ikut cita rasa masing masing. Selamat mencuba! Kiri dengan serbuk roti. Kanan tanpa serbuk roti. Menggunakan adunan yang sama tadi. Selamat mencuba!!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI