Selebriti versatil Hanis Zalikha sememangnya terkenal dengan sikapnya yang rajin bekerja. Malah dirinya daripada menjadi seorang blogger sehingga kini menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Jika dilihat gaya kehidupan Hanis sekeluarga pada hari ini pasti ramai tidak menyangka wanita cantik ini sewaktu kecil keluarganya pernah hidup susah.
Isteri kepada Hairul Azreen dan ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga turut berkongsi kisah ibu bapanya dalam membesarkan mereka adik beradik. Walaupun dalam kesempitan namun ibu dan ayahnya berusaha keras dalam meneruskan kehidupan.
Akui Hanis, ibu dan ayahnya pernah berniaga dengan menjual kuih dan nasi lemak di tepi jalan.
Hanis Zalikha Kongsi Cerita Nostalgia Kuih Pulut Panggang
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak.
Ads
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh. Tapi yang ni bukan Mama buat,” tulis Hanis menerusi entri di akaun Instagramnya.
Berusaha Besarkan Kami Walaupun Dalam Kesempitan
“Terima kasih pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan.
“Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama,” kongsi Hanis penuh kesyukuran.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Kedua bayi kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya ini iras arwah ibu mereka, Allahyarham Siti Nur Nasuha, 23 yang meninggal dunia pada 14 April lalu. Kebesaran anugerah Ilahi ini, dirasai oleh ayah mereka, Syazwan Najmi Zulkarni, 23.
Maklumnya, kedua kembar perempuannya membesar dengan baik. Malah, mereka ada iras wajah isterinya. Biarpun keduanya dilahirkan pra-matang pada penghujung Mac lalu, kedua-duanya semakin montel.
Diam tak diam, sudah dua bulan rupanya arwah isteri Syazwan meninggalkannya dan bayi mereka. Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas melahirkan cahaya mata sulungnya itu.
Dalam tempoh dua bulan itulah, bayi kembar ini menerima kasih sayang daripada ayah dan kedua nenek mereka yang tinggal saling berdekatan.
Suami ini tak pernah sedikit pun melupakan pengorbanan isteri. “Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah. Dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.”
Sungguh setiap momen bersama anak kembarnya akan diabadikan di laman facebook miliknya. Pasangan kembar ini pun dah ada peminatnya yang tersendiri.
Akui bapa ini lagi, gelaran bapa memberinya satu perasaan yang cukup istimewa. “Saya tak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap. Mahu dengar dia ucapkan Hari Bapa kepada saya.”
Anak Kembar Iras Arwah Isteri Dijaga Secara Bergilir
Selepas pemergian isteri tercinta, kedua anak kembarnya di bawah jagaan Syazwan dengan dibantu secara bergilir oleh ibu dan ibu mentuanya.
“Buat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mentua secara bergilir kerana rumah mereka tak jauh antara satu sama lain.”
Memandangkan dia bekerja bersama ibu dan ayah di kantin hospital dekat Tumpat, anak-anaknya itu lebih kerap ada di rumah mentuanya.
Malah, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43 pun tak keberatan menjaga cucu-cucu mereka. Menatap wajah cucu-cucunya itu membuatkan rindunya pada arwah semakin terubat.
Kedua kembar ini ibarat anugerah yang tak ternilai, yang tuhan berikan selepas pemergian anak keduanya itu.
“Pemergian (arwah) Nasuha agak mengejutkan. Tapi kami redha kerana itu adalah asbab kematiannya. Dia tinggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami. Dan kami takkan sia-siakannya.”
Malah, ada juga yang menyatakan keinginan mahu mengambil si kembar ini menjadi anak angkat.
Anak perempuan pelakon Noralbaniah mengaku bersalah atas kesalahan dadah. Anak kepada pelakon Nor Albaniah Raffie, juga dikenali sebagai Noralbaniah iaitu Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Noralbaniah yang popular sekitar era 1990-an pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Allahyarham Sudarman Daud pada 1993. Namun suaminya meninggal dunia dalam kemalangan di Bukit Antarabangsa pada 11 Jun 1996.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Syarra, 28.
Anak Perempuan Pelakon Noralbaniah Mengaku Bersalah
Seperti mana dilaporkan Mstar Mahkamah menerusi Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan Syarra menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu.
Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Sementara itu, pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan bermula hari ini.
Penyakit kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal peringkat usia. Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak tidak terkecuali boleh menghidapi penyakit ini.
Besar dugaan yang dihadapi oleh pelakon cilik berbasar besar, Puteri Balqis Azizi, 11, atau lebih dikenali dengan nama Aqish apabila disahkan mempunyai penyakit kanser. Sebelum ini, bermula dari awal tahun lagi kesihatan Aqish sering tidak menentu. Selalu demam berterusan, pengsan dan muntah berdarah hampir setiap hari, sehingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.
#fightcancer
Baru-baru ini, pelakon drama Dipinggir Neraka ini ada memuatnaik gambar memakai topeng mulut dalam keadaan ceria beserta kapsyen sedang menjalani rawatan dan kesihatannya semakin pulih. Namun perkara yang menimbulkan tanda tanya buat para pengikutnya, kapsyen tersebut turut mempunyai hashtag #fightcancer. Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai penyakit sebenar yang dihidapi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) ini, walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.
Sementara itu, memetik laporan Bharian berkaitan perkara tersebut, ibunya Norashikin Mohd Aziz, mengesahkan Aqish disahkan menghidap kanser, namun enggan mengulas lanjut dan terperinci jenis kanser yang dihidapi oleh anaknya.Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.
“Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya ringkas.
Didalam posting yang berbeza sebelum ini, tanpa menyatakan penyakit dihidapi Aqish, Norashikim menyarankan mereka yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat besar ini. Semoga selamat menjalani segala rawatan serta diberikan kesembuhan kesihatan seperti sedia kala hendaknya.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...