‘Kena Selamatkan Salah Seorang..’ Norman Hakim Dedah Kritikalnya Abby Tumpah Darah

Ramai sedia maklum, bagaimana akrabnya kekeluargaan pasangan suami isteri, Norman Hakim dan Memey serta Abby Abadi dan Jai Ezany. Demi anak-anak, mereka saling meraikan ukhuwah yang terbina dengan momen-momen istimewa bersama-sama.

Terbaru, ketika meraikan ulangtahun kelahiran pelakon Abby Abadi yang ke-42, Norman Hakim mendedahkan detik cemas yang dilalui ketika Abby dan bayi pramatangnya, Daniel Firman Faizal bertarung nyawa di hospital.

 

‘Kena Selamatkan Salah Seorang..’ Norman Hakim Dedah Kritikalnya Abby Tumpah Darah

 

Tulis Norman,

Sanah Helwah, Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-42 Mama kepada cahayamata-cahayamataku @abby_abadi112 .

Ntah la bok.. tapi birthday awak kali ni saya rasa hiba sangat. Hiba tanda syukur sebab awak masih lagi ‘survived’ dalam hidup duniawi ni. Allah SWT & kita-kita je ( @jaiezzany & @memeysuhaiza ) yang tahu betapa kritikalnya keadaan awak masa awak tumpah darah nak selamatkan Baby Daniel Firman Faizal hari tu.

Saya tak pernah cerita kat awak part ni. Bila Jai bagitau pada saya dan Memey yang awak tumpah darah dan nak kena selamatkan SALAH SEORANG, masa tu saya terasa dunia berhenti sekejap. Saya tengok Memey, Memey tengok saya.

IKLAN

Dan terus kitaorang nangis-nangis. Spontaneously Memey suruh saya pergi dulu bawak motor ke hospital, buat apa-apa yang sepatutnya dan bagi support kat Jai.

Redah Hujan Lebat Sambil Doa Ke Langit

Masa tu hujan lebat bok, saya bawak motor full throttle sampai terangkat-angkat tayar depan pergi hospital. Saya nangis dongak ke langit mohon pada Allah SWT tolong selamatkan kedua-dua, awak dan Baby Daniel. Sebab kan salah satu doa yang in shaa Allah mustajab adalah masa tengah hujan. Orang takkan perasan saya menangis masa tu sebab dah tak boleh nak bezakan antara air hujan dan air mata.

Masa insiden tu Bok, baru kitaorang sedar yang kitaorang sangat menyayangi awak, Lillahita’ala. Hanya Allah SWT, saya, @memeysuhaiza , @jaiezzany yang tahu kasih sayang kita ni. Long story short, alhamdulillah Allah SWT perkenankan doa saya dan beribu-ribu yang lain yang berterusan doakan awak & Baby Daniel sampai ke hari ni. Alhamdulillah, syukur.

Dan hari ni Allah SWT bagi izin untuk awak bernafas untuk ulangtahun kelahiran yang ke sekian kali bersama Baby Daniel dan yang tersayang. Kitaorang sayang awak sangat-sangat Bok. Awak insan hebat yang mempunyai hati dan aura yang luar biasa. Dan saya personally berterima kasih banyak-banyak kat awak & jugak @memeysuhaiza yang sentiasa berusaha menjadi Mama & Mummy terbaik buat anak-anak saya dengan izin dariNya

We love u Bok. Semoga awak sentiasa di dalam lindungan, rahmat & kasih sayang Allah SWT. Aamiin Ya Rabb.”

 

IKLAN

‘Kena Selamatkan Salah Seorang..’ Norman Hakim Dedah Kritikalnya Abby Tumpah Darah

 

Berat Baby D Dah 1 Kilogram

28 November yang lalu, Abby Abadi berkongsi perkembangan anak bongsunya, Baby Daniel yang juga dipanggil Baby D.

Kongsi Abby,

“Tepat 12 tengah malam (28 November 2019) dah 63 hari usia Baby D kita. Syukur Alhamdullillah.

IKLAN

Terima Kasih ALLAH

Maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial ni.. takut tersalah info.

Malam ni (ketika status dimuatnaik) ada sedikit yang saya boleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira dan ada berita sayu.
Yang gembiranya ialah beratnya dah 1kg.

Dan yang sayunya Baby D masih bergantung pada bantuan mesin untuk bernafas, 83% . Saya lama tak tengok yang tu.. sebab sibuk nak tahu pasal berat badan dengan susu yang diperlukan je. Suami @jaiezzany yang perasan peratusan tu tadi.

Banyak lagi isu lain yang memilukan sebenarnya… cuma.. Saya berserah segalanya kepada ALLAH SWT yang Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Mohon DOA berterusan ye Sahabat di sini untuk Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama Abahnya… Amin.

MW : Sanah helwah Abby Abadi, semoga Baby D terus kuat dan sihat.

Sumber/Foto : Norman Hakim, Abby Abadi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI