Kita semua kena biasakan hidup dengan norma baru. Ada tujuh benda wajib yang mak-mak kena simpan dalam handbag. Semua ini demi keselamatan dan kesihatan kita, jadi disiplinkan diri ye semua.
Ni benda wajib yang mesti ada dalam handbag dan mesti dibawa ke mana-mana. Bersihkan tangan dengan hand sanitizer setiap kali sentuh apa-apa. Jadikan amalan ye. Jangan lupa juga ajar anak-anak untuk sentiasa gunakan hand sanitizer.
Lap meja, kerusi atau apa-apa sahaja barang yang digunakan bersama orang lain. Jangan lupa lap juga handphone sebab kita kerap guna handphone dan suka letak merata. Sebaik-baiknya gunakan tisu basah antibakteria ye.
Jangan berkongsi sejadah dan telekung kerana kita tidak tahu status kesihatan pengguna barang-barang ini. Jadi ke mana-mana pun, solatlah dengan menggunakan sejadah dan telekung sendiri. Ia bukan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga malah tahap kebersihan lebih terjamin kerana kita tidak berkongsi.
Sangatlah digalakkan membawa sudu dan garpu sendiri, boleh beli set travel. Memang mula-mula rasa leceh, tapi bila dah amalkan kita dapat biasakan diri. Kita akan rasa lebih selamat dan yakin dengan tahap kebersihan.
Baca sini
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Jangan lupa bawa beg plastik untuk buang tisu basah dan mask yang telah digunakan. Masukkan semua bahan buangan ini dalam plastik dan ikat kemas. Kemudian baru buang dalam tong sampah yang bertutup. Ia sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan bakteria merebak.
Jangan gunakan pen yang disediakan di mana-mana lokasi awam seperti pasaraya atau bank. Gunakan pen sendiri sebab kita tak tahu status pengguna akhir pen di tempat awam. Jadi, bawa pen sendiri ye bukan berat pun.
Selain memang mask yang kita pakai, elok juga standby mask tambahan dalam beg. Mana tau kot mask yang kita gunakan rosak atau kadang kita tercicir di mana-mana.