Hiburan

Norlia Ghani Aktif Jadi ‘TikToker,’ Tak Terasa Hati Bila Warga Maya Kecam, “Dah Tua-tua Pun Main TikTok”

Share

Norlia Ghani aktif jadi ‘TikToker,’ tak terasa hati bila warga maya kecam, “dah tua-tua pun main TikTok.” Pelakon veteran, Norlia Ghani kini bergelar pempengaruh TikToker.

Norlia Ghani Aktif Jadi ‘TikToker,’ Tak Terasa Hati Bila Warga Maya Kecam, “Dah Tua-tua Pun Main TikTok”

Mengakui ingin mengikut ‘trend’ semasa, kata Norlia atau lebih mesra disapa sebagai mama itu, sebagai pelakon dia perlu bijak mencari inisiatif lain untuk mencari rezeki dan berinteraksi dengan peminat.

Sudah lebih setahun Norlia tiada tawaran berlakon. Ujar Norlia yang kini meniti usia 75 tahun, TikTok mengeratkan lagi silaturahim antara dirinya dengan peminat.

“Kali pertama mama bersiaran langsung terus dapat 1 juta tanda suka. Kadang-kadang ada peminat yang bagi ‘gift’. Biarpun mama tak pernah meminta. Pernah sehari mama dapat RM800.

“Mungkin inilah medium terbaru untuk mama mencari rezeki. Biarpun dapat RM100, mama dah bersyukur, sebab duduk di rumah sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 baru-baru ini.

Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.

“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.

“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.

“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.

Selain membuat sesi siaran langsung untuk berbual dengan peminatnya, Norlia turut mengambil upah dengan membuat ulasan produk di platform media sosialnya.

Bercakap soal kerjaya, kata pelakon filem Mami Jarum itu dia akur dengan kehendak penerbit dan pengarah sekarang yang memilih pelakon yang jauh lebih muda.

“Mama tahu mama sudah berumur. Tapi mama reda. Kita tahu mungkin sesetengah drama tidak memerlukan watak perempuan tua atau watak nenek.

“Pelakon yang dulu bawa watak kakak, sekarang dah jadi mak. Kalau dulu kita cantik, sekarang dah tak cantik kita kena terima hakikat. Kitaran ini biasa dalam dunia lakonan. Jadi kena berlapang dada,” ujarnya.

Terdahulu, Norlia Ghani merupakan antara 20 artis yang menerima bantuan untuk Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0.

Melalui inisiatif itu, Norlia menerima wang sebanyak RM5,000, bantuan makanan tambahan selama enam bulan oleh Afyaa Hayyiba dan tajaan umrah.

Sumber: Harian Metro 

Baca artikel lain juga: Tiktokers Korea Akui Durian Malaysia Lagi Sedap Banding Thailand, “So Lemah, Tak Sedap Rasa Pun Kurang…” 

TikTok Medan Pertemuan Dua Jiwa, Beza Usia 23 Tahun Bukan Masalah

 

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

Published by
Has