Noralbaniah terduduk anak ditangkap kerana dadah, akui ini ujiannya sebagai ibu. Tiada ibu yang mahu melihat masa depan anaknya kelam. Bahkan tiada ibu yang mendoakan yang buruk untuk anak sendiri. Namun tersalah membuat pilihan kehidupan, membawa kepada kerosakan diri sendiri.
Menurut pelakon veteran, Noralbaniah, peristiwa anaknya ditangkap dan di penjara kerana terlibat dengan dadad, adalah satu episod hitam dalam hidup anaknya dan masa yang sama satu ujian buatnya sebagai seorang ibu.
Noralbaniah Terduduk Anak Ditangkap Kerana Dadah
Mengakui apa yang menimpa anaknya, Syarra Sudarman sudah dipercayai namun kini dia lebih tenang bercerita.
Memetik laporan Astro Awani, kata Noralbaniah dia pada awalnya agak sukar untuk menerima dan berhadapan dengan pertanyaan orang ramai, namun kini hatinya lebih tenang dan menerima ujian Allah itu dengan lapang dada.
“Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegini. Benda ini berlaku tanpa saya duga. Tapi apa yang terjadi ini, saya terima dan saya reda. Mungkin apa yang berlaku hari ini, akan menjadikan seseorang itu lebih baik di kemudian hari.
“Dan ada orang yang menghukum saya, tapi saya terangkan begini, anak saya bukan berusia 18 tahun, kalau 20 tahun ke bawah, saya boleh tegur dia. Tapi dia sudah berusia 28 tahun, jadi janganlah kecam, janganlah kata saya salah didik anak.
Akui Ini Ujiannya Sebagai Ibu
“Ini ujian untuk saya, dan alhamdulillah saya kuat.
Ads
“Kalau dulu mungkin saya kurang matang, tapi sekarang saya boleh terima dan berhadapan dengan orang ramai. Iyalah dulu bukan ada media sosial, tiada viral semua ini. Sekarang tak boleh buat silap, semuanya naik di media sosial,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret, baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, Noralbaniah berkata Syarra sudah keluar penjara sejak Mac lalu dan kini dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah dia elok saja. Saya ada pergi melawatnya di Melaka sebelum ini dan kerana dia berkelakuan baik, dia dibenarkan keluar awal iaitu sekitar Mac lalu.
“Anak saya pun bukan calang-calang orang, dia berpendidikan tinggi dan juga lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Jadi bila terjadi semua ini, saya sedih juga. Ya mungkin salah pilih kawan tapi saya tak mahu cakap lebih sebab ia sudah pun berlaku.
Ads
“Itulah satu-satunya anak saya bersama Sudarman. Saya berkahwin dengan Sudarman hanya dua tahun dan tidak berkahwin sampai sekarang, itu orang tak tahu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu. Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Ads
Pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan.
Syarra adalah anak kepada Noralbaniah hasil perkongsian hidup dengan bekas pelumba kereta iaitu Allahyarham Sudarman Daud. Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat kemalangan jalan raya.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“So cute, cantik Salama ni” alahai runcing dagu dia, klasiknya nama anak ketiga pilihan Syatilla. Setuju, memang comel sungguh anak ketiga pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ni.
Tidak seperti sebahagian selebriti lain yang memilih untuk tidak berkongsi wajah cahaya mata mereka. Sam dan Tilla pula tidak menunggu waktu lama dan sudi berkongsi wajah bayi kesayangan mereka untuk tatapan umum.
Malah Sam dan isteri juga nekad untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat mereka.
“So Cute, Cantik Salama Ni”
Selepas mengumumkan isterinya selamat melahirkan dua hari kemudian Sam memaparkan pula wajah comel anak ketiga beserta nama penuh.
“Assalammualaikum 👶🏼.
“Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam here..
“Please be good to me, dear world. I’ll be your best friend,” tulis Sam.
Menerusi ruangan komen kakak kesayangannya, Datin Zizie Ezette memuji kecantikan anak buahnya.
“Omgggg soooo cute, cantik si Salama ni ❤️”.
Tak Salah Kongsi Wajah Anak Pada Umum
Seperti mana yang dilaporkan menerusi portal berita, Sam akui dia sebelum ini hanya berkongsi wajah anak pertama dan keduanya selepas Tilla habis tempoh berpantang.
“Memang waktu kelahiran Syeriv dan Sarima sebelum ini kami berkongsi wajah mereka selepas Syatilla habis berpantang.
“Tapi kali ini kami ambil keputusan untuk kongsikan lebih awal wajah Salama.
“Memang biasanya macam orang tua kata tak elok tunjuk wajah anak pada orang luar.
“Tapi ada sesetengah ulama berkata berita atau benda yang baik lebih elok tunjuk.
“Jadi kami pun rasa apa salahnya kongsikan wajah anak kepada umum” ujarnya menerusi Harian Metro.
Nama Klasik
Sam juga menerangkan nama unik Salama diberikan oleh Tilla.
“Salama ini Syatilla yang pilih. Dia memang suka nama yang klasik.
“Nama pertama anak diberikan oleh Syatilla kerana saya yang minta dia buat keputusan. Kemudian nama kedua pula saya nak nama saya digunakan iaitu Samheizy,” kongsi Sam.
Rupanya bila anak hilang di tempat awam, jangan jerit namanya sebaliknya ada cara yang lebih berkesan mak ayah boleh lakukan supaya anak mudah jumpa kembali.
Bukan apa, anak-anak kecil bila berada di tempat awam, adakalanya walau dijaga dan diperhatikan macam mana pun, sekali terlepas pandang sekejapan dan boleh hilang dari pandangan mata.
Bila anak hilang, mak ayah memang rasa berderau darah, nak gugur jantung dibuatnya. Lumrahnya tindakan spontan yang dilakukan kebanyakkan kita, ialah dengan menjerit nama anak.
Cara Berkesan Cari Anak Hilang
Namun menerusi perkongsian daripada seorang wanita bernama Reina Lum di TikTok, ada tip dan cara yang lebih berkesan dan praktikal untuk mencari anak yang hilang di tempat awam. Ujar Reina perbuatan menjerit dan memanggil nama anak bukanlah cara yang efektif.
Sebaliknya, menjerit dengan menerangkan ‘details’ yang anak ada pada anak, sebagai contoh,rupa, usia, warna pakaian, warna kasut, ketinggian atau sebarang maklumat adalah lebih berkesan.
Menurut logiknya, lebih banyak orang akan sama-sama turut membantu mengesan dan peluang untuk menemukan kembali anak yang hilang adalah lebih tinggi.
Sebagai contoh;
“Jerit, saya tengah cari budak lelaki umur 5 tahun, baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau, pasti semua orang akan turut memerhatikan dan mula mencari anak tersebut..”
Dengan cara itu juga, penculik akan membatalkan niat untuk melakukan perbuatan jahat kerana sedang diperhatikan orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa cara cari anak hilang yang dikongsikan ini lebih berkesan berbanding tindakan menjerit memanggil nama sahaja.
Elis pernah hilang kepercayaan terhadap lelaki. Isteri kepada penyanyi rap sensasi, Caprice Farra Inalis atau Elis menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram akui sebelum mendirikan mahligai dengan suami dirinya pernah hilang kepercayaan terhadap lelaki.
Ibu kepada Aleesya Sofea ini sebelum berkahwin dengan Caprice merupakan seorang ibu tunggal
Farra Inalis Pernah Hilang Kepercayaan Terhadap Lelaki
Luah Elis dirinya tidak pernah terfikir akan merasai detik bahagia seperti dilalui hari ini.
“Tak pernah terfikir Elis akan merasai detik/perasaan sesempurna ni . Masyaallah
“My small beautiful family”
“Jujur elis beritahu, hilang kepercayaan terhadap lelaki, Elis mudah timbul rasa benci.
“Nak kata trauma tak jugak , mungkin sebab terlalu banyak benda pahit Elis lalui dan pendam sendri , terlalu berdikari so i fikir memang perlukan LELAKI dalam hidup. (time tu la, sebab tengah marah kan)
Segala Luka Terubat
“Alhamdulillah, segala luka tu terubat dengan adanya insan yang bergelar suami harini, seorang penyayang , bertanggungjawab , selalu bagi semanggat bila Elis down. Bab adik memang tak boleh comment langsung, dia jaga 10/10 macam anak sendiri. Terima kasih untuk segalanya cinta syurgaku @daddycapofficial.
“Dalam hidup ni kita jangan pernah salahkan atau persoalkan takdir kita. Semua berlaku ada sebab yang jauh lebih baik dari apa yang kita sangka .
“Apa-apa pun Elis doakan siapa-siapa tengah lalui ujian/dugaan dalam hidup , jangan pernah putus asa untuk doa , bersangka baik and be the best version of you, Insyaallah. Benda jauh lebih baik menanti depan hari,” tulis Elis.