Nora Danish terharu penghijrahannya jadi ikutan pengikut media sosial. Hijrah seorang wanita bukan sekadar perubahan penampilan, tetapi perjalanan hati untuk membuktikan cinta sejatinya kepada Allah. Ia adalah perjuangan yang indah, penuh keikhlasan dan pengorbanan.
Kisah Nora berhijrah ke arah agama dan menjadi inspirasi kepada ramai individu di luar sana. Bukan satu perjalanan mudah buat selebriti ini, namun semangat dan usaha keras berjaya meletakkan Nora sebagai artis yang mula mendapat kepercayaan ramai dalam terus menyebarkan ilmu agama.
Sejak berhijrah, Nora Danish sering berkongsi tentang dirinya. Malah dia juga sangat terharu apabila ada pengikut media sosialnya yang turut sama berhijrah dek kerana perkongsiannya.
“Apabila mereka melayangkan mesej menyatakan perkongsian mengenai penghijrahan saya membuka hati untuk turut berhijrah, saya sangat terharu. Ini memberi impak yang cukup besar dalam diri saya,” itulah antara luahan Nora.
Nora sangat bersyukur kerana penghijrahannya mendapat maklum balas positif peminat.
“Ketika peringkat awal proses penghijrahan, saya bimbang jika hantaran saya dalam media sosial menimbulkan riak dan sebagainya.
“Tetapi apabila mereka melayangkan mesej menyatakan perkongsian mengenai penghijrahan saya membuka hati untuk turut berhijrah, saya sangat terharu. Ini memberi impak yang cukup besar dalam diri saya.
“Maklum balas itu membuatkan saya lebih yakin. Saya tidak perlu takut dengan apa sahaja persepsi orang terhadap diri ini,” ujar Nora seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Pada masa yang sama, Nora juga akui dirinya sering mengingatkan anak-anak agar bersolat dan berzikir.
“Menjadi tanggungjawab ibu mengingatkan anak soal solat dan zikir.
“Hendak ulas panjang pun saya segan. Apa yang saya nasihatkan itu adalah perkara wajib bagi umat Islam.
“Dahulu pun saya berpesan dan sekarang kena lebih kerap kerana berkaitan solat. Amalan ini wajib dilakukan dan tidak boleh ambil remeh.
“Lagipun Rayqal anak lelaki dan sudah akil baligh. Penting pesanan seperti itu untuk Rayqal. Rasanya semua emak mendoakan perkara sama untuk anak mereka,” akhirinya.
Baca Di sini : Nora Danish Berpakaian Tutup Aurat Mudahkan Diri Beribadat
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.