Kekeluargaan

Nora Danish Berpakaian Tutup Aurat Mudahkan Diri Beribadat

Share

Nora Danish berpakaian tutup aurat. Baru-baru ini pelakon cantik, Nora Danish membuat penampilan dengan mengenakan hijab menerusi akaun media sosialnya. Tindakan Nora itu mencetuskan pelbagai pertanyaan di kalangan warganet apatah lagi Nora turut menyekat komen menerusi hantaran terbabit.

Sebelum itu industri hiburan dikejutkan apabila ibu kepada dua orang cahaya mat aini telahpun sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Nedim Nazri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Nora Danish Berpakaian Tutup Aurat

Menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok Nora memberitahu dirinya mengenakan pakaian menutup aurat  dek kerana mahu menunaikan solat dan membaca al-Quran ketika berada di hospital kerana menjaga bekas suaminya yang sedang sakit.

“Pada siapa yang tahu Nedim sekarang berada di hospital dan dalam proses pemulihan.

“Cuma, saya tidak boleh kongsi butiran penyakit Nedim kerana sulit dan terlalu peribadi buat keluarga mereka.

“Kalau saya menjaganya di hospital, saya guna pakaian yang senang untuk saya tunaikan solat.

“Pada masa sama, saya mengaji. Jadi, lebih senang jika saya mengenakan pakaian menutup aurat,” luah Nora.

Doakan Dirinya Kekal Berhijab

Pada perkongsian yang sama Nora turut berterima kasih kerana mendoakan agar dirinya kekal mengenakan hijab.

“Saya ingin berterima kasih kepada anda yang tidka henti-henti mendoakan saya.

“Saya harap doa anda, ibu dan doa saya, Allah makbulkan… Insya-Allah,” ungkap Nora.

 

 

@noradanishhanif❤️

♬ original sound – N O R A D A N I S H

Baca Disini : Rahsia Kecantikan Nora Danish, Muda Berseri Walau Sibuk Di Pentas Seni & Sebagai Ibu

Sumber : Tik Tok Nora Danish 

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

Published by
Norhayati Suboh