Segalanya bermula sejak dari tahun 2015, tidak dinafikan keluarga terutamanya tidak begitu mendorong minat wanita ini mendaki gunung. Bayangkan ketika itu Noorliana Umar, 36 tahun, masih belum mendirikan rumah tangga.

Tentu sahaja sebagai ahli keluarga mereka berasa bimbang dan agak risau kerana saban minggu pasti sahaja Noorliana akan meluangkan masa untuk keluar, masuk hutan dan naik gunung. Bagi ahli keluarganya, wanita sebaiknya melakukan aktiviti lain yang selamat dan bukannya memilih aktiviti lasak sebegitu.

Noorliana Buktikan Wanita Pun Mampu Menawan Gunung Jika Kena Caranya, Paling Penting Jaga ‘Fitness”

Namun setelah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati iaitu vokalis Pretty Ugly, Neves atau Raizan Zainal Abidin pada tahun 2017, segalanya nampaknya makin mudah. Maklumlah suaminya turut sama meminati mendaki gunung. Sekiranya selama ini tiada ahli keluarga yang mengikut jejak langkah, kini perjalanannya menjadi semakin mudah apabila suami sendiri ikut turut serta.

Jelas Noorliana, pada awalnya dirinya lebih selesa menyertai larian marathon dan trail run sahaja. Daripada trail run dirinya mula beralih minat kepada aktiviti mendaki atau hiking pula.

“Setiap kali mendaki semestinya saya merasai kepuasan terutamanya apabila kita sampai ke puncak. Segala penat lelah akan hilang sekelip mata apabila kita berjaya menjejakkan kaki di puncak gunung. Oleh itu, peluang saya bersama suami, trekking ke Everest Base Camp (EBC) adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

“Berbeza dengan orang lain, saya dan suami trekking ke EBC berdua secara independent tanpa bantuan guide, porter atau pakej. Rata-rata kebiasaan orang ke EBC akan mengambil pakej kerana lebih senang tanpa perlu fikirkan pasal perjalanan, carry bag sendiri, tempat penginapan kerana segalanya diuruskan oleh pemandu pelancong.

“Tetapi kami ingin mencabar diri sendiri dengan mendaki ke EBC tanpa bergandung kepada guide. Pengalaman trekking ke EBC selama 13 hari dan setiap hari kami akan mengambil masa selama enam ke 12  jam untuk trekking dengan membawa beg seberat 12 kilogram. Biar pun sukar tetapi pengalaman ini cukup berharga,” ungkapnya terharu.

Ads

Noorliana Buktikan Wanita Pun Mampu Menawan Gunung Jika Kena Caranya, Paling Penting Jaga ‘Fitness”

Terkandas Di Kathmandu

Sudah tentu, bukan hanya pengalaman indah sahaja yang berlaku sepanjang trekking Noorliana ke EBC, turut tercatat pengalaman pahit dalam memori hidupnya. Pengalaman terkandas di Lapangan Terbang Kathmandu selama enam hari berikutan Lapangan Terbang Lukla tutup kerana cuaca buruk.

Perkara ini membuatkan Noorliana dan suaminya hilang sabar seterusnya mereka mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan melalui laluan darat dengan menyewa sebuah Jeep dari Kathmandu untuk sampai ke Phaplu. Perjalanan jalan darat yang mengambil masa selama 12 jam iaitu dari Phaplu sama sekali tidak mematahkan semangat wanita ini.

“Tidak terhenti di situ, saya dan suami perlu mendaki selama tiga hari untuk sampai ke Namche (bypass Lukla). Sebenarnya pengalaman trekking dari Phaplu ini adalah laluan yang sangat sukar dan mencabar kerana di sini terdapat “half classic trek” daripada trek asal “Sir Edmund Hillary”.

Ads

Noorliana Buktikan Wanita Pun Mampu Menawan Gunung Jika Kena Caranya, Paling Penting Jaga ‘Fitness”

“Tetapi segalanya berbayar apabila pertama kali dapat lihat Gunung Everest di Namche iaitu pemandangan yang paling cantik pernah saya lihat seumur hidup.

‘Menjadi pengalaman manis dan paling bermakna tatkala kami berjaya menjejakkan kami di EBC tanpa bantuan guide and porter. Pengalaman menaiki pesawat kecil dan melalui landasan kapal terbang yang paling berbahaya di dunia iaitu Tenzing Hillary Airport, Lukla juga menjadi momen indah yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” luahnya lagi.

Noorliana Buktikan Wanita Pun Mampu Menawan Gunung Jika Kena Caranya, Paling Penting Jaga ‘Fitness”

Ads

Lalui Pengalaman Seram

Selain itu Noorliana turut berkongsi ketika berada EBC dan bermalam di salah sebuah “tea house”. Dirinya terdengar pintu bilik tempat penginapannya di ketuk dengan kuat sekali dan turut terdengar suara perempuan meminta pertolongan. Tika pintu dibuka, tiada siapa pun di luar. Peristiwa menyeramkan itu berlaku pada jam 2 pagi.

Tambah wanita ini lagi, antara gunung yang pernah dirinya tawan di dalam negara adalah Gunung Kinabalu, Gunung Datuk, Gunung Nuang, Gunung Irau dan Gunung Berembun. Selebihnya di luar negara antaranya pernah mendaki Gunung Merapi (Jogjakarta), Gunung Bromo (Surabaya) Gunung Sibayak (Medan) Gunung Batur (Bali) dan Blue Mountain (Australia)

Noorliana amat berharap, jika dirinya memiliki peluang dan diberi rezeki, dia ingin mendaki lebih banyak lagi gunung seperti Gunung Fuji (Jepun) Gunung Kilimanjaro (Afrika) Mount Blanc (Eropah), K2, Mount Cook, selain dari Gunung Tahan di Pahang. Di samping itu, setelah berjaya menawan EBC, sudah tentu telah menjadi idamannya untuk mendaki ke puncak Gunung Everest.

“Tip yang dapat saya kongsi bersama pendaki di luar sana adalah sebagai seorang wanita kita harus mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Dari segi fizikal, anda seharusnya banyakkan training fitness  seperti running, swimming , weight lift supaya kita mampu bersaing dan tidak ketinggalan ketika mendaki bersama kaum lelaki.

“Kalau boleh, kita sebagai wanita elakkan diri daripada mendaki seorang diri, cari partner walaupun seorang. Ini penting utk keselamatan dan partner juga bagus untuk berikan motivasi kepada diri kita untuk “keep going” setiap kali kita putus asa. Selain itu dapatlah kita teman untuk berbual dan beri semangat ketika mendaki,” ungkap Noorliana satu persatu.

Noorliana Buktikan Wanita Pun Mampu Menawan Gunung Jika Kena Caranya, Paling Penting Jaga ‘Fitness”

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI