Ya Allah, mulianya hati pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie sehingga sanggup menjadikan kenderaan MPV miliknya sebagai van jenazah. Lebih menyentuh hati netizen bila Noorkhiriah atau mesra dengan sapaan Khiriah menawarkan perkhidmatan van jenazah secara percuma untuk golongan yang memerlukan.
“Alhamdulillah lepaskan kerana Allah…Akak sayang, maka akak jadikan kenderaan di belakang ini (MPV) van jenazah. Bagi yang memerlukan dialu-alukan. Perkhidmatan percuma #vanjenazah @nurbykhiriah.
“Insya-Allah dah siap sepenuhnya nanti akak bagitau. Terima kasih juga pada yang menyumbang,”ujar Khiriah yang kelihatan begitu ayu bertudung labuh, dia bergambar bersama kenderaan miliknya yang bakal diubah suai menjadi van jenazah.
Baca sini
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Dalam posting yang lain, Khiriah meminta masyarakat mendoakan impiannya untuk berbakti kepada umat Islam. Artis ini mengatakan dirinya bukan kaya tapi sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia mahu meninggalkan sesuatu buat semua.
“Melangkah yakin dengan apa yang dibuat ini. Mohon doakan akak, bohong akak cakap kalau tak takut #vanjenazah. Akak tak kaya tapi sebelum meninggal dunia, akak nak tinggalkan sesuatu buat semua.
“Setakat cerita kat tv tu jangan kira. Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri. Amin,”ujarnya.
Keluhuran hati artis popular ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata begitu sebak, terharu dengan gembira dengan keputusan Khiriah ini. Mereka mendoakan Khiriah dilimpahkan rezeki dan membuka hati lebih ramai orang untuk berbuat baik.
Khiriah yang popular menerusi drama bersiri Nur antara artis yang menjadi idola masyarakat. Wanita anggun ini sering berkongsi kisah hijrahnya menjadi insan yang lebih baik.
Team Mingguan Wanita doakan semoga Khiriah dan keluarganya dilimpahi rahmat Allah dan diluaskan rezeki. Semoga kita semua diberi hidayah untuk terus berbuat baik.
Sumber: Instagram khiriah17