Nona Superwoman Award 2024! Majlis penganugerahan Nona Superwoman Award 2024 yang diadakan oleh Majalah Nona ini merupakan kesinambungan daripada edisi terdahulu iaitu pada tahun 2018, 2020 dan 2022. Untuk musim keempat pada tanggal 8 Januari 2025 terpahat satu lagi Sejarah di mana 39 tokoh wanita cemerlang diberikan pengiktirafan!
Sebanyak 39 kategori anugerah disampaikan kepada individu dan tokoh wanita yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah korporat, seni, fesyen, bisnes dan sukan yang mencetus revolusi Malaysia sepanjang tahun 2024.
Nona Superwoman Award 2024 dibawakan khas oleh Bartech Beautee dan penaja bersama, Furniture and Choice Malaysia.
Bertemakan ‘Diamonds Are Forever’, malam kemuncak Nona Superwoman Award 2024 berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya. Lebih Istimewa, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan berangkat ke majlis pengiktirafan yang penuh gilang-gemilang ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Puteri Dato’ Sri Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Mantan Ahli Dewan Negara iaitu YB Datuk Seri Dr Zurainah Musa.
Menariknya, Nona Superwoman Award 2024 menyaksikan tiga tokoh wanita berjaya dipilih mengungguli anugerah utama Nona Superwoman Award iaitu Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan Hajah Faiza Bawumi.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Nona Superwoman Award bukanlah sekadar untuk memberi penghormatan tetapi ia adalah platform transformatif yang membolehkan wanita memandang semula perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka, dan mencipta peluang baharu.
Kejayaan seorang wanita bukan hanya miliknya seorang, ia adalah milik keluarga, komuniti, dan negara. Nona Superwoman Award adalah manifestasi penghargaan terhadap keupayaan wanita untuk mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan.”
Sementara itu, Editor Pengurusan (Wanita) Nu Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Kiffy Razak berkata, “Setiap wanita yang diraikan malam ini adalah seperti berlian yang terbentuk daripada tekanan, mereka telah melalui perjalanan sukar, mengharungi rintangan, tetapi akhirnya bersinar sebagai permata yang tiada bandingannya.”
“Anugerah ini adalah simbol keberanian dan keazaman. Ia bukan hanya meraikan pencapaian, tetapi menyokong wanita untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta perubahan, dan menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Nona Superwoman Award adalah janji untuk terus memberikan ruang kepada wanita untuk berkembang, berinovasi, dan meninggalkan legasi.”
Nona Superwoman Award – Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan Hajah Faiza Bawumi.
Nona Royal Award – YM Datin Paduka Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.
Nona Professional Award – Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim
Nona Fashion & Beauty Award – Fasha Sandha
Nona Celebrity Award – Aina Abdul
Nona Legend Award – Uji Rashid
Nona Best Trusted Beauty & Whitening Brand Award – Nurul Adlinna Mohammad Bakri, Bartech Empire Sdn Bhd
Nona Corporate Award – Chryseis Tan
Nona Active Award – Natasha Roslan
Nona Motivator Award – Ustazah Asni Mansor
Nona Best Multipreneur Award – Ar Nalira Azmee, Ridz Alira Integrated Sdn Bhd
Nona Entrepreneur Award – Dato’ Seri Vida
Nona Best Event Organizer Award – Juliahayyu Mohamad, Time Reveal (M) Sdn Bhd
Nona Best Woman Entrepreneur Achievement Award – Sharifah Nori Bahar, PinkandBelle Sdn Bhd
Nona Best Edupreneur Award Future Education Fund Award – Raihana Rosdan, Aqesyra Eduqids Sdn Bhd
Nona Best Financial Coach Award – Azlin Mohd Said, AMS Empire
Nona Top Trusted OEM Factory Award – Mardiana Made, DS Rich Manufacturing
Nona Best Kitchenware Business Award – Anis Mastura Azmin, A&A World Premium Cookware
Nona Celebrity Business Award – Hanis Zalikha
Nona Legacy Award – Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid
Nona Best Young Entrepreneur Award – Tiara Suraya A Rahman Scott, Venus Rose Ventures
Nona F&B Business Award – Aliza Ali
Nona Influencer Award – Nur Nabilah Zulyadaini
Nona Best Business Development SME Award – Nurul Adlinna Mohammad Bakri, Bartech Empire Sdn Bhd
Nona Best Kurung Fashion Brand Award – Noraini Hanipah
Nona Best Beauty Lens Award – Fatin Amirah Zaabar, Temyracle Sdn Bhd
Nona Best Perfume Entrepreneur Award – Nur Afiqah Amran, Perfume Paradise
Nona Best Aesthetic Award – Dr Wan Hidayu Wan Ahmad, Klinik Nur Raisha
Nona Best Halal Skincare Award – Nurulain Syahirah Mat Hasmuni, Twin Rich (M) Sdn Bhd
Nona Business Strategist Award – Cikgu Samm
Nona Best Young Edupreneur Award – Nurul Ainaa Zulkifli, CMI Smart Little Sdn Bhd
Nona Best Halal Slimming Supplement Award – Nur Jauhatul Dinnie Mohamaed Johari, DNS Beauty Solution Sdn Bhd
Nona Best Entrepreneur Beauty Award – Eda Afinie Dato’ Mohd Fauzi, Jardyn Empire Sdn Bhd
Nona Best Beauty Supplement Award – Noor Faqirah Abdullah, Qayra Beauty
Nona Best in Health & Beauty Manufacturing Award – Sitti Fatimah Janna, SFJ Beauty Sdn Bhd
Nona Best Skincare Award – Dr Nurhidayah Roslan, DASC International Sdn Bhd
Nona Best Fragrance Brand Award – Athira Mohamed Shahid, Beauboss Perfume
Nona Inspired Muslimah Salon Award – Shasha Masrey, Nieza Salon
Nona Best Effective & Scientifically Researched Skincare Award – Wahida Ismail, Glowing Beauty
Nona Media Award – Priya Dharshini Prabakaran
Malam penuh gemilang ini dikemudikan oleh Hunny Madu, seorang pengacara berbakat yang juga tampil menerusi program Borak seeNI di Astro. Dengan sentuhan profesionalisme dan pesona, Hunny memastikan setiap momen majlis ini berjalan lancar dan meninggalkan impak mendalam kepada para hadirin.
Selain anugerah yang dinanti-nantikan, majlis ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi hebat seperti Datin Alyah, Amir Masdi, dan Aina Abdul. Keseluruhan acara penganugerahan ini telah distrim secara langsung menerusi Facebook, Youtube dan TikTok Majalah Nona.