NONA SUPERWOMAN AWARD 2022 Iktiraf FAZURA TERBAIK, Terima Anugerah Nona Hijab Business

Share

Nona Superwoman Award 2022 iktiraf Fazura terbaik terima anugerah Nona Hijab Business. Tahniah diucapkan buat selebriti dan juga bergelar usahawanita jelita Fazura yang telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Nona Hijab Business.

Majlis yang berlangsung penuh meriah itu juga telah mengangkat martabat 50 individu dari pelbagai bidang menerima 48 kategori anugerah dalam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022.

Majlis yang bertemakan ‘The Oscar Glam’ dibawakan oleh penaja utama Usanita Sdn Bhd dan penaja bersama IDW Design & Build.

NONA SUPERWOMAN AWARD 2022 Iktiraf FAZURA TERBAIK

Anugerah Nona Superwoman Award yang diadakan sejak 2018 itu diteruskan buat kali ketiga pada tahun ini sebagai kesinambungan kejayaan lalu bagi mengiktiraf wanita yang banyak berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.

Seramai 50 individu dari pelbagai bidang menerima 48 kategori anugerah dalam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022.

Antara penerima anugerah tersebut ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib menerima anugerah Nona VIP Award dan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Celebrity Business Award.

Selain itu, Che Puan Juliana Evans memenangi anugerah Nona Beauty Award; Datuk Leong Mun Yee (Nona Active Award); Dr Malar Santhi Santherasegapan (Nona Health Influencer Award); Ustazah Asma’ Harun (Nona Motivator Award), Nur Fazura (Nona Hijab Business Award) dan Tengku Norhanim Tengku Othman (Nona Best Crispy Chocotub Brand Award).

Johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, Sofizah Mousin menerima anugerah Nona Outstanding Achievement Award.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang hadir bagi merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.

Ketengahkan Golongan Wanita Cemerlang & Berprestij Tinggi

Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak Nona Superwoman Award 2023 adalah untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi.

“Saya bersyukur kerana usaha kami untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi Malaysia. Seiap individu yang diraikan adalah antara yang terjejas dengan impak pandemic namun masih mampu berkembang maju dan bertahan dengan semangat yang kuat,” ujarnya.

Manakala menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Seri Prof Dr Hasan memaklumkan kerjasama ini bukanlah kali pertama.

“kerjasama ini bukanlah kali pertama, sebaliknya ia adalah kesinambungan gandingan dua organisasi (korporat dan media) yang mula saling mengenali sejak tahun 2020 apabila saya antara yang menerima anugerah di Nona Superwoman Awards 2020. Dan penglibatan Usanita di dalam projek ini juga antara usaha memperkasakan jenama Usanita Sdn Bhd sebagai badan korporat bagi kategori pemudah cara untuk golongan usahawan,” katanya.

Foto : Unit Foto Nu Ideaktiv Sdn Bhd

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
Published by
Norhayati Suboh