Penyanyi Nine Zulkarnain berasa sangat seronok menyambut Ramadan tahun ini walaupun dalam norma baharu namun berbanding tahun lalu, dia dapat melakukan solat tarawih di Masjid.
Sewaktu bertemu dengan Nine yang kini semakin aktif dalam bidang seni sejak menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) berkongsi tentang sambutan Ramadan.
Nine Teruja Raikan Ramadan Bersama Isteri & Anak-Anak
Nine mengakui teruja meraikannya bersama isteri dan anak-anak.
“Alhamdulillah berbanding tahun lalu, Ramadan kali ini lebih menyeronokkan kerana kita dapat kembali untuk solat Tarawih bersama-sama di masjid dan melakukan kebiasaan lain di bulan mulia ini biarpun dalam suasana norma baharu.
“Setiap kali Ramadan, saya juga sentiasa ada aktiviti dengan anak-anak di mana saya akan bawa mereka solat Tarawih di masjid dan meluangkan masa untuk berkongsi sirah-sirah nabi atau cerita tentang para sahabat.
“Isteri juga akan ajak anak-anak sertai dia di dapur untuk buah kuih atau siapkan juadah berbuka bersama,” ungkap bapa kepada tiga orang anak ini.
Ambil Berat Penjagaan Diri
Sewaktu bertemu dengan Nina, ternyata dia kelihatan begitu kemas. Tidak kurang juga ramai yang memuji Nine kerana sentiasa menjaga penampilannya sehingga ke hari ini.
Ditanya bagaimana dirinya menjaga penampilan diri dan kelihatan awet muda, Nine akui sejak dulu dia sememangnya seorang yang amat menitik berat soal penampilan.
“Saya memang seorang yang suka menjaga penampilan diri sejak dulu lagi, cuma selepas bergelar artis saya lebih mengambil berat tentang penjagaan diri termasuk soal menjaga kulit wajah, berat badan dan sebagainya.
“Sebagai selebriti semua perkara itu perlu dititik-beratkan kerana ia adalah pakej untuk kita terus kekal dalam industri, selain produk atau karya yang ditampilkan.
“Jadi saya ada rutin penjagaan diri yang konsisten, termasuk mengunjungi spa untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan sebagaimana yang disediakan Narqes Skintelligent yang menjadi pilihan saya sejak beberapa tahun ini,” ungkap Nina yang ditemubual ketika mendapatkan rawatan di Spa Narqes.
Sumber Foto: Bobong Latif