
Nina Ismail Sabri kongsi kuih kegemaran Ramadan, kekal tenang saat bapa disiasat SPRM. Ramadan kali ini pasti membawa pelbagai emosi buat Nina Sabrina Ismail Sabri.
Dalam kesibukan menikmati bulan penuh keberkatan bersama keluarga, usahawan dan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu tetap tenang berdepan ujian apabila bapanya kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penemuan wang lebih RM170 juta dari pelbagai negara termasuk beberapa jongkong emas di “safe house” yang nyata amat mengejutkan rakyat.
Nina Ismail Sabri Kongsi Kuih Kegemaran Ramadan
Meskipun situasi ini mungkin mencetuskan tekanan, Nina memilih untuk terus positif. Melalui hantaran di media sosial, di IGs dirinya berkongsi suasana Ramadan termasuk balik ke kampung suami, Hafiz Osman bagi menziarahi Uwan suaminya itu yang tidak sihat.
Bahkan dirinya turut berkongsi kuih kegemaran iaitu tepung pelita yang mana menurut Nina adalah kuih wajib setiap kali Ramadan. Dirinya turut berkongsi bertarawih bersama-sama anak tunggalnya, Jeannelle Mika Mandagie hasil perkahwinan bersama pereka terkenal, Jovian Mandagie.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nampak Serius Tapi Datuk Seri Ismail Sabri Suka Layan Kerenah Cucu
Akhirnya Kerajaan Bersetuju Membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Kekal Tenang Saat Bapa Disiasat SPRM
Hari ini, bapanya yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke 9 disiasat oleh SPRM berkaitan kes rasuah dan penggubahan haram dan bukannya sebagai saksi lagi selepas penemuan wang dari pelbagai negara selain jongkong emas di “safe house”.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.
Justeru, beliau berkata antara tindakan dilakukan SPRM terhadap bekas Perdana Menteri kesembilan itu ketika ini adalah meminta beliau melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM.
“Penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ berkenaan mengesahkan Ahli Parlimen Bera sebagai seorang suspek.
“Dalam hal ini saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta).
“(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu,” katanya.
Sebelum ini, SPRM dilapor akan memanggil 10 lagi saksi dalam siasatan pengisytiharan harta berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri kesembilan itu.
Ia susulan penahanan empat individu termasuk bekas pegawai kanan Ismail Sabri, manakala Ahli Parlimen Bera itu dipanggil SPRM minggu lalu.
Terdahulu, SPRM mendedahkan wang tunai ratusan jutaan ringgit dan barangan berharga dirampas dalam tiga premis termasuk sebuah ‘safehouse’ berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli parlimen Bera itu.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI