Nilai Ringgit jatuh cecah RM4.50 setiap 1 USD semalam pertama kalinya dalam sejarah. Bersedialah kepada anda yang penat lelah mencari rezeki di luar sana.
Kejatuhan nilai ringgit pada paras RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat menjadi indikator jelas ringgit paling teruk terjejas berbanding mata wang serantau lain akibat ketidaktentuan ekonomi global.
Diburukkan lagi dengan pelbagai isu kritikal seperti konflik dan peperangan, inflasi, kenaikan harga minyak dunia dan sekuriti makanan, hampir pasti turun naik nilai ringgit tidak dapat dielakkan.
Realitinya, senario itu boleh menimbulkan kebimbangan ramai terutamanya apabila negara masih lagi bertatih dalam menjalani proses pemulihan selepas dua tahun dibelenggu Covid-19.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Seperti mana dikongsikan oleh saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi facebooknya menyatakan agar berhati-hatilah dalam berbelanja memandangkan kemerosotan yang berlaku dalam ekonomi.
Benarlah apa yang dinasihati, kemungkinan cabaran akan lebih besar tahun hadapan.
“Buat semua yang sedang lelah mencari rezeki, bersedialah… Tahun depan cabarannya pasti akan lebih sukar lagi.
“Kurangkan hutang dan perbelanjaan, tingkatkan simpanan dan pendapatan…
“Malam tadi Aku termenung panjang…
“Ikhlas Aku katakan, Aku sebenarnya risau bila memikirkan perihal tentang tahun depan.
“Sebab itu malam tadi Aku post gambar matahari yang sedang terbenam…
“Semalam nilai ringgit kita buat pertama kalinya dalam sejarah telah pun mencecah RM4.50 bagi setiap 1 USD.
“Minggu ini bank dijangka akan menaikkan lagi kadar OPR. Ini pastinya akan menyebabkan bayaran ansuran rumah naik lagi.
“Kerajaan telah pun mula buat survey berkenaan GST. Tahun depan mungkin GST akan kembali lagi…
“Kerajaan juga sedang mengkaji mekanisme subsidi petrol RON95. Jika tiada lagi subsidi petrol, banyak harga barangan akan melambung tinggi nanti.
“Disaat kita sedang dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi akibat kenaikan inflasi, ada juga dikalangan kita yang seolah-olah tidak kisah dan ambil peduli.
“Sanggup berhabis beratus malah beribu ringgit semata-mata ingin melihat konsert artis pujaan hati. Aku pasti tentu akan penuh juga penontonnya nanti.
“Mungkin sekali lagi kita akan dengar peminat fanatik beratur dari jam 4 pagi semata-mata nak beli tiket ke konsert ini.
Baca Disini : Kad Kredit ‘Neraka Wang’, “Kad Tu Tak Berhantu, Yang Berhantu Tuan Punya Kad Tu”
Pesanan Ikhlas Buat Para Gadis! “Kaya, Hensem Pun Tak Guna Kalau Jenis Curang, Tak Setia”
“Terpulanglah… Masing-masing punya duit sendiri. Aku yang marhaen ini hanya mampu melihat dan menasihati.
“Buat semua yang sedang lelah mencari rezeki, bersedialah… Tahun depan cabarannya pasti akan lebih sukar lagi.
“Kurangkan hutang dan perbelanjaan, tingkatkan simpanan dan pendapatan,” kongsi Mohd Ezairol.
Mingguan Wanita : Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat kita semua.
Sumber : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery