“Nilai Lah Sendiri, Dakwaan Dilemparkan. Bukan Saya Jatuhkan Pasu”. Pelakon Yana Samsudin tampil menjelaskan situasi sebenar membabitkan insiden dirinya yang didakwa sengaja memecahkan pasu antik milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Difahamkan pada waktu itu, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari berada di kediaman Aliff Syukri itu untuk menjalani penggambaran sebuah program terbitan Alif Farhan.
“Nilai Lah Sendiri, Dakwaan Dilemparkan.”
Menerusi perkongsian di Instagram, Yana tampil bersuara dan mengakui tidak bersalah atas dakwaan memecahkan pasu bernilai RM400,000.
“Assalamualaikum.
Ini lah kejadian sebenar tiba tiba pasu yang di dakwa bernilai yang saya pecahkan di rumah DAS.
Saya menghormati pelawaan pihak Astro untuk program Raya, menjadi pengacara selebriti beraya di rumah selebriti.
Ads
Nasib baik saya ada simpan video ini. Saya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah. Tangan saya betul betul berdarah dan saya sendiri tak pasti macamana ia berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu tu.
Korang boleh nilai sendiri, dalam video ini. Bukan saya yang jatuh kan pasu tu.
Tiba Tiba Terhempas Dan Jatuh Pecah
Seandai nya apa dakwaan saya terlibat dalam konten atau nak kenakan saya untuk content semata mata. Perkara ini adalah di luar pengetahuan / tanggungjawab saya.
Dari sudut mana saya pecah kan pasu itu , korang boleh nilai kan.
Ads
Pasu tu bukan di tangan saya, tiba tiba terhempas dan jatuh pecah.
Nilai lah sendiri , dakwaan yang dilempar kan kepada saya,” luah Yana Samsudin.
Itulah yang dikongsikan Yana. Diharap perkara ini bukanlah gimik dan semuanya akan diselesaikan secara baik.
Telatah pelakon Sharnaaz Ahmad dan anak kesayangannya, Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati para peminat dan sering ternanti-nanti posting anak beranak ini di laman sosial mereka. Tular baru-baru ini, anak beranak ini bikin kecoh gara-gara beg anak kesayangannya hilang!
Telatah Sharnaaz Ahmad mencari beg Jebat Jayden di seluruh rumah mencuit hati para pengikut di laman sosial miliknya gara-gara Sharnaaz hampir ‘give up’ mencarinya.
“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aksi comel Jebat. Malah, kepetahan Jebat bercakap juga membuatkan pengguna laman sosial terhibur.
Apa yang lebih membuatkan warganet teruja adalah lakonan bersahaja yang ditunjukkan oleh Jebat Jayden. Aksi merajuknya sebab beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel.
Pasti ramai yang boleh ‘relate’ kekalutan seorang bapa menguruskan anak yang hendak ke sekolah apabila ada sahaja barangan persekolahan yang ‘hilang dari radar’. Malah keletah Jebat Jayden yang meminta 10 batang ais krim sebagai habuan untuk ke sekolah juga mencuit hati! Video tersebut telah mencecah 1.4 juta tontonan.
Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat juga turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya. Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya?
Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan turut menawarkan habuan kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat. Sejauh manakah pencarian tersebut berjaya?
Siapa sangka ujian mendatang sewaktu pandemik Covid-19, meleraikan ikatan perkahwinan selama 25 tahun buat pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki,51 dan isterinya, Datin Maria Christina Orow Abdullah. Bahtera perkahwinan yang dibina kini ‘karam’ sejak tiga bulan lalu.
Masih Kekalkan Hubungan Baik
Berita duka itu didedahkan sendiri Maria menerusi akaun Instagramnya yang memaklumkan rumah tangga mereka sudah berakhir pada April lalu, namun masih mengekalkan hubungan baik.
“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25 kami. Saya dan Afdlin membuat keputusan bahawa kami akhirnya telah bercerai pada April lalu.
“Keputusan yang dibuat agak pantas. Mungkin kerana tidak dapat dielakkan. Kami tidak melihat perceraian ini sebagai musuh atau pengakhiran kepada hubungan kami.
“Saya mengumumkan perkara ini sekarang kerana bulan ini sudah cukup tempoh edah saya selama tiga bulan,” katanya.
Diuji Sewaktu Pandemik Covid-19
Tambah Maria, kehidupan bahagia yang dinikmatinya bersama Afdlin diuji sewaktu pandemik Covid-19 sehingga mencetuskan salah faham, sekali gus menjadi punca utama keretakan dalam rumah tangganya.
“Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan pada hubungan ini.
“Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba memulihkan keadaan, namun tidak seperti yang diharapkan apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
“Apabila kehidupan kembali normal tahun ini dan ada isu yang timbul, nampaknya kami tak dapat teruskan kehidupan tanpa sikap kompromi.
“Dalam erti kata lain, kami merasakan bahawa kompromi itu tidak lagi diperlukan seandainya kami sudah tidak sehaluan dan inginkan yang terbaik untuk kehidupan satu sama lain,” ujarnya.
Tetap Menyokong Antara Satu Sama Lain
Biarpun sudah bercerai, pasangan itu berjanji tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak.
“Saya tahu, Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabat dan begitu juga saya yang akan terus menyokongnya sebagai orang yang banyak mempengaruhi kehidupan saya. Harapan saya, semoga privasi saya dan anak-anak saya dihormati,” jelasnya yang berharap privasi dia dan anak-anaknya tidak diganggu.
Tetap Sayangkan Bekas Isteri
Sementara itu, Afdlin pada ruangan komen memaklumkan apa yang dikongsikan Christina adalah selengkap-lengkapnya apa yang mereka berdua rasai antara satu sama lain.
“Saya masih sayangkan dia, saya doakan dia mendapat kebaikan dalam hidup dan akan sentiasa bersamanya serta anak-anak sepanjang hidup,” tulisnya ringkas.
Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada tahun 1997 dan dikurniakan tiga orang cahaya kata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Mingguan Wanita:Semoga diberi kekuatan buat pasangan ini dalam menghadapi ujian dan mengharungi kehidupan lebih baik, meskipun membawa haluan masing-masing.
Setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi konsert unggul Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari 2023, pesohor Indonesia, Melly Goeslaw akan kembali ke Malaysia.
Kembalinya Melly bersama Anto Hoed pada 1 Jun 2024 ini kelak akan dimeriahkan dengan rakan seperjuangan. Lantaran itu konsert kedua yang dijangka akan mencipta sejarah tersendiri digelar Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
Dibawakan oleh AKE Group yang sekali lagi merealisasikan projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment), Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) kali ini bakal dibawakan dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024.
Selaku ‘Pengetua’ Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta lewat Ada Apa Dengan Melly (Back To School) sekaligus meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih penuh magis dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
“Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan antusias yang luar biasa. Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.
“Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini kami dengan bangga mengumumkan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 ini akan lebih gah dan terus melakar sejarah,” ujar Melly Goeslaw.
“Kali ini untuk Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), sebuah konsep baharu dibawakan untuk peminat. Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas.
“Dan sesuai dengan tema Malam Graduasi, konsert ini menjadi lebih ‘mewah’, meriah dan penuh dengan perayaan di antara Melly, rakan-rakannya dan peminat semua.
Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
“Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert, Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,” ujar Iman Tang.
Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp). Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi.
Sementara itu, Melly Goeslaw, 50, mengakui tidak kisah dengan pandangan warganet yang mempertikai kemenangannya sebagai perangkul Anugerah Hall Of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2023. (GMWA 2023), semalam.
Menurut Melly, dia terbuka dengan setiap komen serta kritikan warganet dan menganggap perbezaan pendapat itu harus dihargai.
“Saya kurang tertarik untuk berfikir mengenai perkara itu (kecaman). Pada saya secara peribadi, saya terbuka orangnya. Saya membuka diri untuk perkara baharu dan perkara yang berbeza dengan orang lain.
“Ini kerana saya juga harus menghargai perbezaan pendapat. Di indonesia, ada juga beberapa anugerah yang diberikan kepada artis luar negara termasuklah dari Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya.
“Keterbukaan di semua tempat harus diraikan untuk kita dapat berekspresi lebih luas lagi,”katanya.
Selain itu, Melly juga berkata, dia tidak membaca komen dan hanya menjalankan tugasnya untuk berkarya sahaja.
“Saya tak baca komen. Saya berkarya sahaja. Apa yang pasti dalam kehidupan ini, saya boleh kawal apa yang keluar dari diri saya baik dari segi kehidupan, kerjaya dan lain-lain.
“Tetapi, orang lain kita tak boleh kawal. Pada saya, selama apa yang saya lakukan itu benar dan menginspirasi kepada banyak orang, Insya-Allah akan datang perkara yang baik juga,”katanya mengakhiri perbualan.
Foto: BANGSAWAN PICTURES
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...