Memang ada benarnya, nilai isteri pada suami bukanlah untuk di’bibik’kan dan diperhambakan. Namun kesalnya, masih ada segelintir suami yang mempunyai mentaliti sebegini. Hakikatnya Islam mengangkat darjat isteri, yang seharusnya dilayani dengan baik, dihormati, dididik dengan penuh kasih sayang dan dipenuhi segala keperluan dan nafkahnya.
Perkahwinan ni sebenarnya mengangkat darjat wanita dan memuliakan wanita.Islam telah memuliakan wanita yang mungkin pada zaman dahulu daripada hanya menjadi objek seks semata kepada insan yang sangat mulia.
Dialah seorang isteri yang mana suami bertanggungjawab penuh ke atas dirinya untuk dididik, dipimpin diberi kasih sayang dan dipenuhi segala nafkah dan keperluan.
Bukan untuk di’bibik’kan dan diperhambakan. Dilayan baik bila perlu kepada ‘hubungan intim’ dan diabai bila tiada ‘rasa’.
Bila tiada ‘rasa’,
Tu yang kawan lagi penting dari isteri.
Tu yang handphone lagi penting dari isteri.
Tu yang game lagi penting dari isteri.
Tu yang hobi lebih utama dari isteri.
Tu yang belanja awek lebih penting dari isteri.
Tu yang mempermudahkan urusan orang lain dan jarang mempermudah urusan isteri.
Tu yang duk sibuk jaga hati orang lain berbanding hati isteri.
Ada kes yang isteri beranak ramai, suami langsung tidak peduli hal anak-anak bahkan sibuk nak ramaikan isteri.
Yang sedia ada pun terabai, tak terjaga, lompang sana sini bab nafkah dan tanggungjawab, tapi duk bangga yang kononnya berani berpoligami dan tak takut bini.
Ads
Poligami adalah sunnah yang mulia, tetapi selalu dirosakkan oleh mereka yang tidak layak melakukannya.
“Ayah aku dulu, mak taat je ayah buat apa. Mak ikut je tak berani nak bantah. Ayah kahwin lain pun mak redha je. Bahagia je aku tengok”.
Mungkin akan ada orang yang keluarkan ayat ni.
Tapi pernahkah kita tanya keadaan mak tersebut. Benarkah dia bahagia?
Ada yang bahagia walaupun terluka kerana dia letakkan redha Allah sebagai keutamaan. Jadi walaupun macam mana keadaan rumahtangga dia tetap bertahan.
Tapi kenapa kita nak wujudkan dan mengulangi keadaan yang sama?
Alangkah lebih baik kalau kita bahagia bersama dan dapat redha Allah bersama.
Ads
Berapa banyak rumahtangga dulu yang nikah cerai berulang-ulang dan terabai?
Soalannya, apa nilai isteri kita pada kita?
Isteri adalah ibu kepada anak-anak kita.
Isteri adalah syurga kepada anak-anak kita.
Bahagia isteri, maka bahagialah anak-anak kita.
Maka bahagiakanlah isteri.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, renungkan semula apakah sebenarnya nilai isteri pada pandangan mata dan sisi suami. Bahagiakanlah isteri, insya allah rumahtangga dan keluarga bahagia.
Memang ramai mak-mak zaman sekarang pandai cari duit tepi tetapi kalau isteri bekerja pun suami tetap tak boleh lepas tangan tanggungjawab hulur nafkah ya.
Sekali pun tak berapa nak cukup, suami memang kena usaha untuk dahulukan keperluan isteri. Cukup tak cukup, belakang kira! Dan kalau guna duit isteri tanpa kebenaran dan redanya, tak berkat lah rezeki yang digali. Itu kan hak isteri.
Haaa… sampai tahap tu sekali. Apa pun suami kena faham konsep sebenar kenapa isteri rela bekerja. Nah, hadam sikit apa yang ditulis saudara Firdaus Shakirin ini ya.
Isteri Bekerja Tapi Duit Gajinya Haknya
Isteri bekerja, isteri berniaga itu duit dia, tetap dia yang punya.
Dengan duit yang dia dapat dari gaji bulanan dia, dengan duit yang dia dapat hasil dari perniagaan dia itu lah dia dapat membantu kita, membeli barang keperluan rumah, membayar yuran anak, upah pengasuh, membantu orang tuanya, membeli apa yang diinginkannya dan sebagainya.
Kalau nak harapkan kita sepenuhnya, mungkin dia tak boleh beli apa yang dia nak. Kalau nak harapkan kita sepenuhnya, mungkin dia tak dapat hulur 1 sen pun kepada orang tuanya.
Isteri Ada Target Sendiri
Makanya, jangan di salah gunakan pendapatan isteri untuk kepentingan diri. Dia ada target dia sendiri, dia bekerja untuk apa, dia berniaga untuk apa. Kalau dia bagi sedikit untuk kita guna, alhamdulillah.
Kalau dia bayar bil-bil rumah, alhamdulillah. Kalau dia beli barang dapur, alhamdulillah.
Tapi itu bukan bermakna tanggungjawab kita dah lepas.
“Abang tak payah bagi apa-apa, saya ada duit sendiri, saya beli apa yang patut untuk keluarga kita.”
Sokong Isteri Dan Fahami Keadaannya
Dia bekerja ada sebabnya, dia berniaga ada sebabnya. DIA ADA TARGET DIA. Berlapang dada untuk terima kenapa dia perlu buat semua tu sebab kalau dia nak harapkan kita sepenuhnya, mungkin kita tak mampu nak tolong dia, tak mampu tunaikan apa yang dia nak dan berikan apa yang dia mintak.
Sokong dia, bagi semangat untuk apa yang dia buat. Faham tentang keadaannya dan selagi dia tak mengabaikan keluarga, selagi dia pandai membahagikan masa, maka terimalah apa yang dibuatnya itu dengan berlapang dada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pukul 5.30 pagi tadi saya turun bawah. Masuk saja dapur terus basuh beras, potong bawang, halia, masukkan santan. Kemudian ambil 5 biji telur masukkan dalam air fryer. Sementara tu juga saya buatkan sambal ikan bilis, sediakan air teh Abah dan ubat- ubatan Abah.
Selesai semuanya saya dengar bunyi grill di atas. Dalam hati,
“ Dah siap mandilah agaknya tu…”
Bukan Fasa Bertempik
Kadang- kadang encik suamiku ni kena check juga. Kita di bawah kot dia terlena lagi. Tak lama tu dia turun.
Selesai solat subuh berjemaah, selesai sarapan nasi lemak tadi dia pun nak gerak ke tempat kerja. Masa bersalam- salaman,
“ Baju dalam bakul Pa dah basuh, dah sidai. Pasni Ma rehat..”
Awwww! Terima kasih!
Suruh Suami
Secara jujurnya bila ditanya pada saya macam mana keadaan di rumah nampak teratur salah satunya adalah teamwork. Bukan penglibatan saya seorang.
Bila masing- masing tahu peranan semua akan jadi mudah. Bila semua bekerjasama emosi kita sebagai wanita pun akan tenang.
Umur dah 40-an ni bukan lagi fasa bertempik nak suruh anak dan suami buat itu ini nak pula anak- anak sudah besar kan. Saya mengambil pendekatan untuk tenang tenang saja.
Pengorbanan melatih anak-anak buat kerja rumah waktu mereka masih kanak- kanak dulu terasa berbaloi. Latih dari awal inshaAllah kemudian hari akan jadi mudah.
Latih Dari Awal
Dan sudah pasti peranan suami sebagai role model pada anak-anak sangat membantu.
Kalau anak- anak malas buat kerja rumah tanya balik pada diri sendiri adakah kita pun rajin seperti yang kita mahukan dari mereka.
Salam Jumaat
Mingguan Wanita : Mak ayah kena jadi role model pada anak-anak barulah mereka tak kekok lakukan kerja rumah. Jadikan kebiasaan barulah anak-anak terbiasa.
Berita baik buat wanita dan isteri yang sering teraniaya akibat tindakan suami yang tidak bertanggungjawab dan gagal memberi nafkah pada anak-anak, kini boleh menarik nafas lega.Ini kerana kerajaan akan mewujudkan Mahkamah Khas bagi membela nasib wanita dan anak-anak selepas berlakunya perceraian.
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei ini mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setakat ini pengoperasian mahkamah tersebut berada di peringkat penilaian terakhir dengan satu kertas Kabinet dijadual dibentangkan bulan depan.
Jelas Mujahid, pihaknya telah mendapatkan maklumat dan pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan dalam melengkapkan kajian terhadap pengoperasian tersebut.
“Kertas Kabinet ini antara lain akan memberi kuasa undang-undang kepada mahkamah khas syariah ini menyita harta suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.
“Kita komited menubuhkan mahkamah ini kerana hampir semua lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Kredit Foto:Mohd Yusni Ariffin
Mempercepatkan Masalah Perkahwinan & Perceraian
Menurut Mujahid, inisiatif penubuhan mahkamah khas itu dirancang bagi mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selain membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali.
Sementara itu, Mujahid berkata, tiga teras utama gagasan pentadbiran Islam di bawah kerajaan baharu iaitu Rahmatan Lil Alamiin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.
MW: Alhamdulillah dengan pengumuman berita terbaru mengenai penubuhan mahkamah khas yang akan beroperasi Mei ini. Semoga penguatkuasaan ini dapat membela nasib anak-anak dan bekas isteri daripada lelaki yang tak peduli dengan tanggungjawab tersebut.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...