Nikmatnya Cincau Milo Tabur, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan

Nikmatnya dapat minum pelbagai minuman sejuk, menghilangkan rasa haus tekak di kala cuaca panas membahang. Leganya rasa dapat minum minuman manis berais.

Dalam suasana PKPB ini, tak sesuai bawa anak-anak terutama yang kecil keluar makan di luar walau pun sudah boleh makan di luar sekarang. Tapi mak ayah tetap kena berwaspada kerana anak kecil adalah golongan berisiko tinggi.

Jadi, kalau tekak teringin nak minum minuman yang best dan lain daripada kebiasaan, buat sendiri je di rumah.

Ayuh cuba Cincau Milo Tabur, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan Masam Manis ini. Terasa macam minum di restoran! Resipi asal: Majalah Rasa.

MILO TABUR CINCAU

Nikmatnya Milo Tabur Cincau, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan

Bahan-Bahan:

4 sudu makan serbuk Milo

3 sudu makan susu pekat manis

½ cawan air panas

½  cawan air sejuk

3 sudu makan cincau

Ais secukupnya

3 sudu makan Milo – untuk tabur

Cara Membuat:

1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.

2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.

IKLAN

3. Setelah itu, masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.

4. Kemudian, tambahkan ais. Akhir sekali, tabur serbuk milo di bahagian atasnya hingga menutupi bahagian atasnya. Sedia diminum.

NIKMATNYA BANDUNG STRAWBERI LAICI…

 

Nikmatnya Cincau Milo Tabur, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan

Bahan-Bahan:

2 sudu makan gula

2 sudu makan sirap

5 sudu makan susu cair

1 biji strawberi – dibelah empat

5 biji laici dalam tin

Air secukupnya

Ais secukupnya

Cara Membuat:

1.Larutkan gula dalam air.

2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.

3.Masukkan pula strawberi dan laici.

4.Tambahkan air dan ais. Kacau sebati. Nikmatnya!

SIRAP LONGAN MASAM MANIS

Bahan-Bahan:

2 sudu makan gula

1 sudu makan sirap

2 gelas air

6 biji longan dalam tin

1 biji lemon

Ais secukupnya

Cara Membuat:

1.Larutkan gula di dalam air.

2.Masukkan sirap. Kacau sebati.

3.Masukkan longan.

  1. Buah lemon dibelah dua. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.

5.Tambah ais. Sedia diminum.

https://www.mingguanwanita.my/5-bahan-ajaib-hasilkan-body-scrub-sendiri-di-rumah-2-minit-siap/