Nikmatnya dapat minum pelbagai minuman sejuk, menghilangkan rasa haus tekak di kala cuaca panas membahang. Leganya rasa dapat minum minuman manis berais.
Dalam suasana PKPB ini, tak sesuai bawa anak-anak terutama yang kecil keluar makan di luar walau pun sudah boleh makan di luar sekarang. Tapi mak ayah tetap kena berwaspada kerana anak kecil adalah golongan berisiko tinggi.
Jadi, kalau tekak teringin nak minum minuman yang best dan lain daripada kebiasaan, buat sendiri je di rumah.
Ayuh cuba Cincau Milo Tabur, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan Masam Manis ini. Terasa macam minum di restoran! Resipi asal: Majalah Rasa.
MILO TABUR CINCAU
Bahan-Bahan:
4 sudu makan serbuk Milo
3 sudu makan susu pekat manis
½ cawan air panas
½ cawan air sejuk
3 sudu makan cincau
Ais secukupnya
3 sudu makan Milo – untuk tabur
Cara Membuat:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
Ads
3. Setelah itu, masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4. Kemudian, tambahkan ais. Akhir sekali, tabur serbuk milo di bahagian atasnya hingga menutupi bahagian atasnya. Sedia diminum.
NIKMATNYA BANDUNG STRAWBERI LAICI…
Bahan-Bahan:
2 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi – dibelah empat
Ads
5 biji laici dalam tin
Air secukupnya
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan pula strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Kacau sebati. Nikmatnya!
SIRAP LONGAN MASAM MANIS
Ads
Bahan-Bahan:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
Buah lemon dibelah dua. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
Jika selalu mak-mak beli je sate, apa kata buat sendiri je di rumah. Rupanya tak susah manapun nak buat sate ni kena tahu bahan-bahan asas untuk perapan daging sate dan pastikan lidi untuk cucuk sate direndam terlebih dahulu untuk elakkannya terbakar nanti.
Boleh ikut resipi buat sate dan tip yang dikongsikan oleh Puan Eiza Ax ini sebagai rujukan.
“Bile anak suka sate mama nye, Mama rajin buat kan. Ni kali kedua buat…sedap sangat. Tq pade yang share resepi.Ramai yang mintak resepi kite kongsi bersama”
Bahan-Bahan (Sate Ayam):
Dada ayam potong dadu
Bahan (kisar)
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup (takde boleh pakai serbuk kunyit)
Halia
Jintan putih (sangai dulu sampai wangi)
Jintan Manis (Disangai)
Ketumbar (Disangai)
Bawang putih
Bawang merah
Cara Membuat:
1. Perap dada ayam dengan bahan kisar.
2. Masukkan gula dan garam.
3. Biarkan perapan minimum 3 jam dalam peti, lagi lama perap lagi sedap.
4. Lepas dah perap boleh la cucuk.
5. Pastikan lidi cucuk tu direndam dalam air 4 jam atau lebih untuk mengelakkan lidi terbakar masa panggang/bakar.
5. Mase panggang boleh buat minyak renjis.
Minyak Renjis:
Ketuk hujung serai
Minyak
Air perapan ayam
Gula 1 sudu (letak gule untuk nampak ayam tu berjus, cepat masak dan kilat.
MW: Sedapnya bakar sate sendiri di rumah. Boleh buat sendiri je nanti untuk anak-anak makan. Tak susah mana pun ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.
Kuih Onde-Onde Bijan atau lebih dikenali Kuih Bom memang ramai yang suka. Rasanya sedap lembut kenyal dan inti manis lemak kacang hijau. Nak buat kuih ni memang mudah, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Namun yang selalu jadi masalah bila waktu nak menggoreng kuih ni. Salah caranya, kuih ni mudah meletop-letop dalam minyak panas di dalam kuali.
Puan Liza Rahmanada kongsikan resipi dan tip untuk membuat kuih onde-onde bijan ini agar tak meletop dalam kuali.
1/2 cawan Tepung gandum
2 cawan Tepung pulut
1 sudu besar Gula
1 sudu kecil Garam
(Air secukupnya…jangan lembik sangat atau keras sangat macam kita buat buah melaka. Kalau terlembik masukkan tepung pulut dan gandum ya)
Bahan Inti:
2 cawan Kacang hijau
(Kacang hijau rebus hingga kembang kemudian tapis buang air)
1 cawan Kelapa parut
2 cawan Gula merah
1/2 cawan Gula putih
(Atau ikut kemanisan masing-masing)
Masak dengan secawan air dan daun pandan.
Cara Membuat:
1. Masak air gula, bila air gula mendidih masukkan kacang yang dah direbus dan kelapa parut.
2. Bila dah agak kering masukkan segengam tepung gandum, masak hingga kering.
3. Bila sejuk boleh bulat-bulatkan supaya senang nak masukkan nanti.
Tips:
Bila dah siap bulat-bulatkan dan salut bijan, masukkan dalam peti ais sekurang kurangnya 1/2 jam.
Masa nak mengoreng, masukkan minyak kemudian masukkan terus onde-onde ke dalam minyak. Jangan tunggu minyak panas, API perlahan aja dalam 5 – 10 minit.Lepas tu baru kuatkan sedikit api dan goreng hingga garing supaya tak meletop dalam kuali.
Roti kering ini mudah saja cara membuatnya. Kalau ada roti putih yang dah nak expired, boleh buat.
Roti antara makanan yang wajib ada di rumah. Bukan apa, kalau tak sempat masak sarapan untuk anak-anak, boleh sapu roti dengan planta/kaya, terus boleh makan. Boleh dikatakan, roti penyelamat dalam suasana terdesak.
Roti juga boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan lain. Misalnya roti sardin, roti goreng, puding roti dan macam-macam lagi. Selain itu, boleh juga cuba buat roti kering ni yang ada juga orang panggil biskut gula. Kita dah boleh elakkan pembaziran. Daripada roti itu dibuang sebab dah dekat tamat tempoh, baik buat roti kering sebelum berkulat.
Peh! Minum pulak dengan the o atau kopi o..Memang ngam habis!
Selalunya roti kering ini didapati di kedai-kedai runcit dan bakeri. Agak-agak senang tak buat sendiri? Sangat mudah sebenarnya nak buat! Tengok kat rumah ada stok roti yang dah hampir tamat tempoh. Ha..apa lagi. Jom kita!
Bahan-bahan:
Roti putih
Mentega
Gula
Cara Membuat:
Potong roti mengikut saiz yang diingini. Setelah itu, sapukan dengan mentega di permukaan roti tersebut dengan rata
Celup/salut roti tadi dengan gula. Pastikan kedua bahagian permukaan tersalut rata. Susun di atas dulang pembakar.
Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 150 darjah selsius. Kena sentiasa perhatikan agar tidak hangus.
Keluarkan dan tadaaa…! Dah siap! Bestnya makan dengan kopi O…Time hujan pulak tu!
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...