Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari, Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!

Share

Nikmati makanan tinggi kalori setiap hari, untungnya wanita ini masih kurus & sihat! Tak semua wanita bernasib baik seperti wanita ini, jarang-jarang berlaku.

Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari

Seorang wanita dari Britain menjadi sensasi internet kerana menikmati pelbagai makanan yang mengandungi sehingga 5,000 kcal kalori sehari namun dalam masa sama, masih mengekalkan saiz badan yang kurus, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sabrina Moore, sering berkongsi di TikTok tentang bagaimana dia membelanjakan hampir £900 (RM5,107) sebulan untuk menikmati pelbagai makanan berkalori tinggi.

Tabiatnya itu bagaimanapun seolah-olah tidak memberi kesan kepada kesihatannya kerana dia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 21 dengan ketinggian 180.3 sentimeter.

Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!

“Saya seorang yang kuat makan. Saya sering cuba untuk makan dalam kuantiti banyak seperti bapa kerana dia ialah idola saya. Keluarga kami merupakan penggemar makanan.

“Saya sering membungkus makanan atau keluar makan setiap hari pada waktu minum petang. Saya juga banyak memakan snek selain menikmati beberapa bar coklat selepas bersarapan,” katanya.

Selain itu, Moore berkata, dia sememangnya seorang yang kurus secara semula jadi.

“Saya memang kurus secara semula jadi dan tidak perlu pergi ke gimnasium,” ujarnya.

Disebabkan tabiat pemakanannya itu, Moore mengumpul lebih 341,000 pengikut di TikTok yang kagum dengan penampilannya. – AGENSI

Artikel Berkaitan:

Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 75 Kilogram, Suami Hadiahkan Isteri Sebentuk Cincin Berlian

Banyak Makan PEDAS Boleh Bantu Bakar Lemak, Badan Pun KURUS. Betul Ke?

Mingguan Wanita : Kurus bukan keutamaan, yang penting sihat. Paling penting dalam pengambilan makanan, jangan berlebihan bimbang kesihatan terjejas jika tidak dikawal dalam masa jangka panjang.

Sumber/ Foto : Kosmo Online

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat