Setelah anak makin membesar dan bosan duduk di rumah, Datin Zuridah  mengambil keputusan untuk membuka Kafe goreng goreng di Ipoh, Perak. Biar pun kafe tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan, tetapi atas sebab-sebab tertentu kafe tersebut perlu ditutup.

Kini kafe goreng goreng ditukar nama kepada The Rebarn Langkawi dan beroperasi di Pulang Langkawi, Kedah. Biar pun tidak menjangka akan memiliki kafe sendiri, hanya atas dasar ingin mencuba dan gemar mencuba resipi baru akhirnya segalanya mula menampakkan hasil.

Mengetengahkan makanan Melayu daripada makanan street food sehinggalah makanan “rumah” yang menyelerakan, anda pasti mempunyai banyak pilihan di The Rebarn Langkawi.

Nikmati Gabungan Citarasa Melayu & Makanan Barat di The Rebarn Langkawi

“Hidangan panas seperti mee goreng mamak dan kotiew goreng antara menu yang harus dicuba. Tidak lengkap rasanya anda tidak merasa betapa nikmatnya menyedut air kopi Vietnam yang dihidang dengan cara tersendiri. Selain itu green tea kami red thai tea juga selalu mendapat permintaan tinggi dari pelanggan,” ujar Datin Zuridah.

Di samping itu, bagi penggemar makanan barat, The Rebarn turut menampilkan menu-menu yang tidak kurang hebatnya seperti spageti aglio oglio, spageti carbonaro dan juga chicken chop.

Ads

Ramuannya yang diadun khas dan memdapat sentuhan citarasa tempatan membuatkan menu ini mempunyai rasa yang cukup berbeza.

Nikmati Gabungan Citarasa Melayu & Makanan Barat di The Rebarn Langkawi
Datin Aida bersama staf-stafnya.

Suasana Santai

Terletak di kawasan tumpuan membuatkan kafe ini menjadi lokasi starategik buat seisi keluarga mengenyangkan perut dan beriadah. Kedudukan restoren yang berada berdekatan dengan kawasan pusat rekreasi dan riadah membuatkan ianya menjadi pilihan buat seisi keluarga.

Di samping itu, dekorasinya yang minimalis dan juga susun atur yang lapang menjadikan kafe ini sesuai dijadikan lokasi bersantai dan melepak bersama teman-teman di hujung minggu. Tambah menarik apabila malam anda ditemani dengan dendangan muzik menerusi “liveband” ketika menikmati hidangan yang menyelerakan.

Ads

Nikmati Gabungan Citarasa Melayu & Makanan Barat di The Rebarn Langkawi

“Saya sengaja memilih kawasan yang luas sebegini agar kafe ini sesuai dijadikan tempat bersantai atau bagi sesiapa yang ingin menganjurkan sesuatu event, kami sedia menerimanya.

“Hiasan dan dekorasi kedai ini kebanyakannya daripada barang kitar semula atau kami “reuse” barang sedia ada untuk dijadikan item dekorasi. Uniknya lampu kamu menggunakan sangkar ayam yang dibeli daripada Thailand. Begitu juga kepingan pintu rumah turut diangkat menjadi salah satu item dekorasi The Rebarn Langkawi,” ungkap Datin Zuridah Zulkarnain, pemilik kafe The Rebarn Langkawi.

Ads

Nikmati Gabungan Citarasa Melayu & Makanan Barat di The Rebarn Langkawi

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI