Menyelusuri kehidupan figura pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas dan usahawan bernama Adam Corrie Lee Abdullah hatinya cukup cekal sebagai seorang saudara baru.
14 tahun bergelar mualaf iaitu pada tahun 2007 anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak pernah mempunyai masalah untuk menjalani ibadah puasa.
Adam Corrie Rasa Bahagia Dapat Puasa Penuh Bulan Ramadan
Akui suami kepada Fazima Fuad atau lebih mesra dengan panggilan Fazi dan bapa kepada Adam Fateh Lee ini, sejak usia 11 tahun dia sudah belajar berpuasa.
“Sebenarnya saya sudah mula berpuasa ketika usia 11 tahun. Jadi selepas peluk Islam semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada yang susah.
“Syukur alhamdulillah, Allah berikan saya kelapangan untuk menyempurnakan ibadah ini dengan lancar. Saya juga rasa sangat bahagia apabila saya dapat berpuasa penuh bulan Ramdan.
“Apatah lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan Fazima pada 21 November 2008 isteri dan keluarga mentua menerima saya dengan hati yang terbuka termasuklah kakak dan abang ipar. Jadi saya belajar sedikit sebanyak ilmu agama dengan arwah bapa mentua dan ibu mentua,” ungkap Adam Corrie yang sentiasa ceria disamping Fazi dan Adam Fateh.
Ringkas & Hargai Masakan Isteri
Ditanya tentang pengalamannya setiap kali Ramadan menjelma, Adam Corrie akui dia bukanlah seorang yang cerewet.
“Saya jenis yang tak kisah dan bila masa sahur dan berbuka saya akan makan apa yang isteri masak.
Ads
“Selepas saya balik fitrah saya setiasa menunggu Ramadan dan alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke-14 saya jalani ibadah ini. Setiap kali apabila berakhirnya bulan penuh keberkatan ini saya akan berdoa semoga Allah pertemukan Ramadan akan datang.
“Paling mencabar dan seronok apabila pulang ke kampung isteri kami sekeluarga tempuhi jalan yang sesak teruk. Sepanjang perjalanan kami akan banyak kali berhenti rehat. Walaupun puasa ketika hendak pulang ke kampung sangat mencabar namun momen ini menyeronokkan,” sambung Adam Corrie.
Adam yang juga merupakan seorang usahawan juga menerangkan setiap kali bulan Ramadan dia dan isteri akan sibuk berniaga.
Cuba Tingkatkan Ilmu Agama – Fazima
Penulis juga sempat bertanya kepada isteri kesayangan Adam Corrie tentang pengalaman pertama kali ketika berpuasa bersama suami.
“Sudah tentu tahun pertama berpuasa bersama paling indah. Kami dapat bersahur, berpuasa puasa dan solat terawih di masjid.
“Memandangkan suami saudara baru saya berusaha membimbing suami dengan cuba tingkatkat ilmu agama saya dan praktikan bersama-sama. Saya buat dulu, tunjukkan kemudian baru minta suami ikut secara perlahan-laham dan faham.
Ads
“Pengalaman berpuasa dan raya yang sukar dilupakaan pada tahun 2018, kami terpaksa beraya di Kuala Lumpur tanpa beraya bersama keluarga atas arahan doktor. Ketika itu saya sedang sarat mengandung dan ada tekanan darah tinggi. Risiko tinggi kalau berada dalam perjalanan yang jauh dan lama untuk diri saya dan kandungan,” jelas Fazi yang turut akan memasak menu kegemaran Adam Corrie Ketam Masak Lemak Cili Padi ketika berbuka puasa.
Keluarga Terima Dengan Hati Terbuka
Menyentuh tentang keluarga kandung, Adam Corrie menerangkan mereka menerima dengan hati yang terbuka pengislaman dirinya.
“Keluarga saya menerima saya dengan hati yang terbuka. Dan kami masih lagi eratkan silaturahim. Saya dengan adik beradik masih berhubung dan perhubungan berjalan seperti biasa alhamdulillah,” terang Adam Corrie lagi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 berkongsi berita sedih, kehilangan ibu tersayang, Noraini atau lebih dikenali Cik Ani pada pukul 6.20 pagi tadi. Allahyarhamah berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun selepas 10 hari di masukkan ke hospital akibat kanser payudara dan beberapa komplikasi penyakit lain, serta berdepan dengan peyakit lain seperti alzheimer dan dimentia.
Meninggal Dengan Tenang Dalam Tidur
Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memaklumkan ibunya telah meninggal dunia ketika tidur dalam keadaaan tenang di Hospital Gleneagle pagi tadi.
“Dengan penuh rasa sedih, ibu saya telah meninggal dunia dengan tenang pada 6.20am ketika tidur di Hospital Gleneagle pagi ini”
Semoga rohnya bersemadi dengan tenang, diampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti,” ujarnya.
Dimaklumkan juga, jenazah Cik Ani akan dibawa di Masjid Putrajaya dan akan kebumikan di tanah perkuburan Cyber 10.
Ramai selebriti dan para peminat mengucapkan salam takziah buat Chef Wan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang, serta turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Chef Wan juga mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah buat ibunya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Chef Wan sekeluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ibu tersayang. Semoga roh CIk Ani di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
‘10 tahun lalu terpaksa tolak.’ Kini teruja bakal tunai haji bersama suami dan madu pada tahun ini. Sudah tentu kegembiraannya berganda apabila dapat ke Tanah Suci bersama insan tersayang.
Tidak tergambar kegembiraan pada wajah seorang suri rumah dari Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka, apabila dipilih menunaikan ibadah haji selepas tertangguh sejak dua tahun lalu.
10 Tahun Lalu Terpaksa Tolak
Norlizahayati Mohd Yatem, 57, bukan sahaja akan merakamkan kenangan perjalanan sebagai tetamu ALLAH SWT bersama suaminya, Abdul Rahim Mohamed, 61, malah madunya berusia 41 tahun akan turut serta berangkat dalam penerbangan yang dijadualkan pada 27 Jun depan.
Menurut Norlizahayati, pada tahun 2012, dia pernah mendapat tawaran untuk menunaikan haji, namun terpaksa melupakan hasrat ketika itu kerana kewangan belum mencukupi selain anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Norlizahayati, selepas itu dia berazam membuat simpanan setiap bulan dan akhirnya pada awal Januari lalu dia menyertai kursus haji secara maya, seterusnya mereka bertiga mendapat tawaran untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada bulan lalu.
“Tak sangka setelah terpaksa menolak tawaran kira-kira 10 tahun lalu akhirnya ALLAH SWT izinkan saya pergi bersama suami dan madu yang menetap di Kuala Lumpur.
“Sebelum ini suami dah maklumkan mahu membawa kedua-dua isteri menunaikan haji, lagipun hubungan kami baik dan Alhamdulillah, ALLAH mendengar doanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Bersama Suami, Madu
Norlizahayati yang menempuh hidup bermadu sebagai isteri pertama sejak 2005 berkata, ini merupakan haji pertama mereka dan sehingga sekarang persiapan masih dilakukan secara berperingkat memandangkan suaminya yang merupakan pesara tentera, kini menerima rawatan di hospital akibat Covid-19.
Menurutnya, walaupun diuji dengan keadaan kesihatan suami, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat malah melihat suami yang semakin sembuh memberi keyakinan untuk mereka bertiga menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
“Lagipun Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan kami hujung bulan Jun, jadi masih ada masa untuk membuat persiapan,” ujarnya.
Mingguan Wanita : Semoga urusan Norlizahayati bersama suami dan madunya dipermudahkan Allah SWT serta dikurniakan haji yang mabrur. Insyallah.
Tular di media sosial gambar serpihan pesawat Lion Air, ini satu ujian besar buat keluarga mangsa.
Kalau empat tahun lepas Malaysia pernah kehilangan pesawat MH370, yang sedihnya belum terubat. Namun kali ini Indonesia, kehilangan JT610 pesawat Lion Air yang terhempas di tengah laut di Tanjung Karawang, Indonesia.
Lebih mencuit emosi, dalam pesawat ini ada 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.
Pesawat Lion Air Terhempas Selepas 13 Minit
Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Kisahnya, Pesawat Lion Air JT 610 itu baru sahaja berlepas dalam 13 minit yang meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan tiba-tiba terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Sebenarnya ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
Tetapi melalui jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, pesawat dari jenis Boeing 737 MAX 8 disahkan telah terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat. Cukup perit untuk ‘telan’ berita ini, namun kita hanya mampu berdoa moga segala urusan pencarian dipermudahkan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...