Nikah Sempadan Bukan Murah, Ejen Dedah Kos Cecah RM10,000 Bagi Golongan VIP

Share

Nikah sempadan bukan murah, ejen dedah kos cecah RM10,000 bagi golongan VIP. Isu pengarah Syamsul Yusof yang mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di sempadan dua hari lalu menarik  minat ramai hinggakan jelas kelihatan rakyat Malaysia dilihat memberikan sokongan moral kepada Puteri Sarah Liyana.

Ditambah sokongan dari kedua ibu bapa Syamsul yang dilihat sama memberikan kata-kata semangat buat menantunya itu, jelas isu perkahwinan  pengarah tersohor itu yang memilih Ira Kazar sebagai suri hatinya dilihat hanya menerima kecaman dari orang ramai.

Di sebalik isu kahwin di sempadan seperti diakui oleh Syamsul, nikah di sempadan tidaklah semurah disangka oleh orang ramai. Kosnya mengikut pakej, murah dan mahal dan bermula dari RM2000 ke RM10,000 bagi golongan VIP.

Memetik Sinar Harian, seorang ejen mendedahkan permintaan menikah di sempadan meningkat dua kali ganda sejak pintu sempadan dibuka, menunjukkan lelaki memilih “jalan mudah” berpoligami.

Permintaan pasangan Malaysia untuk mengadakan pernikahan di Thailand tahun lalu meningkat dua kali ganda.

Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seorang ejen nikah sempadan mahu dikenali Kamal, 50, berkata, jika sebelum ini mereka menerima 15 hingga 20 pasangan sebulan yang mahu menggunakan perkhidmatan, namun jumlah itu melonjak kepada 30 ke 40 pasangan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– ‘Terlibat Nikah Sindiket Tahun 1994’. 28 Tahun Kahwin, Baru Sedar Sijil Nikah Palsu

Nak Nikah Depan Kaabah Pun Tetap Kena Ada Kebenaran Mahkamah

Kesan Nikah Siam Dan Nikah Sindiket, Masalah Menanti Di Kemudian Hari

Majlis Kahwin 3 Hari 2 Malam, Bertukar-tukar 24 Baju Kalah Anak Raja

Wanita! Jangan Terpedaya Pujukan Kahwin Lari, Buruknya Terpalit Ke Diri Sendiri

“Disebabkan dua tahun sempadan tidak dibuka, jadi banyak urusan pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan di selatan Thailand tertangguh.

“Ini antara faktor peningkatan berlaku secara mendadak. Begitupun kita terpaksa mengehadkan pasangan untuk dibawa bagi memudahkan proses urusan agar berjalan lancar,” katanya.

Wanita biasanya akan mendapat banyak masalah bila pendaftaran nikah tak diuruskan segera di Malaysia selepas bernikah. Ramai lelaki berjanji tapi takut untuk beritahu isteri pertama

Kamal yang telah berpengalaman lebih 12 tahun dalam perkhidmatan itu memberitahu, di Songkhla sahaja, tidak kurang 20 pasangan dari Malaysia bernikah setiap hari dan jumlah itu akan bertambah apabila tibanya musim cuti sekolah.

“Setakat ini, Songkhla, Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Bangkok antara lokasi yang diiktiraf dan diterima oleh kedua-dua negara bagi urusan pernikahan sempadan.

“Paling kerap adalah di Songkhla kerana kedudukannya dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernikahan,” katanya.

Beliau mengakui kebanyakan pasangan negara ini sanggup mengambil risiko bernikah di sempadan kerana proses pendaftarannya lebih mudah terutama bagi urusan berpoligami.

Katanya, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan mengikut pakej yang ditawarkan antara RM2,000 ke RM5,000 untuk kumpulan biasa serta serendah RM10,000 bagi golongan kenamaan asalkan segala urusan lancar.

“Bayaran ini termasuklah bagi urusan keluar masuk sempadan, urusan nikah, bayaran imam dan jurunikah bertauliah serta segala dokumen berkaitan nikah,” katanya.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros