Nikah sempadan bukan murah, ejen dedah kos cecah RM10,000 bagi golongan VIP. Isu pengarah Syamsul Yusof yang mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di sempadan dua hari lalu menarik minat ramai hinggakan jelas kelihatan rakyat Malaysia dilihat memberikan sokongan moral kepada Puteri Sarah Liyana.
Ditambah sokongan dari kedua ibu bapa Syamsul yang dilihat sama memberikan kata-kata semangat buat menantunya itu, jelas isu perkahwinan pengarah tersohor itu yang memilih Ira Kazar sebagai suri hatinya dilihat hanya menerima kecaman dari orang ramai.
Di sebalik isu kahwin di sempadan seperti diakui oleh Syamsul, nikah di sempadan tidaklah semurah disangka oleh orang ramai. Kosnya mengikut pakej, murah dan mahal dan bermula dari RM2000 ke RM10,000 bagi golongan VIP.
Memetik Sinar Harian, seorang ejen mendedahkan permintaan menikah di sempadan meningkat dua kali ganda sejak pintu sempadan dibuka, menunjukkan lelaki memilih “jalan mudah” berpoligami.
Permintaan pasangan Malaysia untuk mengadakan pernikahan di Thailand tahun lalu meningkat dua kali ganda.
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang ejen nikah sempadan mahu dikenali Kamal, 50, berkata, jika sebelum ini mereka menerima 15 hingga 20 pasangan sebulan yang mahu menggunakan perkhidmatan, namun jumlah itu melonjak kepada 30 ke 40 pasangan.
“Disebabkan dua tahun sempadan tidak dibuka, jadi banyak urusan pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan di selatan Thailand tertangguh.
Ads
“Ini antara faktor peningkatan berlaku secara mendadak. Begitupun kita terpaksa mengehadkan pasangan untuk dibawa bagi memudahkan proses urusan agar berjalan lancar,” katanya.
Kamal yang telah berpengalaman lebih 12 tahun dalam perkhidmatan itu memberitahu, di Songkhla sahaja, tidak kurang 20 pasangan dari Malaysia bernikah setiap hari dan jumlah itu akan bertambah apabila tibanya musim cuti sekolah.
“Setakat ini, Songkhla, Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Bangkok antara lokasi yang diiktiraf dan diterima oleh kedua-dua negara bagi urusan pernikahan sempadan.
“Paling kerap adalah di Songkhla kerana kedudukannya dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernikahan,” katanya.
Ads
Beliau mengakui kebanyakan pasangan negara ini sanggup mengambil risiko bernikah di sempadan kerana proses pendaftarannya lebih mudah terutama bagi urusan berpoligami.
Katanya, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan mengikut pakej yang ditawarkan antara RM2,000 ke RM5,000 untuk kumpulan biasa serta serendah RM10,000 bagi golongan kenamaan asalkan segala urusan lancar.
“Bayaran ini termasuklah bagi urusan keluar masuk sempadan, urusan nikah, bayaran imam dan jurunikah bertauliah serta segala dokumen berkaitan nikah,” katanya.
Selepas mengalami sesak akibat penyakit asma, pelakon veteran Wan Maimunah, 65 diwadkan di Hospital Alor Gajah, Melaka. Beliau juga dimaklumkan terkena jangkitan kuman pada paru-paru.
Tak lama selepas berita itu, ada netizen tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya seniwati kesayangan ramai ini telah meninggal dunia. Berita itu sama sekali tidak benar, malah beliau ketika ini masih lagi menerima rawatan untuk penyakitnya itu di hospital yang sama.
Keadaan terkini, Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah Abdul Aziz ini dikongsikan oleh pelakon Erra Fazira dan Jasmin Hamid. Kedua-duanya menjelaskan seniwati ini masih lagi dalam keadaan tidak sihat.
“Beliau masih berada di Wad Kenanga 2B, Hospital Alor Gajah, Melaka kerana penyakit asma dan kemungkinan jangkitan paru-paru,” tulis Jasmin Hamid di instagramnya.
Mohon Bantu Wan Maimunah
“Memandangkan RAMAI YANG BERTANYA pada saya, bagaimana caranya jika ingin memberi sumbangan buat beliau. DENGAN KEIZINAN BELIAU, saya paparkan nombor akaun pada YANG INGIN hulurkan sumbangan buat beliau.”
“Bila kita ringankan beban orang lain, ALLAH juga akan ringankan beban kita. Marilah sama-sama berdoa buat beliau supaya ALLAH sembuhkan penyakit beliau dan panjangkan usia beliau.”
Tambah kedua artis ini lagi, “Dengan SEDEKAH akan dapat panjangkan umur kita. Amin.”
Dua Tahun Lalu Pernah Diwadkan
Sekitar November dua tahun lalu, Wan Maimunah pernah diwadkan di Hospital Jasin, Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan mengalami jantung bengkak.
Seniwati ini antara pelakon yang cukup dikenali dengan penghayatan yang penuh. Setiap watak terutama watak ibu akan dilakonkan dengan kesungguhan.
Salah satu lakonan mantapnya dalam drama Rumah Di Tengah Sawah membolehkan beliau menerima pengiktirafan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin tahun 2002.
Begitu juga dari tahun 1992 hingga 1996, beliau memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Kehidupan rumah tangganya tidak begitu indah. Beliau terpaksa menerima hakikat perpisahan dengan usahawan dari Johor, Makpol Saimon, 57 selepas menempuh alam perkahwinan dekat 2 tahun.
Anda yang mahu menghulurkan sumbangan kewangan untuk memudahkan dan meringankan beban seniwati ini menjalani kehidupannya boleh salurkan terus ke nombor akaun yang tertera di bawah.
Semoga Jumaat penuh barakah ini akan memberi kebaikan untuk kita yang memanjangkan sedekah pada insan yang memerlukan.
Nombor Akaun Wan Maimunah
LEMBAGA TABUNG HAJI : 060801000048704 (WAN MAIMUNAH BINTI ABDUL AZIZ)
TERKINI : Alhamdulillah dah semakin sembuh. Seniwati Wan Maimunah Abdul Aziz berharap diberi tawaran pekerjaan kerana dia masih mampu berkerja.
Macam-macam cara sebenarnya boleh dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri tanpa perlu merisikokan diri. Namun ada yang memilih jalan singkat membesarkan bahagian tubuh tertentu dengan melakukan pelbagai prosedur kecantikan untuk tampak ‘cantik’ dan tingkatkan keyakinan diri.
Suntikan Kali Ke-27
Demi untuk meningkatkan keyakinan diri, seorang wanita dari Bulgaria yang dipercayai memiliki ‘bibir terbesar di dunia’ mahu membesarkan lagi bibirnya dengan menjalani prosedur suntikan kali ke-27 pada Hari Krismas nanti, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Andrea Ivanova, 24, menjadi tajuk utama berita selepas menunjukkan foto bibirnya yang sangat besar.
Wanita yang membelanjakan sebanyak £5,000 (RM27,993) untuk bibirnya sahaja berkata, dia tidak merancang untuk berhenti melakukan prosedur tersebut dalam masa terdekat. Ivanova juga turut merancang untuk memanjangkan wajahnya dan mengubah bentuk dagu serta rahangnya.
Tingkat Keyakinan Diri
Menurut wanita itu, bibirnya yang besar bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah ia juga membantunya mendapatkan 8,000 pengikut di laman sosial Instagram dengan ramai lelaki menawarkan wang kepadanya.
Biarpun kerap melakukan suntikan bibir, Ivanova tidak bimbang bibirnya i ‘pecah’ satu hari nanti.
“Saya amat menyukainya dan rasa lebih baik dengan bibir ini,” katanya.
Ivanova kali pertama menyuntik bibirnya dengan asid hyaluronik pada 2018 dan akan menambahnya setiap bulan kerana amat menyukai bibir tebal dan mungil.
Mingguan Wanita: Macam-macam cara untuk meningkatkan keyakinan diri. Janganlah sampai membahayakan diri pula bila buat suntikan terlalu banyak untuk besarkan bibir. Aduh, risaunya bibir besar macam ni. Cantik ke?
Tercuit pula emosi bila baca luahan Datin Shahida tentang Qayyum, anak angkat yang selama ini dijaga dan disusukan mahu diambil semula oleh ibu kandungnya.
Namun apa yang ditulis jelas menggambarkan Datin sedikit kecewa dengan apa yang berlaku tetapi dia sedikit pun tidak menyalahkan ibu kandung Qayyum. Baginya, itu hak seorang ibu dan jika dia berada dalam ‘kasut’ ibu kandung Qayyum pun, mungkin dia akan mengambil tindakan yang sama.
Luahan Datin Shahida Tentang Qayyum
Saya tak sedih pun saya pura-pura sedih aja!!!
Nak tahu kenapa saya tak bagi kutuk-kutuk mak qayyum lebih-lebih??
Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yang sama. Zaman laman sosial ni, macam-macam benda boleh jadi.
Netizen yang start compare Qayyum Ameena dan Yusoff, dari start saya mengandung dah macam-macam komen keluar, dah mengandung nanti pilih kasih, lepas tu dah beranak komen pula kenapa Yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak Qayyum dan Ameena bagi beranak kat hospital lain.
Dah lahir compare pula majlis cukur jambul, lepas tu compare pula apa yang hadiah yusoff dapat dengan yang Ameena Qayyum dapat, compare strollers, baju, kasut, bercuti, hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari-jari tu selagi tu la macam-macam menulis. Korang ingat mak dia tak baca ke? Pastu komen pula kata Qayyum lembab la, tak sihat la, terencat la… Ameena tak, itu lah inilah… dan inilah apa yang berlaku sekarang. Belum lagi isu tunjal kepala la, apa lagi nak jadikan isu lepas ni. Kadang-kadang doktor yang suntik pun korang bawangkan sebab kononnya beza-bezakan anak Yusoff doktor lain ni doktor lain. Dah dia beranak hospital tu., situ lah dia pergi.
Jangan pandai-pandai nak salahkan mak dia lebih-lebih sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk. So tak perlu nak sedih-sedih sangat sebab puncanya dari kita semua.
Tak Marah Cuma…
Saya tidak marah dan berdendam, cuma supaya benda-benda ni tidak berlaku pada masa lain. Yang dah jadi tak boleh putar balik pun. Cuma doakan yang terbaik je dah memadai. Saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum. Nak gaduh dengan netizen pun tak guna nanti balik-balik mereka juga yang betul dan baik. Jangan bimbang, netizen sentiasa betul, yang salahnya saya. Keluarga saya tak cukup baik.]
Apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun, pura-pura sedih aja.
Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik. Mak dia pasti jaga dia lebih baik, saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni. Saya boleh jer tak nak bagi tapi macam mana pun itu tetap mak dia. Jadi tak nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak nya.
Ada Rezeki Jumpa Lagi
Bye-bye, waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia. Sorry sayang mama tak dapat hantar!!
Mama doakan Yom jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa yom. Mama halalkan air susu mama untuk yom. Mama minta maaf kekurangan mama jaga Yom dan mungkin tak sebaik ibu Yom jaga!!!
Ada rezeki kita jumpa ya sayang!! Tak jumpa di dunia kita jumpa di syurga (kalau mama masuk syurga la!)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...