Nikah sembunyi di Thailand, kesilapan ayah akhirnya anak perempuan terkahwin abang sendiri.
Kesilapan seorang ayah nyata membawa kesan berpanjangan dalam hidup seorang anak apabila terkahwin abang sendiri. Ia dikongsikan oleh seorang peguam, Fahmi Ramli yang mahu ramai sedar, risiko nikah di Thailand.
Baca perkongsiannya. Dulu ada seorang wanita pernah bertanya pada saya, isunya agak complicated. Katanya, nak jumpa depan-depan, jadi saya pun ajak la private meeting di Starbuck Cafe sekitar Pulau Pinang.
Semasa bertemu dengan wanita tersebut, dia meminta untuk berada di satu sudut yang tersembunyi sikit. Saya agak, mesti cerita yang nak dikongsikan ini mesti banyak punyalah air mata.
Dah agak. Berambu air mata wanita ini. Baru saja mula 7 minit, wanita ini sudah menangis tersedu-sedu. Saya mintak dia habiskan dahulu tangisan itu.
Nikah Sembunyi Di Thailand
Wanita ini dengan tenang menceritakan kemudian, dahulu bercinta dengan lelaki yang dikenali di universiti. 3 tahun bercinta, jadi sudah plan untuk berkahwin selepas grad.
Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun.
Selepas grad, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya. Pernikahan berjalan dengan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Selepas 2 tahun pernikahan itu, sewaktu wanita ini bersembang kosong dengan ibu mertuanya, terungkitlah kisah yang dia dulu ada berkahwin dengan ayah kepada suaminya tersebut di Sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa. Hinggalah selepas anak mereka dilahirkan iaitu suami wanita ini sekarang, suaminya menceraikannya.
Dan kemudian, tidak pernah ambil peduli tentang mereka berdua, dan ibu mertuanya ini pun tak pernah terfikir untuk membuat pengesahan nikah.
Keinginan wanita ini untuk melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana.
Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut.
Terkedu lidah. Bahkan nombor kad pengenalan juga passport sama. Dia tekad untuk soal, bagaimana ciri-ciri ayah mertuanya itu?
Orangnya tinggi, kulit hitam manis, rambutnya lurus. Dulu, dia ajak ibu mertuanya nikah di Siam kerana tidak dapat restu. Bahkan, katanya dia tidak ada sesiapa, duda katanya.
Apabila ditunjukkan gambar almarhum ayah mertua yang terselit dicelah fail sijil nikah tersebut, terkejut beruk wanita itu.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah… menjerit dia dan berlari dia keluar rumah dan terus pandu keretanya pulang ke rumah keluarganya.
Kesilapan Ayah Akhirnya Anak Perempuan Terkahwin Abang Sendiri
Menangis sepanjang perjalanan. Tiba di rumah ibunya, terus dia ceritakan segalanya.
Suami wanita ini tiba lebih kurang satu jam selepas balik daripada tempat kerja secara kecemasan. Bimbang apa-apa berlaku kepada isterinya.
Selepas diceritakan segalanya, biru pucat suaminya tersebut. Menangis air mata mengalir tak henti.
Inilah tujuan dia berjumpa saya, untuk ceritakan kisah ini.
Apa kesan kepada pernikahan mereka?
Pertamanya si ibu mertua itu perlu membuat pengesahan nikah yang sepatutnya dibuat lama dahulu. Jika sememangnya sah nikah mereka, besar kemungkinan suami kepada wanita ini sememangnya anak sah taraf kepada ibu mertua dan bapa mertua atau bapanya sendiri.
Hubungan mereka boleh dianggap sebagai saudara sebapa, tapi berlainan ibu. Haram bernikah dengan saudara sebapa kerana dia juga adalah darah daging dari keturunan yang sama.
Pernikahan mereka ini perlu di FARAQ kan. Maksudnya, perlu memfailkan segera permohonan Faraq nikah di Mahkamah Rendah Syariah atas sebab pernikahan tak sah tersebut.
Apa status anak mereka?
Anak kepada hasil perkahwinan wanita ini, boleh dianggap sebagai anak persetubuhan syubhah. Disebabkan ibu dan bapa tersebut tidak mengetahui yang mereka adalah saudara, maka anak tersebut perlu dibuat Permohonan Pengesahan Nasab selepas perkahwinan mereka difaraqkan.
Anak tersebut boleh terima nafkah daripada bapanya, boleh mewarisi dan boleh diwalikan oleh bapanya.
Kesimpulan,
Janganlah senyap dan sembunyi. Kalau dah bernikah secara senyap, inilah kesan yang paling besar. Kasihan kepada anak cucu yang tidak bersalah.
Sebab itu, kita perlu menentang sekeras-kerasnya lelaki yang nak poligami secara senyap-senyap di Thailand. Ini punca kepada banyak masalah rumahtangga.
Wanita pula, beringat! Jangan mudah sangat termakan pujuk rayu jantan sebegini.
Apa kata anda? Kasihan kan?
Jika anda suka perkongsian saya dan ingin membaca penulisan-penulisan saya yang lain, jemput ke https://t.me/fahmiramliofficial
Saya selalu menulis dan berkongsi dengan isu rumahtangga, hak-hak wanita dalam Islam dan Undang-undang.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja anak perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella terus berlangsung.
Ramai yang terkesan dengan kes anak kecil ini. Selebriti juga tak kurang terkesan dengan kisah malang yang menimpa Bella.
Azza Elite antara artis yang turut sama terkesan. Malah, mendoakan agar Bella diberikan pembelaan dengan seadilnya.
Pelakon ini juga memohon agar orang ramai mendoakan dan memberikan sedekah Al-Fatihah kepada Bella, agar urusan anak kecil ini dipermudahkan. Semoga doa ini dapat bantu Bella yang diuji.
Mohon Sedekahkah Al Fatihah Untuk Bantu Bella
Kongsinya,
Ingat ya Allah tak tidur .kawan kawan kita tolong Bella doa untuk dia kita sedekah alfatihah ! Powerful tau ayat quran ni . Segala benda kt dunia ni akan kalah dgn Allah . Ingat tu . Kita Ada Allah !! Kita Ada Allah ! Takbir Allahu Akbar
#justiceforbella
Baru je balik dari Sg (Singapura).. hati kita pecah mengenang kan apa yang jadi pada Bella. Runtun hati kita.
Bella anak syurga.. Sabar tau.. Percayalah Allah akan antar ramai tentera NYA untuk Bantu Bella..
Mari kita baca al fatihah untuk Allah permudahkan urusan adik Bella. Ayat al-quran ini senjata tau. Tolong Bella dengan baca Al fatihah agar Allah Mudahkan.
Terbaru, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan empat peguam lantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda.
Keputusan hakim dibuat selepas peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa beliau dan tiga lagi peguam telah dilantik untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.
Kehadiran keempat-empat peguam ini juga dengan persetujuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun selepas baliau menghadap Tunku Mahkota Johor semalam.
Mak ayah yang ada anak ekzema kena tahu rupanya bukan boleh sembarangan beri ubat batuk dekat anak-anak ekzema. Ia boleh sebabkan ekzema flare semula.
Maklum Dato’ Dr Suriyakhatun Osman ketika merawat pesakitnya yang alami ekzema dan berusia dua tahun yang hampir sembuh. Tetapi semasa datang semula ke kliniknya, ekzema anak itu kembali tercetus.
Apa Penyebab Ekzema Flare Semula, Ada Salah Makan?
“Saya tanya ibu apa berlaku sebelum flare bermula.”
“Ada salah makan? Ada sakit?”
Ibu menjawab anak dia dapat batuk dan dia mulakan ubat batuk yang di beri oleh doktor.
Belum Ada Bukti Ubat Batuk Boleh Legakan Batuk
Sambung beliau lagi, “Ubat batuk nya mengandung gula, paraben, pewarna selain dari drugs antihistamine dan antitussive.”
“Kimia- kimia tersebut boleh menjadi trigger kepada genes yang sudah tidak aktif selepas rawatan.”
“Ni yang saya share adalah artikel dari surat khabar India dimana doktor pakar mengatakan tidak ada bukti ubat batuk boleh melegakan batuk dan ubat batuk banyak kesan sampingan.”
Jika Anak Setahun Ke Atas Batuk..
Ubat batuk buat sendiri lah. Madu kelulut campur air suam dan perah limau nipis. Sesuai untuk umur setahun ke atas.
PS. Batuk lelah, pneumonia dan bronchitis perlukan rawatan doktor. Jangan rawat sendiri.
Rujukan Artikel : Klik Sini Untuk Info Madu Dan Ubat Batuk
Hidayah itu milik Allah dan Dia beri kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Siapa sangka dalam bulan yang penuh keberkatan ini, malahan dalam 10 hari terakhir Ramadan, seorang pemuda dari Sabah telah memeluk agama Islam. Beruntung, bila dia mengucapkan kalimah itu di hadapan Datuk Seri Dr Zulkifli itu sendiri.
Inilah antara perkongsian daripada Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri.
Beruntungnya seorang insan bernama Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi saksi seorang lagi insan terpilih melafazkan dua kalimah syahadah.
Berumur 27 tahun dan berasal dari Penampang, Sabah, beliau melafazkan syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Putrajaya sebentar tadi.
Turut sama hadir, wakil dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan JAWI. Bapa saudara Afiq Iman berjumpa dengan SUSK YB Menteri Dr. Khairuddin, Ust Radhi dan berpeluang berjumpa Dr. Zulkifli dan mengucap dua kalimah syahadah.
Dr. Zulkifli turut berpesan kepada Afiq Iman dan menerangkan kepadanya tentang Islam dan keindahannya serta dijelaskan bahawa Islam tidak sama sekali menghina agama lain.
MW: Moga Afiq Iman dipermudahkan dan menjadi seorang muslim yang sejati.
Sumber: Ust Dr. Khairuddin at-Takiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Duit tak pernah cukup pun! Nak belanja pun tersekat-sekat. Nak makan pun berkira sebab gaji kecil. Di sebalik merungut, kita masih mampu beli air viral...