Niat kita dah betul, nak tolong orang yang dalam kesusahan. Tapi, tak sangka, jadi mangsa penipuan pulak! Dunia sekarang macam-macam cara orang guna untuk menipu. Jadi, sila simpan sikit rasa curiga walau pun hati dah membuak-buak rasa simpati!
Awaslah dengan orang yang memang hendak hidup mudah. Orang begini sanggup melakukan apa sahaja asal dia mendapat duit cara mudah. Modalnya cerita, cerita.
Jika anda belum pernah didatangi seseorang yang mengadu bermacam-macam hal tentang kesusahan hidupnya, terutama daripada orang yang anda tidak kenal, usah mudah percaya!
Baca artikel ini juga:
Jika Mahu Jadi Lelaki Sejati, Bercakap Benarlah Dengan Isteri, Jangan Tipu
Anak Perlu Dididik Sebaik Mungkin, Sekurangnya Mampu Doakan Kita Di Akhirat Kelak!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Kegawatan ekonomi hari ini membuatkan orang sanggup berbuat apa saja asalkan mendapat duit dengan mudah. Bersimpati itu bagus tetapi biarlah berbaloi dengan pertolongan yang diberikan, usah dikelentong hidup-hidup.
Jika pakar motivasi pun hendak dikelentong, apatah lagi masyarakat biasa yang selalunya naif. Memang macam-macam cerita, hujungnya duit – sama ada hendak meminjam atau meminta begitu sahaja.
Ada satu kes, seorang wanita mengaku peguam menelefon saya dan bercerita panjang lebar, hingga lebih sejam. Dia bercerita tentang kerjaya guamannya yang terhenti sebab dibuang kerja. Puas mencari kerja lain kesemuanya gagal, hingga dia mengambil keputusan untuk pergi ke Australia, untuk bekerja sebagai pemetik buah. Masalahnya, tiada duit untuk ke sana sambil bayar itu ini, dia memerlukan tujuh ribu ringgit.
“Boleh tak Dr. bantu saya?” Tanyanya setelah bercerita secara terperinci tentang pekerjaannya dan juga latar belakang keluarganya.
“Bantu macam mana tu?” Tanya saya.
“Dr. bantulah saya tujuh ribu. Saya berjanji akan membayar balik apabila semuanya settle nanti.”
Saya diam. Sememangnya sebelum ini pun cerita-cerita begini teramat banyak terpaksa saya depani. Ada juga yang saya terlepas memberi bantuan dan mereka memang tidak datang kembali. Bukan orang Melayu sahaja, bangsa-bangsa lain pun ada. Pada andaian saya mungkin mereka masih terbelit oleh masalah, tetapi kalau benar begitu, mengapa tidak datang balik, bukankah saya juga boleh memberikan nasihat?
Yang jelas, nombor yang diberikan apabila dihubungi sudah tidak bernyawa. Nyata mereka kaki putar belit yang kerjanya memang memperdaya orang dengan cerita-cerita sedih untuk meraih simpati. Bayangkan kalau dalam sebulan mereka menghubungi 30 orang, takkan seorang pun tidak terpedaya oleh cerita-cerita sedih berkenaan. Kalau kebetulan yang dihubungi memang berduit serta mudah simpati pula, sudah tentu mereka memperoleh duit dengan senang.
“Boleh tak tolong saya Dr.? Kalau Dr. tak percaya dengan semua yang saya ceritakan tadi, Dr. boleh jumpa saya. Saya boleh tunjuk semua dokumen untuk Dr. nilai. Saya juga boleh bawa Dr. jumpa bapa saya untuk mengesahkan status saya ini.”
Apabila terlalu desperate begitu, saya semakin cenderung untuk mengatakan ini adalah scammer. Mustahil seorang peguam menghadapi masalah hidup yang terlalu kritikal seperti itu. Mustahil juga dia tiada kenalan lain hingga terpaksa mencari orang lain yang tiada kena mengena. Dia boleh sahaja mencuba orang yang mengaku jutawan kalaupun tidak ADUN mahupun menteri.
Kesimpulannya, kita kena jangan mudah lembut hati bila mendengar kisah mereka yang bermodalkan simpati. Niat kita memang nak bantu, tapi jangan sampai diri tertipu!
Sumber: HM Tuah Iskandar