Ramai mengetahui terbaru selebriti dan usahawan berjaya Neelofa,31 mempunyai rancangan bual bicara santai sendiri yang dinamakan ‘Next To Neelofa’. Rancangan ini semakin hari makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, dengan memaparkan tetamu jemputan berlainan profil pada setiap minggu.

Dalam episod terbaru ‘Next to Neelofa’ yang disiarkan baru-baru ini menjemput Datuk Prof Dr Muhaya,62 sebagai tetamu jemputan. Pengaruh Doktor Pakar Bedah Mata ini dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran mampu mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi diberikan.

Perkongsian beliau yang penuh ilmu dan inspirasi, membuatkan ramai yang terkesan hingga berjaya menyentuh emosi para penonton. Salah seorang penonton yang berkesempatan menonton Next To Neelofa ini ada kongsikan antara ilmu yang dikongsi oleh Datuk Prof Dr Muhaya sendiri dalam rancangan ini.

Next To Neelofa, Perkongsian ILMU Prof Muhaya Menusuk Ke Dada, SEBAK!

Berikut catatan tersebut;

Assalammualaikum semua pembaca. Aku baru ja habis tengok talk show Next to Neelofa tadi. Minggu ni Neelofa berbual dengan professor Dr Muhaya.

Masha Allah first time aku menangis ye tengok rancangan ini, sebab sebelum-sebelum ini takdelah sebak sangat tapi tak tahu lah kenapa ayat-ayat Dr Muhaya ni betul-betul menusuk di dada. Mungkin sangat relatable dengan hidup sendiri kut.

Aku rasa nak kongsi sangat dengan semua orang sebab bagi aku, kebelakangan ini ramai sangat di kalangan kita yang tertekan stress Dan sebagainya sehingga kita tak tahu macam mana nak atasi dan nak bantu kawan kita.

Tapi lepas dengar ilmu yang di kongsi Dr Muhaya, hopefully dapat bantu kita. Selain itu dia ada juga kongsi tips- tips parenting yang kita boleh buat kepada anak-anak kita.

1. Aura Positive

Dia kata aura ni ada 3 aspek. Spiritual, hati Dan fizikal. Nak dapat aura positive ketiga-tiga ni mesti di jaga. Kalau kita ni hanya pandai berfashion Tetapi spiritual Dan hati zero, tetap kita tak terpancar aura positive tu.

Apa yang penting sangat aura positive ni?
Supaya orang senang dengan kita,
Orang buat baik dengan kita,
Rezeki senang dapat Dan bermacam-macam lagi benda yang baik.

IKLAN

Kalau hati pula, kita kena bersihkan hati kita. Macam mana?
Kita Jangan judge orang. Kita layan semua orang baik-baik kerana mereka ini Makhluk Allah sama macam kita.
Zikir selalu kerana ini makanan untuk hati kita dan Rohani kita.

Dan hal ini berkait rapat dengan spiritual, kita set kan dalam otak kita, kita hidup hendak dapatkan keredhaan Dan Rahmat Allah. Kita kena tanam goal kita, kita nak di pengakhiran kita itu SYURGA Allah.

2. Sabar

So, of course bila cerita macam ni mesti ada yang kata, “cakap boleh lah Cuba kau duduk tempat aku baru kau tahu rasa”. Faham, aku pun macam ni tadi. Walaupun kita tengok hidup orang itu nampak bahagia, Jangan di sangka tiada ujian besar menimpanya.

Dr Muhaya ada cerita, masa dia nak Tingkatkan 5 nak ambil SPM, 3 bulan sebelum SPM parents dia bercerai. Ayah dia poligami.

Masa tu dia sangat down. Kotak habis, dekat asrama dia menangis tak berhenti Tetapi, dia cepat-cepat fikir rasional. Kalau dia layan kan sedihnya Dan tak fokus belajar, Ibu dia akan Bertambah lagi kecewa kalau dia tak berjaya.

So, nak tak nak dia paksa diri dia fokus belajar, set dalam otak demi Ibunya. Demi maruah Ibu Agar tidak di kecam orang kampung sebab belajar dekat sekolah Tun Fatimah, sekolah pandai.

IKLAN

Masa ayah dia kahwin lain, dia anak pertama yang boleh terima mak tiri dia sebab dia Cuba maafkan ayah dia. Dia kata ibarat tangan di gigit racun, tak kan kita nak biar kan racun tu merosakkan seluruh badan kita?

Mesti kita cepat-cepat nak buang racun tu. Sama juga dengan dendam Dan kemaafan. Kalau kita tak maafkan, sampai bila-bila kenangan itu akan meracuni diri kita yang akan Menjadikan diri kita seorang yang sangat negative dan toksik.

Part ini aku dah start menangis sebab aku pun memang ada isu dengan parents dan kenalan aku. Aku tak boleh nak maafkan mereka, walaupun tak berdendam tapi memang betul, tetap merasa diri ini terlalu negative, tak tenang Dan stress.

Next, pasal anak dia. Rupanya ada anak dia sorang yang meninggal dunia masa umur 11 tahun tanpa sebab. Cuma collapsed sahaja. Post mortem pun kata tak ada punca.

Masa tu dia memang sedih, yelah anak dah tak ada. Tapi pada masa yang sama dia ingat pesan arwah tok guru Nik Aziz, kita hidup nak khusnul khotimah dan syurga Allah.

IKLAN

So, dia Cuba kuatkan diri dia Dan sempat mengatakan pada jenazah anaknya, “Ibu hantar ke syurga ye, nanti jemput Ibu”. Part ni nangis jugak la.

Dalam setiap ujian-ujian yang di lalui, kita kena ingat kat otak kita, kita kena sabar, Syukur dan nak dapatkan redha Allah ja. Kalau kita fokus akhirat, in shaa Allah dunia ini tak ada apa.

3. Self-love

Setiap Pagi atau sebelum tidur, kita pandang cermin. Kita kena cakap “(nama), saya sayang awak, saya minyak maaf kalau saya sakit kan hati awak. Saya janji saya akan usahakan untuk tidak menyakiti awak lagi”.

Just keep on ulang-ulang benda tu. Memang first – first tu kekok tapi lama-lama memang jadi. You will be the better version of yourself. Kita nak latih minda tak sedar kita.

Lepas tu apa yang kita nak, tulis dalam buku. Ataupun cakap hari-hari. Walaupun nampak mustahil, tapi Cuba buat ja. In shaa Allah you will be surprised to achieve those things. Sebab Neelofa buat benda yang sama jugak. Look at her now.

Next To Neelofa, Perkongsian ILMU Prof Muhaya Menusuk Ke Dada, SEBAK!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita berusaha perbaiki diri, sayangi diri menjadi lebih baik dan memberi manfaat pada orang lain.

Sumber: IIUM Confession

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI