Siapa sangka dalam meniti usia warga emas, seorang nenek berusia 77 tahun di Singapura, masih kekal aktif dan berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun bergelar pelajar seni mempertahankan diri itu, lapor portal Mothership.sg.
Tali pinggang hitam merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam Taekwondo, dengan jumlah keseluruhan sembilan peringkat. Untuk mencapai tali pinggang hitam pertama, seseorang itu mesti mampu melakukan spar, bertahan menentang lawan dan memecahkan dua papan tiga inci dengan sebarang tendangan atau pukulan, menurut Active SG.
Menarik Di Sini: Wanita Mali Dijangka Hamil 7 Bayi, Rupanya Selamat Bersalin Kembar 9!
Kuatkan Bahagian Lutut
Lynn Soh yang menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada2018 berkata, pada mulanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo hanya untuk menguatkan bahagian lututnya yang semakin lemah.
Mesti Baca: Wanita ‘Badang’ Luar Biasa Hebat, Selamba Mampu Angkat Berat Hampir 200Kg!
Namun begitu, kemahiran yang ditunjukkan oleh Soh adalah luar biasa apabila berjaya mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding pelajar lain yang lebih muda.
Soh telah memenangi beberapa pingat di pertandingan Taekwondo dan kini memburu tali pinggang hitam kedua. Kakinya tidak lagi sakit dan dia tidak lagi perlu makan ubat.
“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.
“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya.
Artikel Popular: Usia 79 Tahun, Pelakon Margaret Gan Temui Hidayah Peluk Islam
Mingguan Wanita:Hebatnya sungguh nenek ini. Boleh dijadikan sumber inspirasi buat wanita agar kekal aktif meskipun memasuki usia warga emas.
Sumber: Kosmo
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI