Nenek ‘Perkasa’ Angkat & Hantar Tong Gas Sendiri, 19 Tahun Jadi Mata Pencarian! Lazimnya perniagaan dan penghantaran tong gas dari rumah ke rumah dimonopoli oleh peniaga lelaki. Memandangkan tong gas tersebut sendiri berat dan memerlukan kudrat lelaki untuk mengangkat dan menguruskannya.
Namun, bukan calang-calang apabila seorang nenek Saparisah Abdul Rahman, berusia 57 tahun yang juga Peniaga Gas, masih mempunyai kudrat untuk mengangkat dan menghantar tong berisi gas petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah dengan hanya menunggang sebuah motosikal yang menjadi mata pencariannya sejak 19 tahun lalu.
Menurut Saparisah yang selesa disapa Kak Zah, tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya kerana mahu membuktikan wanita juga mampu bersaing dan menceburi bidang yang sinonim dengan golongan lelaki.
Antara gambar yang sempat dirakam ketika Kak Zah sedang sibuk menyusun tong gas di kediamannya di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II, Perak semalam.
Mesti Baca:3 Tahun Jadi Pramugari, Hilang Kerja Kini Jual Tong Gas
Baca Lagi Di Sini:Pasang Kepala Gas Panik Berbunyi & Berbau, Terbalikkan Getah Masukkan Semula!
Artikel Menarik:Cara Merebus Jimat Gas & Cepat Empuk, Guna Tips 5:30:7 Tak Perlu Guna Pressure Cooker!
Mingguan Wanita: Hebat sungguh tenaga yang wanita ini ada, malah jadi sumber pendapatan dan mata pencarian dalam meneruskan kehidupan.
Sumber: BERNAMA
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.