‘Nenek Gemar Pakai Kebaya, Bercinta Dengan Atuk..’ Kisah Baju Ernie Zakri

Share

Nampak comel betul bila pemenang Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu 35, Ernie Zakri berjalan meninggalkan pentas AJL35. Langkahnya pendek-pendek disebabkan busana unik yang disarungkan ke tubuhnya itu. Kongsinya, baju itu diilhamkan dari kisah arwah neneknya waktu zaman bercinta dengan datuknya di awal tahun 50-an.

Ya, baju ini saya ‘pay homage’ to Allahyarham Rokayah binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka. Gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun-50an.

Tentu ada sebab dan kisah di sebalik baju baju yang saya peragakan. Banyak cerita yang saya sampaikan pada @amaze_official dan sekali lagi mereka berjaya menyampaikan “jiwa” lagu ini

.” jelas Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri yang tercuit hati dengan komen dengan orang ramai mengenai busana yang digayakan pada malam juara lagu.

Malah, Ernie pernah jelaskan sebelum ini di Hot FM, lagu Gundah hasil ciptaannya bersama Sharon Paul itu sebenarnya dari kisah cinta datuk dan neneknya. “Selepas nenek saya meninggal dunia, dia rasa gundah.”

Dari Lagu Menjadi Baju..

Dan inilah hasil terjemahan busana inspirasi dari budaya Peranakan yang melatari sejarah kehidupan arwah nenek Ernie Zakri.

Menurut amaze_official, mereka juga tidak mahu terlepas dari memberi penghormatan kepada Allahyarham menerusi hasil rekaan busana yang indah.

Gaya ini diinspirasikan dari budaya Peranakan; menceduk siluet dari seni tembikar kaum Baba Nyonya ini. Kenapa Peranakan? Kerana kami juga mahu ‘pay homage’ pada arwah nenda Ernie, yang berketurunan peranakan.

Juga ada bayangan siluet kebaya ramping dengan ‘wasp waist’ juga pinggul lebar serta potongan skirt tirus yang popular di era 50-an, juga era di mana bibit pertemuan datuk dan nenek bertaut.”

Ernie Zakri Tak Ubah Seperti Tugu Peringatan

Pada asalnya, kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir, kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik; agar mood berkabung itu lebih bangkit.

Tiada perincian sarat mewah kali ini, hanya mengharapkan kerdipan batuan Swarovski juga fabrik broked metalic. Cukup sekadar mengangkat siluet tembikar bujur semata-mata.

Tidak suka, tidak mengapa. Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Yang penting, Ernie tampil ‘statuesque’; tak ubah seperti tugu peringatan lambang cinta abadi. Lagipun, sampai bila nak bergaya potongan duyung tak sudah bukan?”

Dan, boleh hadam kan kenapa malam persembahan itu, begitu sebak Ernie menyampaikan lagu Gundah. Emosi itu terbawa-bawa sampai ke akhirnya.

Syamel punya ciri-ciri suami idaman, hormat ibu bapa.

MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Rokayah binti Abdullah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Ernie Zakri , amaze_official

Published by
Netty Ah Hiyer