Nenek 83 Tahun Bercerai, Menyesal Kahwin Baru Penat Jaga Suami Muda Pemalas!

Share

Ajal dan jodoh sememangnya ketentuan tuhan. Namun sebelum membuat keputusan melibatkan kehidupan dan perkahwinan, sebaiknya fikir dahulu dan dapatkan nasihat daripada rakan-rakan mahupun keluarga terdekat. Supaya tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukan.

Penat Jaga Suami Muda Pemalas

Seorang nenek berusia 83 tahun yang tular kerana mengahwini jejaka umur 37 tahun akhirnya mengumumkan perpisahan mereka selepas mengaku berasa penat menjaga suaminya, lapor portal berita LadBible semalam.

Iris Jones menjadi perhatian di seluruh dunia apabila dia mendedahkan kisah cintanya bersama lelaki muda dari Mesir, Mohamed Ibriham.

Bawa Haluan Masing-Masing

Pasangan itu berkahwin pada 2020 dan sejak itu, Ibriham berpindah ke banglo milik Jones di Weston-super-Mare, England dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya Tesco.

Meskipun Jones sering memberitahu orang ramai bahawa cinta mereka sejati, ia malangnya tidak berkekalan dengan pasangan tersebut akhirnya membawa haluan masing-masing bulan lepas.

“Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah.

“Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini.

“Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn,” katanya.

Jatuh Cinta Sebab Rupa

Tambah Jones, dia mengaku telah jatuh cinta pada Ibriham disebabkan paras rupa lelaki itu.

“Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya,” katanya.

Mesti Baca:Gadis Lulusan Sarjana Bertemu Jodoh Sebaya Ayahnya, Beza Umur 35 Tahun, Terima Pilihan Keluarga
Baca Lagi Di Sini:Jodoh Lelaki Muda Beza Usia 37 Tahun, Wanita Akui Ramai Bertanya “Ini Anak Ke”
Artikel Menarik:Beza Usia 40 Tahun, Suami Isteri BAHAGIA Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-17!

Mingguan Wanita: Bab perkahwinan memang kena fikir panjang dan dapatkan nasihat daripada keluarga serta rakan terdekat dahulu. Bukan hanya ikut kata hati. Apatah lagi, jarak umur yang jauh, supaya tidak menyesal kelak.

Sumber:Kosmo, Daily Mail

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab